Korban Dalam Hujan
Hari ini hujan hampir sepanjang hari sejak malam tadi. Hari ini adalah Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Ketika pergi masjid untuk solat subuh hari masih hujan. Kampong Sg. Nangka, khabarnya air dah masuk rumah. Pergi solat sunat hari raya pun hari masih hujan. Dah selesai sembahyang, hujan masih turun.
Taman perumahan Jalan Semilang mengadakan korban 4 ekor lembu. Penyembelihan korban tetap dijalankan meskipun hujan kadang kala lebat. Tua muda basah kuyub tapi tak apalah, saja-saja nak main air hujan tak tentu pasal nanti macam orang tak siuman pulak. Air bertakung hampir setiap ruang kawasan. Untuk menggali lubang bagi tempat menadah darah sembelihan agak susah. Khemah memang disediakan untuk memotong dan pengumpulan daging.
Mungkin lepas ni ada yang demam, selsema dan pening kepala. Keletihan sudah tentulah kerana bekerja dalam hujan lebat semuanya jadi berat. Pengalaman ini menjadi kenangan kepada semua yang terlibat.
Kali ini ramai yang datang membantu baik kaum bapa, kaum ibu dan anak-anak. Agihan daging korban berjalan lancar, semua dapat termasuk yang datang membantu...
Jumpa lagi tahun hadapan... di Kemboja! [BETUL-BETUL LAYAK TERIMA DAGING KORBAN]
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment