Saturday, January 30, 2010

KISAHNYA JADI KISAH....

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.
Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari.. tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pun bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya..

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya. Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pun masuk ke bilik tersebut. Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak..

Isteri: Apsal mak ketawa?..
Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

Thursday, January 21, 2010

Renungkan sedalam-dalamnya

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa-doa lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah-tengah bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan-tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Allah dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

'Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada..'

Usahlah memandang semua dengan pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dengan pandangan hati....kita bukan saja dapat melihatNya dimana-mana tetapi dapat merasa rahmat kurniaanNya juga....

Monday, January 18, 2010

TIPS UTK HILANGKAN STRESS

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkantekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduksebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang danmudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakandiri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibacaakan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yangbenar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoahanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nyajika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan jugaakan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mestimenghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kitaperlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayannya.

Friday, January 15, 2010

TULANG RUSUK

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namum Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak lojik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh mereka. didiklah mereka dengan panduan dariNya.

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.


Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan. kerana Rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan lain-lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI- PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadanya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI....!!!

Saturday, January 9, 2010

Kesilapan Wanita Tentang Aurat

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA :
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA :
Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA :
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT :
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA :
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM :
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH :
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN :
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya : “Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

KESALAHAN KESEMBILAN :
Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN KESEPULUH :
Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja dia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)

Pakailah tudung mengikut syariat sebenar, beringat dan amalkan apa yang kita tahu.

Sakitnya Mati

Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:

1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih

Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:

1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.

Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."

Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."

Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."
 

Thursday, January 7, 2010

Disiplin Dimartabat, Pencapaian Meningkat

Memahami Disiplin
Disiplin ditakrifkan sebagai sikap positif berasaskan nilai-nilai murni yang membantu meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Asas displin ialah keazaman untuk melakukan yang terbaik bagi mencapai kecemerlangan diri dan kecemerlangan akademik.

Kriteria Disiplin

  • Kesedara dan keazaman untuk berjaya.
  • Menghargai jasa dan menghormati ibu bapa dan guru-guru.
  • Aamanah apabila menerima tugasana dan bertanggungjawab apabila melaksanakan tugasan yang diberikan ibu bapa dan guru-guru.
  • Menggunakan keupayaan berkomunikasi yang baiak supaya pergaulan sosial boleh diterima oleh masyarakat.
  • Bersopan santun dan beradap dalam pergaulan.
  • Membina daya kreatif yang tinggi.
  • Sayang akan sekolah.
Mendisiplinkan Diri
Mendisiplinkan diri melibatkan tindakan mencegah dan menjauhi salah laku, baik di sekolah mahupun di rumah. Pengukuhan displin boleh dilaksanakan melaui cara dan amalan berikut:

Cara mendisiplinkan Diri
  • Kenal pasti masalahdiri dan fokus kepada penyelesaian masalah tersebut (akademik, emosi dan sosial).
  • Gunakan cara penuh kemesraan apabila berkomunikasi atau berbincang dengan guru dan kawan-kawan.
  • Jadikan ibu bapa dan guru-guru sebagai tempat rujukan apabila berhadapan dengan masalah.
  • Jauhi gejala salah laku disiplin.
  • Menanam minat mendalam terhadap kerjaya pilihan.
Amalan Berdisiplin
  • Mengajak kawan-kawan berbincang mengenai pelajaran dan peraturan sekolah (baik peraturan di dalam bilik darjah mahupun peraturan di luar bilik darjah).
  • Memupuk keyakinan diri supaya berani meluahkan perasaan dan menyatakan pendapat peribadi kepada guru-guru.
  • Bersikap prihatin terhadap masalah murid lain, memberi nasihat dan membantu menyelesaikan masalah murid tersebut.
  • Menyertai program sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan guru-guru.
  • Menyertai program berkaitan kerjaya pilihan.
Kesimpulan
Kesedaran dan keazaman yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan dan kepatuhan kepada peraturan sekolah akan mengukuhkan disiplin diri.

Sumber: Kementerian Pelajran Malaysia

Monday, January 4, 2010

Kalau nak tahu !!!

Kalau nak tahu luasnya padang, tanyalah belalang.
Kalau nak tahu banyaknya teluk, tanyalah siput.
Kalau nak tahu luasnya kolam, tanyalah katak.
Kalau nak tahu dalamnya laut, tanyalah yu.
Kalau nak tahu luasnya langit, tanyalah helang.
Kalau nak tahu luasnya hutan, tanyalah kijang.
Kalau nak tahu kerasnya kayu, tanyalah paku,
Kalau nak tahu kuatnya paku, tanyalah tukul.
Kalau nak tahu liatnya tangkai jering, tanyalah galah.
Kalau nak tahu apa-apa jee, tanyalah pakarnya....
Semua orang mempunyai pengalaman....
Semua orang boleh menjadi GURU.

Sunday, January 3, 2010

JADILAH MURID TERBAIK DI SEKOLAHMU!

Bersama Menangani Gejala Disiplin Murid

Elak dari Melakukan atau Melibatkan diri dalam perbuatan Salah Laku...

  • TINGKAHLAKU JENAYAH
  • PENYALAHGUNAAN DADAH / INHALIN / RACUN
  • BULI
  • ROKOK
  • PONTENG
  • TINGKAHLAKU LUCAH
  • TINGKAHLAKU KURANG SOPAN / BIADAP
  • VANDALISME
  • TINGKAHLAKU TIDAK AMANAH
  • TINGKAHLAKU TIDAK PENTINGKAN MASA
  • KEKEMASAN DIRI

Jadi Terbaik yang anda boleh...

Tanggunjawab Murid

  • Mendisiplin dan mengawal diri, membentuk kekuatan rohani melalui aktiviti keagamaan dan kerohanian
  • Mengelakkan diri dari aktiviti yang tidak berfaedah
  • Menyertai kelab-kelab dan persatuan yang dianjurkan oleh pihak sekolah
  • Menyertai program yang berbentuk ilmiah
  • Menjauhi diri dari pengaruh negatif
  • Melaporkan kepada ibu bapa, guru, polis sekiranyamenjadi mangsa atau melihat salah laku
  • Ibu bapa, guru dan pihak berkuasa haruslah bersatu untuk membimbing golongan murid menjauhi salah laku

Sumber Kementerian Pelajaran Malaysia

Saturday, January 2, 2010

Itulah Hakikatnya...

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.
Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah mula melupakan kawan-kawan anda.
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH

-LepakSantai

Apakah Peranan Anda Dalam Menangani Gejala Disiplin Murid?

Bersama Menangani Gejala Disiplin Murid


JIKA ANDA SEORANG IBU/BAPA


Peranan anda terhadap anak

Ibu bapa adalah orang yang paling rapat dengan anak-anak terutama ibu. Kasih sayang boleh mengikat hati anak-anak di rumah. Salah laku lazimnya berlaku di luar rumah terutama jika jauh dari pantauan ibu. Ibu bapa hendaklah:

  • Mengawasi pergerakan dan aktiviti anak selepas waktu sekolah
  • Menasihati anak yang mula menampakkan penyelewengan
  • Memberi kemudahan anak mengikut kegiatan ko-kurikulum
  • Membelikan bahan bacaan yang bermanfaat
  • Mengawal kegiatan mengakses internet
  • Cari masa untuk mendengar masalah anak
  • Perihatin terhadap prestasi pembelajaran anak di sekolah
  • Semua keluarga bertemu ketika makan

Peranan terhadap guru anak anda

Anda harus memberi kepercayaan penuh kepada guru untuk mendidik si anak. Mereka telah diberi kemahiran untuk berbuat demikian. Sokongan hendaklah diberikan berterusan hingga anak itu dewasa. Ibu bapa dan guru bertukar ganti mengambil alih tugas mendidik anak pada nisbah 60:40. Ibu bapa jua hendaklah:
  • Mengenali guru kelas anak dan berinteraksi dengan mereka
  • Beri peluang guru menjatuhkan hukuman ringan kepada murid yang membuat salah
  • Melibatkan diri dalam kegiatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
  • Menghargai guru

JIKA ANDA SEORANG MURID


Peranan terhadap ibu bapa

Hormati ibu bapa. Ibu bapa telah mendidik anda dengan penuh perhatian dan kasih sayang yang optimum, jadi balaslah jasa mereka. Buatlah baik pada ibu bapa, nanti anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu. Bila anak sibuk untuk berbakti kepada ibu bapa, masa untuk terjebak dengan jenayah akan berkurangan. Anak-anak juga hendaklah:

  • Taat dan patuh kepada ibu bapa
  • Bertindak pantas apabila diarahkan ibu bapa
  • Mengikut nasihat ibu bapa
  • Diwajibkan melapor kegiatan harian kepada ibu bapa
  • Menyenangkan hati ibu bapa
  • Minta nasihat dan pendapat ayah/ibu

Peranan terhadap guru

Kenanglah jasa guru. Guru adalah untuk disayangi, bukan dibenci, untuk disanjung, bukan dikeji. Sepatah ajaran guru mungkin telah merubah kemajuan dan kecemerlangan diri kita. Kenapa mesti kita nodai kejayaan ini dengan kegiatan salah laku yang merosakkan diri kita sendiri? Ingatlah jasa guru. Seorang murid hendaklah:
  • Menghormati guru
  • Anggap guru sebagai ibu bapa kedua
  • Rujuk guru dalam semua hal
  • Ikut nasihat guru
  • Selalu memberi khidmat dan membantu guru
  • Buang anggapan "Guru hendak menyusahkan kita" sebaliknya "Guru hendak mendidik kita"

JIKA ANDA SEORANG GURU


Peranan anda terhadap murid

Didiklah urid secara lebih tersusun dan terarah. Jangan terlalu menekan dari segi kecemerlangan akademik hingga meninggalkan kecemerlang sahsiah. Berperananlah sebagai ibu bapd kedua kepada murid. Anda berfungsi melahirkan insan buka robot. Guru juga hendaklah:
  • Memerhati murid walaupun selepas waktu sekolah
  • Lebihkan masa dengan aktiviti ko-kurikulum
  • Beri tumpuan lebih di dalam kelas terhadap murid bermasalah
  • Memberi kaunseling murid yang bermasalah
  • Anggap murid sebagai anak sendiri
  • Libatkan murid dengan hobi yang positif

Peranan anda terhadap ibu bapa murid

Jangan memandang rendah terhadap latar belakang ibu bapa yang kurang bernasib baik. Murid dari keluarga demikian harus ditangan sewajarnya. Beri motivasi dan panduan. Bagi kata semangat, "anak anda harus membuka lembaran baru dalam mencapai sejarah keluarga". Guru juga hendaklah:
  • Melaporkan kemajuan pelajaran murid
  • Melaporkan perkembangan sahsiah murid
  • Membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan mendidik anak
  • Mengenali ibu bapa murid
  • Fahami dan cuba cungkil kerjaya ibu bapa
  • Beri kaunseling dan letak harapan kepada ibu bapa yang telah kecewa dengan salah laku anak mereka

PERANAN MASYARAKAT


Generasi muda merupakan penyumbang kepada tenaga penggerak masyarakat den negara masa akan datang. Murid adalah komponen masyarakat yang termuda dan masih mentah. Sebab itu bimbingan dan pemantauan terhadap mereka sangat dikan. Antaranya:
  • Ambil perhatian jika melihat perkara yang tidak betul kepada anak jiran anda
  • Mengadakan aktiviti kemasyarakatan yang bermanfaat
  • Mengelak aktiviti kemasyarakatan yang memudaratkan
  • Gerakkan aktiviti peringkat taman, kamping, sarau dan masjid
  • Wujudkan aktiviti kanak-kanak
  • Hapuskan jurang antara generasi muda dan tua
  • Beri bimbingan dan harapan kepada golongan muda yang terpesong untuk berubah

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Alam Sekitar

Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
Alam dan manusia saling bantu membantu.
Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO