Friday, January 9, 2009

Kecemerlangan....

Semua orang ingin cemerlang dalam kehidupan. Apa sahaja yang dilakukan ingin diakhiri dengan kejayaan. Setiap orang ada cara supaya kecemerlangan itu dapat dicapai. Ada kaedah, ada formula yang harus diamalkan. Ada langkah-langkah yang perlu diikut untuk menggapai kecemerlangan itu. Pakar-pakar motivasi sering menggariskan perkara-perkara tertentu ke arah itu. Antaranya:

  • Membuat perancangan rapi

Tuliskan di atas sehelai kertas apakah keinginan yang hendak dicapai dan bagaimanakah untuk mencapainya. Tampalkan di dinding bilik rumah yang mudah dilihat. Ceritakan kepada ibubapa, adik beradik, guru atau kawan-kawan supaya mereka akan mengingatkan apabila kita tidak melakukan sesuatu ke arah keinginan yang diimpikan itu, atau mereka memberi idea-idea untuk mencapainya.

  • Kenal pasti kelemahan diri
Senaraikan kelemahan diri yang ada dan kenal pasti langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan itu. Perkara ini perlu diatasi. Sikap negatif segera diubah kepada positif. Sikap sambil lewa segera diubah kepada bersungguh-sungguh. Boras diubah kepada berhemat. Malas kepada rajin, begitulah seterusnya.. semangat, semangat bersemangat, baharulah boleh menyengat!!!
  • Mendisplinkan diri

Dsiplin diri yang tinggi hanya datang dari orang yang mempunyai kekuatan diri. Semangat perlu jitu dan ketekunan yang tinggi dalam mengejar cita-cita. Tanpa disiplin cita-cita hanya tinggal cita-cita sahaja.

  • Membentuk jati diri

Jauhi perkara-perkara yang boleh mengganggu dan merosakan masa depan. Hindari kawan-kawan yang tidak mempunyai matlamat hidup, tekanan jiwa dan masalah keluarga, masalah peribadi yang remeh temeh, sikap negatif seperti malas, jemu, mudah letih dan sebagainya.

  • Membentuk sikap tabah dan sabar

Sifat sabar mengajar manusia supaya tabah menghadapi kepayahan dan kesusahan. Orang yang sabar akan mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah. Orang yang sabar akan mengecapi kejayaan yang tinggi. "Sabar itu separuh daripada iman"- Maksud hadis.

  • Pengurusan yang berkesan

Seorang pelajar yang ingin berjaya mestilah mempunyai keupayaan dan kemahiran mengurus. Mahir mengurus diri, mengurus masa, mengurus peralatan atau keperluan persekolahan dan mahir mengurus minda.

  • Bersikap ikhlas, jujur dan berserah kepada Allah

Setiap apa yang dilakukan perlu ikhlas dan jujur baharulah timbul rasa seronok. Dan serahkan kepada Allah untuk menentukan natijahnya.

Oleh itu lakukan sungguh-sungguh dan jangan sambil lewa. Kalau belajar, belajarlah sunguh-sungguh. Peluang kemasan tidak berulang untuk kali keduanya. Kalau berulangpun ia telah menjadi suasa. Sebanyak mana usaha yang dilakukan, sebanyak itulah yang akan diperolehi. "Apa yang kamu tanam, itulah yang akan kamu tuai" - Pepatah Arab. Rancanglah masa depan dengan baik untuk kecemerlangan masa depan.

Seja o primeiro a comentar

Alam Sekitar

Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
Alam dan manusia saling bantu membantu.
Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO