Sunday, January 18, 2009

HIJRAH PERMULAAN TAKWIM ISLAM

Hari ini 21 Muharram 1430. Tidak terlewat rasanya untuk melakarkan peristiwa ini berikutan terjumpa risalah kecil mengenainya. Meskipun risalah berkenaan melarang menyalin semula dalam apa bentuk sekalipun, lalu orang lain yang tidak memilikinya tidak berkesempatan untuk mengetahuinya, maka larangan itu patut diabaikan. Bukan apa, maklumat mengenai agama tidak patut disekat... Disini diperturunkan sepenuhnya tentang 'hijrah permulaan takwim Islam'.
Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru dalam takwin Islam, ianya merupakan hari kebesara yang disambut meriah umat Islam di Malaysia. Awal Muharram merupakan tarikh penting dalam Islam yang merakam banyak peristiwa Hijrah serta mengandungi banyak pengajaran dan pencapaian kecemerlangan sepanjang zaman.
Pemilihan penggunaan permulaan bulan Muharram sebagai bulan pertama dalam kelender Islam tidak berlaku ketika Rasulullah SAW masih hidup. Khalifah Umar bin Al-Khattab ra adalah merupakan orang yang pertama memulakan penggunaan tarikh-tarikh bulan Qamariah dengan penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah dijadikan sebagai permulaan takwim Islam. Peristiwa tersebut berlaku ketika Baginda SAW sampai di Quba pada 20 September 622M bersamaan dengan 8 Rabiulawal. Jika diteliti tarikh ini, didapati 1 Muharram 0001H jatuh pada 16 Julai 622M (Jumaat).
Saidina Umar ra sedar akan keperluan untuk menghitung bilangan bulan tahun mengikut Islam, oleh kerana bulan-bulan dalam tahun sudahpun wujud sebelum kedatangan Islam, cuma tidak ada bilangan bagi bulan ini mengikut tahun. Pada ketika itu setiap tahun hanya dikenali dengan sesuatu peristiwa penting seperti mana berlaku sewaktu kelahiran Nabi pada tahun yang dikenali tahun Gajah kerana berlaku peristiwa Raja Abrahah yang telah menyerang Kaabah dengan tentera bergajahnya. Khalifah Umar ra mengalami kesukaran mengenai takwim khususnya dalam perutusan surat kepada seluruh empayar Islam. Lantaran itu, beliau telah mengumpulkan para sahabat untuk mengkaji bagaimana untuk mengatasi masalah demikian. Hasil dari perjumpaan tersebut mereka talah mengenal pasti empat peristiwa agong yang penting yang patut dijadikan tanda perkiraan takwim Islam :

  • Hari kelahiran Nabi

  • Hari Perutusan Nbi SAW

  • Penghijrah Nab SAW dari Mekah ke Madinah

  • Tarikh kewafatan Nabi SAW

  • Selepas kajian rapi, didapati cadangan pertama dan kedua tidak boleh diterima kerana ketepatan kedua-dua tarikh dapat dikenal pasti kerana terdapat beberapa tarikh berbeza dan sukar untuk dikenal pasti. Cadangan yang keempat juga tidak sesuai kerana ianya merupakan tarikh kewafatan Nabi Muhammad SAW yang membawa kenangan yang pedih.
    Akhirnya cadangan ketiga lebih sesuai iaitu peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Tambahan pula peristiwa ini amat penting dan juga membawa pengertian yang besar dalam kehidupan kaum muslimin secara keseluruhannya. Menutur Saidina Umar ra Hijrah merupakan sempadan di antara yang betul dengan yang salah, di antara kebenaran dan kebatilan. Peristiwa Hijrah menjadi penting kerana dengan perjuangan serta pengorbanan, Islam mencapai kejayaan dan natijahnya hijrah merupakan sumber inspirasi sepanjang zaman.
    Penghijrahan Baginda Nabi Muhammad SAW tidak boleh dianggap tindakan melarikan diri, malahan Nabi SAW berhijrah atas kehendaknya sendiri melainkan atas petunjuk dan perintah Ilahi.
    Pengorbanan dan komitmen kaum muslimin di Mekah dan Madinah telah membawa kejayaan kepada Islam. Peristiwa hijrah adalah permulaan perubahan nasib umat Islam maka sayugialah peristiwa hijrah dipilh sebagai tarikh perkiraan permulaan kalender Islam.

    Sumber: Pengurusan Dakwah, JAIS

    Seja o primeiro a comentar

    Alam Sekitar

    Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
    Alam dan manusia saling bantu membantu.
    Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

    LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

    TOPO