MAKANAN HALAL
Islam menganjurkan supaya memilih makanan 'halalan taiyiba' iaitu makanan yang halal dan baik. Makanan memberi peranan yang besar dalam kehidupan manusia yang kadang-kadang tidak diambil berat oleh seseorang. Makan saja ikut suka tanpa ambil kira halal atau haram. Untuk menentukan kedudukan makanan itu hendaklah dilihat kandungannya supaya tidak bercampur dengan bahan-bahan haram. Untuk mengesahkan tentang halalnya sesuatu makan boleh sms ehalal (caranya: halal (barcode) hantar ke 32728). Contoh: HALAL (jarak) 9555021501469 dan hantar ke 32728. Caj RM0.50 dikenakan.
Selain dari itu hendaklah diperolehi dengan cara halal juga iatu dengan cara tidak mencuri atau merampas hak orang.
Makanan yang dimakan akan sebati dalam tubuh badan dan menjadi darah daging. Jika makanan itu halal baiklah daging dan darah tubuh badan dan begitulah sebaliknya. Makanan yang haram menyebabkan hati menjadi bebal, perangai menjadi buruk dan degil. Suka membuang masa, melepak, merempit dan apa-apa lagi tabiat buruk. Akibatnya hidup diluar barakah!
Haiwan boleh makan apa sahaja, manusia tak boleh. Haiwan pun pandai pilih makanan yang sesuai untuk dirinya, mengikut habitatnya. Hanya manusia saja dengan sifat egonya nak makan semua benda. Kalau batu, kayu, besi boleh makan, mungkin manusia akan makan!. Manusia kena makan yang baik-baik saja. Makanlah makanan yang akan menjadikan manusia itu mulia!
Makanan halal menjadikan iman seseorang itu mantap. Mudah mengerjakan sembahyang, puasa, mengaji al-Quran dan sentiasa perkerti mulia. Begitulah sebaliknya, ibadat diabaikan dan akhirnya terpinggir dari hidayah.
Jadi, pilihlah makanan halal disamping bersih, berzat dan baik. Mudah-mudahan jadilah insaniah!!
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment