Saturday, January 31, 2009

GOTONG ROYONG PERDANA

Berikutan wabak denggi dan chikungunya begitu galak menyerang negeri Selangor dan satu daerah beriko tinggi telah mengadakan gotong royong perdana menghapuskan pembiakan nyamuk aedes pembawa penyakit berkenaan telah diadakan pagi ini dengan penyertaan penduduk yang menggalakan terdiri dari berbilang kaum dan murid sekolah seramai 45 orang yang terdiri dari unit berunifom pengakap, kadet remaja sekolah dan PBSM.

Program anjuran dianjurkan bersama Majlis Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah, COMBI Taman Perumahan dan Persatuan Penduduk Taman Perumahan.
Melalui taklimat ringkas yang disampaikan sebelum gotong royang, Taman Perumahan ini telah mempunyai kes denggi yang tertinggi. Lantaran itu kawasan ini dipilih terlebih dahulu. Selepas sarapan pagi, penduduk/perserta telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut nama jalan: Jalan Tilapia, Jalan Seluang, Jalan Semilang dan Jalan Jelawat. Penduduk jalan-jalan berkenaan akan berada dalam kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan. Gotong royong berakhir jam 10.30 pagi.

Sebuah rumah rumah tinggal di Jalan Semilang yang telah penuh dengan semak terpaksa menggunakan jengkaut oleh kakitangan Majlis Daerah untuk membersihkannya.
Diharapkan selepas ini tiada lagi berlaku kes denggi/chikungunya di kawasan ini.
Terima kasih kepada mereka yang menjayakan gotong royong perdana ini...

Friday, January 30, 2009

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

sekadar info untuk semua :)

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti TambahanSeksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.


sumber: http://viruspadu.blogspot.com

10 Kelebihan Ilmu Berbanding Harta

  1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.
  2. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.
  3. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.
  4. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.
  5. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.
  6. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.
  7. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.
  8. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.
  9. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.
  10. Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.

Thursday, January 29, 2009

Cabar Diri Untuk Berjaya

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 2003

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, "Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ". Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan 'Standard' Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan 'standard' kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak 'standard'lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak 'standard' lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak 'standard' lah selama-lamanya dapat markah 'C', 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat 'A' pula. Tidak 'standard' lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak 'standard' lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut 'standard' baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam 'standard' yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung 'standard' tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

Tuesday, January 27, 2009

Sayangnya ALLAH Kepada Wanita

Wanita
Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

  • Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  • Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
  • Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
  • Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  • Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
  • Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
  • Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.
    1. Pernahkah kita lihat sebaliknya??

      • Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
      • Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
      • Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak anak.
      • Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
      • Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
      • Seorang isteri yang menyediakan makan minum untuk suaminya akan mendapat pahala sunat puasa walaupun tidak berpuasa sunat.
      • Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu Sembahyang 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Taat suaminya dan Menjaga kehormatannya.
      • Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

      MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita ... .kan? Bersyukurlah menjadi WANITA!!!

      Monday, January 26, 2009

      DOA YANG DITOLAK...

      Dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul". Firman-Nya: "Wahai para rasul, makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (al-Mukminun:51) "Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu..." (al-Baqarah:172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa: Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.
      Riwayat Muslim.
      Huraian

      1. Berdoa itu tidak boleh dilakukan secara semberono (tidak berhati-hati) dan sembarangan, tetapi perlu kepada adab-adab dan syarat-syarat tertentu. Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap bahawa berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang yang doanya jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah SWT.
      2. Memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk dari ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insyaAllah segala apa yang dipohon akan dikabulkan Allah.
      3. Kita hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut .." (al-A'raf : 55)
      4. Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: "Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa." (at-Tabrani).

      Doa adalah senjata orang muslimin. Maka berdoalah kepda Allah semoga hajat kita dipenuhinya, namun sebelum berdoa pastikan perkara-perkara diatas dipraktikan.

      TUJUH AYAT CINTA...

      Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat, dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

      1. Bismillahhirrahmannirrahim: pada setiap kali hendak melakukan sesuatu perkara.
      2. Alhamdulliah: pada setiap habis melakukan sesuatu.
      3. Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
      4. Insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
      5. Lahaulawalaquataillahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
      6. Innalillah wainailaihirajiun: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
      7. Laailaahaillallah/Allah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.

      Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah. Di samping itu janganlah ucap sesuatu yang tidak memberi apa-apa makna yang sering terkeluar dari mulut kita seperti 'alamak',' alaahai', 'boringnya' dan lain-lain lagi. Gantikan kebiasaan itu dengan tujuh ayat cinta di atas. Kita akan mendapat pahala...

      Tuesday, January 20, 2009

      Mengenai Ketawa....

      Ketawa adalah adalah gambaran hati bahawa seseorang berasa gembira dan suka. Hanya yang berbeza ialah bagaimana ketawa itu terjadi. Adakah secara ketawa terbahak-bahak, berdekah-dekah sampai keluar air mata? Atau sekadar tersenyum yang menampakan gigi dengan sedikit bersuara.
      Berdasarkan Hadis Rasulullah s.a.w. "Banyak ketawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati". Nah, jangan banyak ketawa nanti hati malap dan tidak bersinar. Bila hati tidak bersinar dan semakin suram, hati sukar menerima ilmu atau ilmu yang akan hilang. Sabda s.a.w. "banyak ketawa akan menghilang akal dan ilmu." Kegembiraan yang keterlaluan, hati akan lalai dan lupa akhirat. Keterlaluan dalam bergembira, hati akan lalai dan lupa tentang alam akhirat yang bakal ditempuhi kelak. Mahu atau tak mahu, alam barzakh sentiasa dihampiri. Fikirkanlah!!! bahagia atau menderita. Bahagia di dunia adalah sementara tetapi di akhirat adalah berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya sementara tetapi di akhirat azab berterusan dan berkekalan. Hisab dan sadarkan diri tentang balasan yang diterima.
      Sabdanya lagi: "Tertawa-tawa dalam masjid menggelapkan suasana kubur." Kubur adalah rumah yang bakal diduduki dalam tempoh yang panjang. Keseorangan. Kubur dalah pintu ke syurga atau neraka.
      Sabdanya lagi: "Barang siapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."
      Dalam hadis lain Nabi s.a.w bersabda maksudnya: " Barang siapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka." Maksudnya individu yang banyak ketawa lebih mudah dimasukan ke dalam neraka.
      Perasaan suka terhadap sesuatu adalah tidak dilarang kecuali berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Cara yang terbaik ialah ketawa Rasulullah s.a.w. iaitu baginda tidak ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakan gigi tanpa bersuara kuat.
      Para sahabat pernah berkata, "ketawa para Nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."
      Buatlah pilihan!, buatlah penilaian!, buatlah perhitungan! Ketawalah dengan ketawa yang memberi makna....

      Sumber: kisah & teladan (Bacaria/5.1.08)

      Sunday, January 18, 2009

      HIJRAH PERMULAAN TAKWIM ISLAM

      Hari ini 21 Muharram 1430. Tidak terlewat rasanya untuk melakarkan peristiwa ini berikutan terjumpa risalah kecil mengenainya. Meskipun risalah berkenaan melarang menyalin semula dalam apa bentuk sekalipun, lalu orang lain yang tidak memilikinya tidak berkesempatan untuk mengetahuinya, maka larangan itu patut diabaikan. Bukan apa, maklumat mengenai agama tidak patut disekat... Disini diperturunkan sepenuhnya tentang 'hijrah permulaan takwim Islam'.
      Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru dalam takwin Islam, ianya merupakan hari kebesara yang disambut meriah umat Islam di Malaysia. Awal Muharram merupakan tarikh penting dalam Islam yang merakam banyak peristiwa Hijrah serta mengandungi banyak pengajaran dan pencapaian kecemerlangan sepanjang zaman.
      Pemilihan penggunaan permulaan bulan Muharram sebagai bulan pertama dalam kelender Islam tidak berlaku ketika Rasulullah SAW masih hidup. Khalifah Umar bin Al-Khattab ra adalah merupakan orang yang pertama memulakan penggunaan tarikh-tarikh bulan Qamariah dengan penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah dijadikan sebagai permulaan takwim Islam. Peristiwa tersebut berlaku ketika Baginda SAW sampai di Quba pada 20 September 622M bersamaan dengan 8 Rabiulawal. Jika diteliti tarikh ini, didapati 1 Muharram 0001H jatuh pada 16 Julai 622M (Jumaat).
      Saidina Umar ra sedar akan keperluan untuk menghitung bilangan bulan tahun mengikut Islam, oleh kerana bulan-bulan dalam tahun sudahpun wujud sebelum kedatangan Islam, cuma tidak ada bilangan bagi bulan ini mengikut tahun. Pada ketika itu setiap tahun hanya dikenali dengan sesuatu peristiwa penting seperti mana berlaku sewaktu kelahiran Nabi pada tahun yang dikenali tahun Gajah kerana berlaku peristiwa Raja Abrahah yang telah menyerang Kaabah dengan tentera bergajahnya. Khalifah Umar ra mengalami kesukaran mengenai takwim khususnya dalam perutusan surat kepada seluruh empayar Islam. Lantaran itu, beliau telah mengumpulkan para sahabat untuk mengkaji bagaimana untuk mengatasi masalah demikian. Hasil dari perjumpaan tersebut mereka talah mengenal pasti empat peristiwa agong yang penting yang patut dijadikan tanda perkiraan takwim Islam :

    2. Hari kelahiran Nabi

    3. Hari Perutusan Nbi SAW

    4. Penghijrah Nab SAW dari Mekah ke Madinah

    5. Tarikh kewafatan Nabi SAW

    6. Selepas kajian rapi, didapati cadangan pertama dan kedua tidak boleh diterima kerana ketepatan kedua-dua tarikh dapat dikenal pasti kerana terdapat beberapa tarikh berbeza dan sukar untuk dikenal pasti. Cadangan yang keempat juga tidak sesuai kerana ianya merupakan tarikh kewafatan Nabi Muhammad SAW yang membawa kenangan yang pedih.
      Akhirnya cadangan ketiga lebih sesuai iaitu peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Tambahan pula peristiwa ini amat penting dan juga membawa pengertian yang besar dalam kehidupan kaum muslimin secara keseluruhannya. Menutur Saidina Umar ra Hijrah merupakan sempadan di antara yang betul dengan yang salah, di antara kebenaran dan kebatilan. Peristiwa Hijrah menjadi penting kerana dengan perjuangan serta pengorbanan, Islam mencapai kejayaan dan natijahnya hijrah merupakan sumber inspirasi sepanjang zaman.
      Penghijrahan Baginda Nabi Muhammad SAW tidak boleh dianggap tindakan melarikan diri, malahan Nabi SAW berhijrah atas kehendaknya sendiri melainkan atas petunjuk dan perintah Ilahi.
      Pengorbanan dan komitmen kaum muslimin di Mekah dan Madinah telah membawa kejayaan kepada Islam. Peristiwa hijrah adalah permulaan perubahan nasib umat Islam maka sayugialah peristiwa hijrah dipilh sebagai tarikh perkiraan permulaan kalender Islam.

      Sumber: Pengurusan Dakwah, JAIS

      Wednesday, January 14, 2009

      White Coffee (Oldtown Kopitiam)

      9) ADUAN WEBMAIL PPIMTARIKH : 20 DISEMBER 2008 White Coffee (Oldtown Kopitiam) NON-HALAL
      [i]Harap disebarkan maklumat kepada seluruh umat Islam di MalaysiaKalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabk an oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:
      "Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
      Ayat ini pula.."Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui." (Al-Baqarah ayat 42)
      `Makanan itu menjadi DARAH & DAGING yang kita usung setiap hari.'Tidak hairanlah apabila kita mudah terpedaya dalam hasutan syaitan & musuh islam. Lalai & malas dalam mengerjakan perintah Allah swt seterusnya tidak terdaya mencegah amar mak'aruf nahi mungkar. Apakan tidak, apabila darah yang mengalir & daging yang membesar kita sirami dengan makanan yang tidak diberkati seterusnya 'HARAM' untuk dimakan.[/i]WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Di mana di awal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-- Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis di paket bungkusan)- Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada di pasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.- Minyak yang digunakan di dalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat di pasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?- Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China. Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)Apa yang membuatkan UMAT ISLAM di Malaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya- dekat 10 tahun dah) masih lagi tidak diperoleh. Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORANNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat Islam di negara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat Islam juga terpedaya dengan paparan pekerja Islam yang diambil bekerja. Di mana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja Islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan di restoran tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoran terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja Islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan, siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoran beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda di luar restoran juga sungguh besar menunjukkan pekerja Islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 di seluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10 tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang di jabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHITUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat Islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADA STATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Di mana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN, HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang di hidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:--WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,-NEWTOWN Kopitiam-WHITE HOUSE Kopitiam-PAK HAINAN Kopitiam-JOM BALI Kopitiamadalah 'TIDAK HALAL'Merujuk kepada isu yang dinyatakan, sebenarnya selain kita empunya diri yang akan dihisab kerana memberi makan kepada anggota tubuh dengan makanan yang diHARAMkan seharusnya Jabatan Agama mengambil tindakan segera di dalam mewajibkan status HALAL & HARAM diperolehi bagi setiap kedai makan @ restoren yang beroperasi. Pihak JAKIM seharusnya menjalinkan kerjasama bersama Majlis Perbandaran yang memberi & mengeluarkan LESEN perniagaan agar MEWAJIBKAN bagi restoran & food court (mungkin tidak termasuk gerai) mempamerkan STICKER TIDAK HALAL. Bagi yang mengatakan restoren mereka adalah HALAL hendaklah mendapatkan sijil & pengesahan Status HALAL daripada JAKIM terlebih dahulu sebelum beroperasi. Ini bertujuan agar UMAT ISLAM dinegara ini tidak dihidangkan makanan yang TIDAK HALAL dengan PENIPUAN apabila hanya dengan menunjukkan sijil halal bagi beberapa produk sahaja dan mengunakan PEKERJA ISLAM yang terpedaya & Jahil.

      Ini agar umat islam di negara ini tidak terpedaya dengan Helah pengusaha yang asyik mengejar keuntungan dengan menyajikan makanan HARAM kepada umat islam dengan hanya mengatakan yakni tiada babi & minuman keras dihidangkan (NO PORK & LARD) tetapi sebenarnya ada.

      Apakah Halal sesuatu makanan itu jika bukan babi yang dihidangkan. Tetapi bagaimanakah jika terdapat isi kandungannya diragui status halal (yakni diperbuat daripada unsur babi itu sendiri). Selain itu, jika Nasi Lemak serta menu lain boleh disahkan status HALALnya, bagaimanakah dengan pinggan mangkuknya yang telah dibasuh sekali dengan pinggan mangkuk yang menghidangkan menu HARAM ini. tidakkah jatuh hukumnya HARAM jua.

      Sumber: PPIM

      Di Atas Hamparan Sejadah

      Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas, iaitu mereka memohon dengan berkata: "Ya Tuhan kami! Ampunilah dosanya, ya Tuhan kami! Berilah rahmat kepadanya."

      Riwayat Abu Huraiarah r.a

      Huraian :

      Pengajaran Hadith:

      i) Sembahyang (solat) dan tempat solat mempunyai nilai yang sangat besar di sisi Allah S.W.T.

      ii) Orang yang tidak segera meninggalkan tempat ia bersolat selagi ia tidak berhadas dan tidak melakukan perkara yang mendatangkan dosa akan sentiasa didoakan oleh malaikat agar diampuni dosanya dan diberikan rahmat kepadanya.

      iii) Islam menyeru umatnya agar sentiasa menjaga solatnya dan mengerjakannya dengan sempurna kerana hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah S.W.T.

      Sumber: Jakim

      Tuesday, January 13, 2009

      Cinta Hari Hujan

      Sepasang kekasih sedang bercakap di telefon dengan mesra. Si pemuda melontarkan ayat-ayat cinta yang hebat dengan penuh emosi.
      Arun : "Sayangku, engkau tidak usah meragukan cintaku kepadamu. Apa pun yang terjadi aku tetap mencintaimu. Tak ada yang bisa menghalanginya sayang."
      Yuni : "Ah, abang tipuuu...."
      Arun : "Sumpah sayang, Lautan dalam pun akan kuselami demi cintaku kepadamu"
      Yuni : "Hhmmm..."
      Arun : "Lebarnya lautan akan kuseberangi demi cintaku kepadamu.."
      Yuni : "Hhhmmmm..."
      Arun : "Lautan api akan ku renang demi cintaku padamu, nyawa in sebagai galang gantinya sayang"
      Yuni : "Terima kasih, kekasihku. Abang Arun, kalau boleh, sekarang, marilah kesini.. saya rindu nak bertemu abang..."
      Arun : "Errr, sayangku. Maaf, kalau sekarang tidak boleh, sekarangkan sedang hujan. Sedangkan kereta abang baru saja dibasuh petang tadi...!"

      Sumber:Kongsi idea

      Friday, January 9, 2009

      Kecemerlangan....

      Semua orang ingin cemerlang dalam kehidupan. Apa sahaja yang dilakukan ingin diakhiri dengan kejayaan. Setiap orang ada cara supaya kecemerlangan itu dapat dicapai. Ada kaedah, ada formula yang harus diamalkan. Ada langkah-langkah yang perlu diikut untuk menggapai kecemerlangan itu. Pakar-pakar motivasi sering menggariskan perkara-perkara tertentu ke arah itu. Antaranya:

      • Membuat perancangan rapi

      Tuliskan di atas sehelai kertas apakah keinginan yang hendak dicapai dan bagaimanakah untuk mencapainya. Tampalkan di dinding bilik rumah yang mudah dilihat. Ceritakan kepada ibubapa, adik beradik, guru atau kawan-kawan supaya mereka akan mengingatkan apabila kita tidak melakukan sesuatu ke arah keinginan yang diimpikan itu, atau mereka memberi idea-idea untuk mencapainya.

      • Kenal pasti kelemahan diri
      Senaraikan kelemahan diri yang ada dan kenal pasti langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan itu. Perkara ini perlu diatasi. Sikap negatif segera diubah kepada positif. Sikap sambil lewa segera diubah kepada bersungguh-sungguh. Boras diubah kepada berhemat. Malas kepada rajin, begitulah seterusnya.. semangat, semangat bersemangat, baharulah boleh menyengat!!!
      • Mendisplinkan diri

      Dsiplin diri yang tinggi hanya datang dari orang yang mempunyai kekuatan diri. Semangat perlu jitu dan ketekunan yang tinggi dalam mengejar cita-cita. Tanpa disiplin cita-cita hanya tinggal cita-cita sahaja.

      • Membentuk jati diri

      Jauhi perkara-perkara yang boleh mengganggu dan merosakan masa depan. Hindari kawan-kawan yang tidak mempunyai matlamat hidup, tekanan jiwa dan masalah keluarga, masalah peribadi yang remeh temeh, sikap negatif seperti malas, jemu, mudah letih dan sebagainya.

      • Membentuk sikap tabah dan sabar

      Sifat sabar mengajar manusia supaya tabah menghadapi kepayahan dan kesusahan. Orang yang sabar akan mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah. Orang yang sabar akan mengecapi kejayaan yang tinggi. "Sabar itu separuh daripada iman"- Maksud hadis.

      • Pengurusan yang berkesan

      Seorang pelajar yang ingin berjaya mestilah mempunyai keupayaan dan kemahiran mengurus. Mahir mengurus diri, mengurus masa, mengurus peralatan atau keperluan persekolahan dan mahir mengurus minda.

      • Bersikap ikhlas, jujur dan berserah kepada Allah

      Setiap apa yang dilakukan perlu ikhlas dan jujur baharulah timbul rasa seronok. Dan serahkan kepada Allah untuk menentukan natijahnya.

      Oleh itu lakukan sungguh-sungguh dan jangan sambil lewa. Kalau belajar, belajarlah sunguh-sungguh. Peluang kemasan tidak berulang untuk kali keduanya. Kalau berulangpun ia telah menjadi suasa. Sebanyak mana usaha yang dilakukan, sebanyak itulah yang akan diperolehi. "Apa yang kamu tanam, itulah yang akan kamu tuai" - Pepatah Arab. Rancanglah masa depan dengan baik untuk kecemerlangan masa depan.

      Saturday, January 3, 2009

      Panduan Menyambut Cahaya Mata

      Hampir terlupa ada undangan ke majlis cukur jambul di rumah staf sokongan petang tadi. Masih ada waktu untuk memenuhi undangan walaupun ketika teringat jam sudah 9.00 malam. Bersama isteri agak terkejut kerana majlis diadakan dengan meriah seolah-olah menerima menantu pula. Apa tidaknya, 3 buah kanopi didirikan. Oklah tu....
      Kebetulan semalam terbaca risalah ringkas mengenai Aqiqah di Kemboja dan Panduan Menyambut Cahaya Mata. Di sini perturunkan sepenuhnya maklumat tersebut:

      AZAN DAN IQAMAH
      Baginda SAW bersabda: "Sesiapa yang memperoleh kelahiran cahayamata (anak), maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamah di telinga kiri, nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan." Maksud hadis riwayat al-Baihaqi .
      Caranya

    7. Pegang bayi tersebut dengan mengadap ke arah kiblat.
    8. Azankan ke telinga kanannya dahulu.
    9. Kemudian pusingkan bayi dan iqamahkan ke telinga kirinya.
    10. Cara melakukan amalan ini sama sahaja untuk bayi lelaki dan perempuan.

      Hikmah melakukan azan dan iqamah:

      • Supaya perkara pertama yang didenga oleh bayi itu seruan yang mulia yang mengandungi kebesaran Allah dan dua kalimah syahadah.
      • Agar dakwah kepada Allah dan agama Allah lebih dahulu sampai kepada bayi tersebut daripada mendengar seruan dan hasutan syaitan.

      TAHNIK
      Telah berkata Abu Musa r.a.: "Aku mendapat seorang anak lelaki, aku membawanya kepada Rasulullah SAW. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan kurma dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian Baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku." Maksud hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
      Tahnik: Amalan memindahkan benda yang manis seperti kurma kepada lidah anak yang baru dilahirkan. Kalau tiada kurma, bolehlah digantikan dengan makanan lain yang manis seperti madu.

      Caranya:

      • Letakkan kurna yang lembut di hujung jari.
      • Gerakkan jari tersebut dalam mulut bayi dengan lemah lembut ke kanan dan ke kiri sehinga meliputi mulut bayi tersebut dengan kurma yang lembut tadi.

      Hikmahnya:

      • Persediaan untuk penyusuan susu ibu dan proses penghadaman.
      MEMBERIKAN NAMA
      Dari Amr bin Syuib katanya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan agar memberi nama kepada anak yang baru lahir pada hari ke tujuh dari hari kelahirannya, menghilangkan kotoran dan mengorbankan aqiqah baginya." Maksud hadis riwayat Tirmizi.
      Daripada Anas r.a. katanya: Telah berkata Rasulullah SAW "Aku telah mendapat seorang anak malam tadi dan aku menamakannya dengan nama datukku Ibrahim." Maksud hadis riwayat Muslim.
      Anak-anak hendaklah diberikan nama yang baik-baik. Daripada Abu Darda' r.a. katanya: Telah berkata Rasulullah SAW "Kamu sekalian di hari kiamat akan dipanggil dengan nama-nama dan nama-nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama-nama." Maksud hadis riwayat Abu Daud.

      BERCUKUR DAN BERSEDEKAH
      Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa Nabi SAW mengaqiqah satu ekor kambing untuk cucunya dan berseru: "Hai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambut)nya. Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham." Maksud hadis riwayat Tirmizi.
      Caranya:
      • Cukur keseluruhan rambut anak yang baru lahir itu.
      • Timbang rambut yang telah dicukur.
      • Dapatkan nilai perakseberat yang telah ditimbang.
      • Sedekahkan wang tunai seperti nilai yang diperolehi daripada timbangan berat rambut tadi.
      • Amalan ini dilakukan untuk bayi lelaki dan juga perempuan.

      Hikmahnya:

      • Hikmat kemasyarakatan: bersedekah adalah satu amalan yang baik. Selain daripada dapat membantu golongan miskin, ia juga menanamkan semangat kerjasama dan saling bantu membantu dalam masyarakat.

      Larangan:

      • Jangan melakukan qazak iaitu mencukur sebahagian. Dari Abdullah bin Umar r.a. bahawasanya dia berkata: "Nabi SAW telah melarang daripada mencukur sebahagian kepala anak kecil, dan meninggalkan yang sebahagian lain, iaitu qazak." Maksud hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

      KHITAN
      Oleh Abu Hurairah r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW "Fitrah itu lima, iaitu khitan, memotong bulu di kemaluan, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak." Maksud hadis Bukhari dan Muslim.

      Hukum khitan bagi lelaki:

      • Imam Shafi'e, Imam Malik dan Imam Ahmad berpendapat ianya wajib dan hanya Imam Abu Hanifah yang menyatakannya sunat.

      Pengertian khitan:

      • Dalam istilah syarak, memotong kulit yang mengelilingi kepala zakar di bawah hasyafah.

      Waktu berkhitan:

      • Boleh dilakukan pada hari pertama anak itu dilahirkan kerana apabila ia sudah sempurna akal ia tidak perlu lagi bimbang tentang urusan khitan. Dapatkan nasihat doktor dahulu.

      Hikmah berkhitan:

      • Untuk memastikan kebersihan dan kesucian terjamin semasa melakukan ibadah terutamnya sembahyang.
      • Untuk menghindarkan daripada bahaya dan penyakit yang boleh timbul akibat tidak berkhitan.

      Hukum berkhitan bagi perempuan:

      • Para fuqaha dan imam mujtahid sepakat mengatakan bahawa khitan itu sunat untuk wanita dan tidak wajib. Hanya Imam Ahmad mengatakan ia wajib untuk lelaki dan wanita.

      AQIQAH
      Hukum aqiqah adalah sunat muakkad iaitu sangat digalakkan bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Melaksanakan aqiqah merupakan tanggungjawab ibubapa atau penjaga anak tersebut.

      Waktu aqiqah:

      • Bila-bila masa sejak anak itu dilahirkan dan tidak ada batasnya.
      • Sunat melakukannya pada hari ke 7, ke 14 dan ke 21.

      Syarat-syarat melakukan aqiqah:

      • Syarat-syarat untuk binatang aqiqah adalah sama seperti binatang korban.
      • Aqiqah untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing atau dua bahagian lembu dan anak perempuan seekor kambing atau satu bahagian lembu.
      • Bagaimanapun, sekiranya kurang mampu, memadai membuat satu bahagian lembu aqiqah untuk anak lelaki. Baki sebahagian lagi boleh dibuat bila berkemanpuan kemudian hari.
      • Disunatkan menyedekahkan daging aqiqah yang sudah masak.
      • Seelok-eloknya tulang binatang aqiqah tidak dipatahkan sebaliknya dipotong pada sendinya.

      Hikmah melakuakan aqiqah:

      • Satu ibadah yang bertujuan mendekatkan diri anak kepada Allah SWT dari peringkat awal lagi.
      • Sebagai fidyah (tebusan) untuk menebus diri anak dari segala mara bahaya dan bala bencana, sebagaimana Allah telah menebus Nabi Ismail dengan seekor kibasy.
      • Sebagai tanda gembira dan kesyukuran atas kurniaan anak dan nikmat rezeki.
      • Mengukuhkan lagi pertalian kekeluargaan dan hidup bermasyarakat melalui jamuan dan agihan lauk daripada daging aqiqah.
      • Untuk mendapatkan ganjaran di sisi Allah pada hari kiamat.

      Doa menyembelih ternakan aqiqah:

      "Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Ini aqiqah (sebutkan nama-nama tersebut) Ya Allah! Semoga aqiqah ini Engkau jadikan sebagai tebusan baginya (agar terhindar) daripada siksaan api neraka."

      Sumber: Al-Ameen Serve Holding Bhd.Sdn

      Thursday, January 1, 2009

      Soalan Untuk Hakim

      Tiga lelaki, seorang ahli falsafah, seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan kecil. Lalu hakim berkata, "kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku. Kalau aku dapat menjawab kamu akan ditahan di penjara tapi kalau aku tidak dapat menjawab kamu akan dibebaskan.
      Ahli Falsafah mula berkata, "Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates. Jika Yang Arif berjaya membawanya saya rela dihukum". Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan lalu buku itu diberikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan. "Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif." Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan.
      Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan. "Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat." Sambil menekan kalkulator dengan pantas. Hakim memberikan jawapannya dan ternyata tepat. Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan.
      Giliran terakhir pergi kepada pelawak. "Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!", kata si pelawak. Apabila kerusi disediakan. Pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat. Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim. "Yang Ariff, dari lubang mana kentut saya tadi keluar?" Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat di bawah punggung si pelawak tadi hakim berkata, "Kentut kamu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini". "Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!". Pelawak itu kemudian dibebaskan.

      Sumber: Kongsi Idea

      Alam Sekitar

      Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
      Alam dan manusia saling bantu membantu.
      Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

      LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

      TOPO