Friday, February 27, 2009

DEMI MASA ....

Demi masa. Sesungguhnya Manusia Itu
Dalam Kerugian, Kecuali Orang Yang Beriman
Dan Beramal Soleh. Dan berwasiat
(nasihat menasihati) Dengan Kebenaran
Dan berwasiat (nasihat menasihati)
Dengan Kesabaran (al-'Asr:1-3)

"AKUM................"

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum....

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan
"A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan
Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan
perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesamalah
kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud
'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani..

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.

Wednesday, February 25, 2009

Tanggungjawab .......

Tanggungjawab kepada Allah swt.

  • Mematuhi segala perintah Allah swt. serta menjauhi segala laranganNya;
  • Bersyukur di atas nikmatNya dengan cara menggunakan nikmat itu dengan sebaik-baiknya;
  • Sentiasa berzikir dengan memuji dan menyebut nama-nama serta sifat-sifatNya sebagai tanda mengasihi Allah swt.
Tanggungjawab kepada diri sendiri
  • Sentiasa menjaga kesihatan diri, tubuh badan dan akal fikiran;
  • Tidak melakukan perbuatan yang boleh merosakkan diri sendiri seperti membunuh diri, minum arak dan sebagainya;
  • Menjaga keluarga masing-masing suoaya terselamat dan terhindar daripada malapetaka dan azab Allah swt.
Tanggungjawab kepada sasama insan
  • Memelihara hak sesama insan seperti memelihara hak jiran;
  • Membantu orangyang memerlukan bantuan;
  • Menjalinkan hubungan silaturahim tanpa mengira keturunan, darjat, warna kulit, dan agama;
  • Saling hormat menghormati dan bertoleransi dalam masyarakat majmuk agar negara sentiasa aman dan harmoni.
Tanggungjawab kepada alam
  • Memakmurkan alam dengan mengurus secara bijaksana melalui pembangunan yang terancang tanpa merosakkan alam persekitaran;
  • Memelihara dan memulihara alam agar tidak berlaku kepupusan habitat haiwan dan tumbuhan.
Akibat pengabaian tangggungjawab
  • Dimurkai oleh Allah swt dan kehidupannya tidak akan diberkati.
  • Dibenci dan dipandang hina oleh masyarakat.
  • Menjadi sesat dan bersikap tidak amanah dalam menjalankan tugas.
  • Diazab oleh Allah swt. pada hari akhirat kelak jika tidak bertaubat kepadaNya.
Sebagai insan yang paling istimewa berbanding dengan haiwan dan makhluk-makhluk yang lain sewajarnya semua tanggungjawab itu dilaksanakan dengan baik sebagai tanda hormat, taat, patuh dan bersyukur kepadaNya.

Perbezaan Antara Beragama Dengan Tidak Beragama ..

Beragama:

  • Sentiasa reda dengan ketentuan (qadak dan qadar) Allah swt.
  • Melakukan sesuatu dengan iklas untuk memperolehi ganjaran daripada Allah swt.
  • Bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah swt dengan cara memanfaatkannya pada jalan Allah swt.
  • Memilikki kesempurnaan akhlak, menghormati rakan taulan, jiran, dan tidak terlalu cinta terhadap hal-hal keduniaan.
  • Memiliki jiwa yang teguh dan mengikut prinsip kebenaran.
Tidak Beragama:
  • Berasa keluh kesah, kecewa, dan berputus asa.
  • Melakukan sesuatu untuk kepentingan diri dan mengharapkan pujian dan sanjungan daripada manusia.
  • Ingkar dengan ketentuan Allah swt. Segala nikmat yang diberikan hanya untuk kepentingan diri sendiri dan digunakan pada perkara maksiat.
  • Berakhlak buruk, suka menimbulkan kekacauan, dan bermatlamatkan kehidupan di dunia sahaja (hubbul dunia).
  • Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang merosakkan.

Tuesday, February 24, 2009

ROZES


Uploaded on authorSTREAM by vili48

Sunday, February 22, 2009

HULURKAN SUMBANGAN ANDA



Rama-Rama dan Wanita

www.iLuvislam.com
Oleh: Dr. HM Tuah (Editor: kasih sayang)

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena. Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Sumber:Untuk Lebih Info sila klik iLuvislam di Ruangan Ilmu

Saturday, February 21, 2009

Tanda-Tanda Ar Rahman Dalam Perang Di Gaza

Email dari adik: Dr. Yusof
From: Wan Ahmad Subject: [isma-net] Tanda-Tanda Ar Rahman Dalam Perang Di GazaTo: isma-net@yahoogroups.comDate: Monday, February 16, 2009, 5:53 PM

Assalamualaikum,

Berikut adalah tulisan Dr Abdul Rahman Ahmad Jamal, salah seorang pemimpin Hamas berkenaan perang di Gaza.

Bukanlah secara kebetulan bahwa peperangan yang dihadapi oleh rakyat Palestin di Gaza dengan penuh keteguhan dan kesabaran disebut dengan perang “Al-Furqan” atau perang pembeza. Penamaan ini sudah menjadi takdir Allah swt. Perang ini adalah sambungan dari perang Badar yang dinamakan oleh Allah yang Maha Kuasa pada Hari Al-Furqan di mana bertemunya dua kelompok.

Dalam peperangan Badar, tanda2 Allah sangat jelas terlihat dengan pertolongan- Nya kepada orang yang beriman yang jumlahnya sedikit. Bahkan Allah mentadbir dan mengatur peperangan itu dengan mengerahkan malaikat untuk berperang bersama orang-orang yang beriman. Malaikat memberikan rasa mengantuk kepada orang mukmin untuk keamanan dan ketenangan bagi mereka, menurunkan air dari langit untuk membersihkan orang-orang yang beriman dari kotoran syaitan dan mengikat hati-hati mereka dan meneguhkan kaki-kaki mereka. Allah swt mewahyukan kepada para malaikatnya dengan firmanNya :

“أني معكم فثبتوا الذين آمنوا سألقي في قلوب الذين كفروا الرعب”
“Bahwa Aku bersama kamu, maka kukuhkanlah pendirian orang-orang yang beriman. Akan kami berikan ketakutan dalam hati orang-orang kafir,” (QS : Al-Anfal 12)
Begitu juga para malaikat ikut memerangi orang-orang musyrik

“فاضربوا فوق الأعناق واضربوا منهم كل بنان”
“Maka pukullah atas leher-leher mereka dan pukullah ujung jari-jari mereka”

Serta lemparan Rasulullah saw yang mengena kepada sasaran

“فلم تقتلوهم ولكن الله قتلهم وما رميت إذ رميت ولكن الله رمي “
“Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka (orang kafir) tapi Allah yang membunuh mereka, dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar namun Allah yang melempar” (QS : Al-Anfal 17)

Allah swt memperlihatkan jumlah orang-orang musyrik di mata Rasulullah saw dalam mimpinya dengan jumlah yang sedikit dan Allah memperlihatkan di mata orang-orang mukmin jumlah orang-orang kafir sedikit. Ketika dua kelompok ini bertemu, maka orang-orang kafir melihat jumlah orang mukmin dua kali ganda. Allah menolong siapa saja yang dikedendakinya. Semua itu adalah karamah dalam pertempuran Al-Furqan.

Dalam pertempuran Al-Furqan di Gaza sebulan yang lalu, benar2 nampak dokongan dan pertolongan Allah kepada para mujahidin bahkan kepada manusia secara umum. Allah swt mengurniakan sejumlah karamah kepada mujahidin untuk memberikan keteguhan di hati mereka. Itu tidak pelik dan aneh.

Para ulama menegaskan dengan dalil yang kuat bahwa para malaikat yang turun di perang Badar untuk berperang bersama orang-orang mukmin itu tidak khusus untuk ahli Badar namun umum untuk semua golongan orang-orang yang beriman; jika mereka ikhlas dan benar dalam jihadnya untuk meninggikan kalimat Allah dan menegakkan syariat-Nya. Sejumlah mujahidin yang berada di medan jihad di Gaza menceritakan peristiwa2 yang terjadi kepada mereka yang membuatkan hati mereka tenang.

Karamah pertama adalah keteguhan para mujahidin di medan perang yang digempur habis-habisan oleh pesawat tempur di atas kepala mereka dan kereta2 kebal di sekeliling mereka. Namun mereka tetap berperang tanpa rasa gentar. Orang-orang yang menyaksikannya memiliki prasangka yang bermacam-macam terhadap Allah swt dan hati mereka seakan tergoncang oleh gempa bumi yang dahsyat. Faktor2 pertolongan di muka bumi sudah habis dan hanya ada pertolongan dari Allah swt. Maka Allah swt melimpahkan karamah kepada mereka. Dalam peperangan sebelum ini yang pernah dialami oleh kaum muslimin sepanjang sejarah, banyak kisah-kisah yang dicatatkan tentang karamah ini.

Salah satu karamah terjadi di desa Mighraqah di mana sejumlah mujahidin melihat dengan mata kepala mereka sendiri. Mereka melihat sebuah rumah dihancurkan oleh tentera Zionis Israel dengan bom yang besar sehingga mereka khuatir akan mengena ke rumah di sebelahnya. Dalam kebakaran yang hebat itu, mereka melihat seorang mujahid berdoa kepada Allah swt dengan menangis: “Wahai Allah yang menjadikan api, dingin dan keselamatan bagi Ibrahim, padamkan api dengan kehendak-Mu” di mana hanya selang tiga minit sahaja selepas itu api itu padam. Maka para mujahidin yang turut menyaksikan itu menangis semuanya kerana mereka merasakan Allah swt menolong dan mengabulkan doa mereka.

Masih pada pertempuran di Mighraqah di mana pesawat-pesawat tempur Israel menggempur dan mengepung mujahidin dari atas kepala mereka. Mereka tidak dapat bergerak. Tiba-tiba datang awan mendung yang memayungi mereka dan menutupi pesawat tempur Israel untuk melihat ke bumi. Maka para mujahidin pun bergerak bagi menghindarkan diri mereka dari tempat itu.

Ada juga cerita seorang mujahid yang mengalami sendiri bersama rakan-rakannya yang sedang berada di sebuah rumah. Bom dan peluru berpandu dari pesawat dan kereta kebal Israel menggempur mereka habis-habisan, namun tidak seorangpun yang terkena serangan itu. Sebahagian dari kami merasa takut. Namun tiba-tiba dia mengajak kami menghalang kereta2 kebal Israel yang menyerang kami sehingga Allah memberikan pertolongan untuk meledakkan beberapa kereta kebal yang ada. Maha Suci Allah yang menurunkan ketenangan dalam hati-hati orang yang beriman dan Allah memiliki tentera-tentera di langit dan bumi dan Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana.

Seorang mujahid menceritakan kepada penulis bahwa mereka melihat dua kereta kebal meletup dan terbakar di tempat mereka memasang bom tepi jalan. Ketika kami menghampiri dua kereta kebal Israel yang meletup itu, ternyata bom tepi jalan yang kami pasang belum meletup.

Seorang mujahid lain menceritakan bahwa ia bersendirian ketika memasang bom tepi jalan. Beberapa saat kemudian ia sudah dikepung oleh kereta2 kebal Israel . Dalam keadaan yang cemas itu, ia berbisik dalam dirinya, “carilah tempat yang lebih aman”. Namun ia mendengar satu suara tanpa diketahui dari mana datangnya; “tetaplah berada di tempatmu”. Maka dia tetap berdiri di tempatnya dan tiba-tiba ketenangan merasuk dalam hatinya dan Allah memberikan pertolongan dengan meletupnya kereta2 kebal Israel itu.

Seorang mujahid lain menceritakan bahwa ketika dia hendak melepaskan roket, ia merasa ada “orang” yang membetulkan sasarannya ke kanan dan ke kiri sedikit.

Penulis sendiri mencium bau wangian yang keluar dari poket baju jasad seorang mujahid yang Syahid bernama Abdullah As-Shanik padahal ia sudah 20 hari terbungkus.

Bau wangian yang sama juga penulis cium dari jasad Syahid Musa Hasan Abu Nar yang terbunuh dan darahnya meluncur keluar membasahi lantai masjid. Meskipun darah itu dibersihkan namun baunya itu masih wangi. Bukan hanya penulis yang menciumnya namun orang lain juga begitu. Ini sungguh meyakinkan penulis akan kebenaran jalan dan langkah Rasulullah saw meski orang-orang kafir dan munafik benci.

Bahkan kesaksian-kesaksian dari askar2 Yahudi yang disiarkan oleh Channel 10 televisyen Israel bahwa mereka menyaksikan lembaga aneh yang mereka yakini sebagai hantu yang keluar dari bumi dan memerangi mereka.

Ada juga kesaksian dari seorang askar Israel yang buta matanya akibat dilempar dengan pasir oleh seorang laki-laki yang berpakaian putih.

Bahkan ketakutan yang dicampakkan ke dalam hati-hati orang Yahudi menjadikan mereka yang memiliki senjata jauh lebih canggih dari senjata kaum mujahidin Palestin takut untuk membuat serangan dan hanya menyerang kanak-kanak, wanita, orang2 tua dan orang awam yang tidak membawa senjata.

Wahai warga Gaza , para mujahidin yang sabar dan teguh, Allah bersama kamu. Kamu telah mendapat kemuliaan di perang Gaza dan kamu tulis sejarah di lembaran yang bersinar, Kamu kalahkan lagenda tentera Israel yang kononnya sukar dikalahkan. Kamu tanamkan ruh jihad di dalam hati umat ini meskipun dengan pengorbanan dan kehancuran rumah-rumah kamu, meskipun dengan mengorbankan para syuhada. Kamu jual jiwa-jiwa kamu dan harta kamu dengan syurga dan Allah membelinya, maka bergembiralah dengan perniagaan kamu dan itulah kemenangan yang besar.

Bagi-Mu ya Allah segala pujian dan bagi-Mu segala syukur, semua urusan dikembalikan kepada-Nya, yang terang dan rahsia, segala puji dengan Islam, Iman, Al-Quran, dengan ribat, jihad sehingga Engkau mudahkan urusan kami dalam mengalahkan musuh kami, dan Engkau bantulah mujahidin kami. Segala puji bagi-Mu sesuai dengan wajah-Mu dan keagungan kekuasaan-Mu.
Bersama-sama ini juga dikepilkan beberapa gambar2 para syuhada’ di Gaza yang kesemuanya dalam keadaan senyum, MasyaAllah.










Friday, February 20, 2009

JANGAN MAKAN SARDIN

Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar.Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya "JANGAN MAKAN IKAN SARDIN". Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid didalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hambaAllah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap kerumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cubalah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya. Sekian untuk kali ini.

INGAT, jangan makan ikan sardin.

Wassalam wallahualam

http://www.ukhwah.com

Wednesday, February 18, 2009

KOMPUTER - KISAH BENAR

Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Word Perfect Helpline (bantuan > berkenaan Word Perfect melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan "Memecat Tanpa Sebab". Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

"Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?"
"Ya, err, Saya ada masalah dengan Word Perfect."
"Masalah bagaimana tu encik?"
"Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang."
"Hilang?"
"Ya, ia hilang."
"Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?"
"Kosong, tak ada apa-apa."
"Tak ada apa-apa?"
"Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip."
"Adakah anda masih didalam WordPerfect, atau anda telah keluar?"
"Macam mana saya nak tau?"
"Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?"
"Apa tu si-perom?"
"Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?"
"Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip."
"Adakah monitor anda ada power indicator?"
"Monitor tu apa?"
"Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV."
"Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?"
"Saya tak tahu."
"OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?"
"Rasa-rasanya."
"Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda."
"Yaa, terpasang."
"Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?"
"Iya ke?."
"Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut"
"Okay, jumpa dah."
"Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda."
"Alamak tak sampai laa."
"Ok... boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?"
"Tak boleh."
"Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?"
"Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap."
"Gelap?"
"Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap."
"OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda."
"Tak boleh."
"Tak boleh? Kenapa?"
"Sebab kat pejabat saya "blackout", tak ada elektrik."
"Blackout... tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?"
"Ada... saya simpan kat dalam almari."
"Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu."
"Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?"
"Iya, rasa-rasanya macam itulah."
"Err... okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?"
"Beritahu mereka anda terlalu bangang untuk memiliki sebuah komputer."

Sumber: GelakGiler.com

Monday, February 16, 2009

Dosa-Dosa Yang Perlu Dihindari

Menurut ajaran Islam, dosa terbahagi 2 kategori iaitu dosa besar dan dosa kecil. Para ulama mendefinasikan dosa-dosa besar sebagai, "segala perbuatan yang dilarang Allah atau terdapat dalam al-Quran tentang pengharamannya tau sesuatu kesalahan yang mengandungi ancaman seksaan neraka atau kemurkaan Allah swt." Dosa-dosa kecil pula adalah dosa dari perbuatan yang tidak dinyatakan hukum secara khusus oleh Allah swt. Dosa kecil boleh berubah menjadi dosa besar jika ia dilakukan secara berterusan tanpa bertaubat.

Terdapat tujuh anggota yang perlu dipelihara daripada dosa iaitu:

  1. Mata - hendaklah mengelak daripada memandang wanita atau lelaki bukan muhram, memandang aurat orang lain, melihat gambar-ganbar lucah dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menjauhi dosa mata kerana pepatah yang menyebut dari mata turun ke hati. Bermaksud mata boleh menggalakkan hati untuk melakukan sesuatu kecurangan dan kemaksiatan.
  2. Mulut - hendaklah mengelak diri daripada berbohong, mungkir janji, mengumpat, mengeluh, bertengkar dan sebagainya.
  3. Telinga - hendaklah mengelak daripada mendengan umpatan, nyanyian yang mengkhayalkan dan melekakan hati dari mengingati Allah swt.
  4. Tangan - memelihara tangan daripada mengambil benda yang haram, menyakitkan orang dan mendapat rezki dari sumber yang haram.
  5. Perut - mengelak daripada memakan makanan yang haram, makruh, syubhah dan makan terlalu banyak.
  6. Kaki - menjauhkan diri daripada berjalan ke tempat-tempat maksiat.
  7. Memelihra kemaluan dan kehormatan - menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat dan perbuatan-perbuatan yang cenderung ke arah itu.

Oleh itu, jika telah melakukan dosa, maka bersihkan diri dengan memohon keampunan daripada Allah. Sungguhpun sukar untuk mengelak diri daripada melakukan dosa, namun kita mesti berusaha untuk mengelaknya, khususnya mengatasi pengaruh godaan syaitan dan nafsu yang sentiasa menyesatkan manusia.

Sentiasalah beristighfar dan berzikir kepada Allah agar terhindar dari ujian dan godaan syaitan. Ini selari dengan prinsip Islam iaitu keimanan dan ketakwaan kepada Allah perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan, agar dapat mengatasi segala perkara yang tidak baik; seterusnya menjadi benteng diri daripada terjerumus dalam perkara yang tidak bermoral.

Sumber: Inspirasi Minda

Friday, February 13, 2009

Diet Rasulullah.....

Amalan diet dalam kehidupan kita adalah penting. Maksud diet di sini bukan tak makan nasi lansung, baik siang atau malam. Hanya makan buah-buahan sahaja + produk kesihatan. Sekali minum kenyang sampai ke petang. Ini diet yang salah! Makan tanpa kawalan, juga salah!
Diet yang salah akan menyebabkan punca penyakit: kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakiti.
Rasulullah s.a.w. tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehar-hari. Diet baginda adalah yang terbaik.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU Contoh: KOKTEL


JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi itulah hakikatnya. Untuk mendapatkan natijahnya kena lakukan. Kesannya mungkin memakan masa yang panjang..... Ianya berkesan bila sudah berusia nanti!

Dalam kitab juga ada larangan makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah makan ikan bersama susu, dikuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini dibuktikan oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran juga ada mengajar cara menjaga kesihatan melalui amalan mandi. Mandi pagi sebelum subuh sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Sama-samalah amalkannya.......

WallahuA'lam

Wednesday, February 11, 2009

Adab Makan ....⅓+⅓+⅓

Bila sebut makan minum ada yang lupa diri dengan makan terlalu kenyang dan minum sehingga mengah. Biasanya berlaku ketika berbuka puasa. Kadang-kadang dalam majlis perkahwinan di mana hidangannya disediakan secara ‘layan diri’ terdapat ada yang mengambil makan itu terlalu banyak dan akhirnya tidak habis dimakan. Sama ada di rumah atau jemputan khenduri, dalam hal ini; Rasulullah s.a.w. mengingatkan supaya perut hendaklah disi dengan satu pertiga untuk makanan satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga lagi untuk pernafasan.

Dalam makan minum ada adab yang perlu dipatuhi supaya makan itu dapat manfaat dan diberkati oleh Allah swt. Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali menyenaraikan 7 adab sebelum makan:

  1. Memastikan makanan itu daripada sumber yang halal
  2. Membasuh tangan.
  3. Meletakkan makan di dalam bekas yang diletakkan di atas lantai kerana ia melatih diri tawaduk. Namun , sekiranya diletak di atas meja tanpa melampaui batas, ia tidak dilarang.
  4. Duduk dengan cara yang betul. Di larang makan sambil berbaring atau bersandar.
  5. Berniat supaya makanan itu mendatangkan kekuatan untuk beribadah kepada Allah.
  6. Bergembira dengan rezeki yang terhidang dan bersyukur.
  7. Berusaha supaya tidak makan seorang diri tetapi bersama-sama dengan orang lain walaupun daripada kalangan keluarga dan anak sendiri.

Imam Ghazali juga menyenaraikan beberapa adab ketika makan yang juga perlu dijaga:

  1. Makan dengan bismillah dan doa.
  2. Makan dengan tangan kanan.
  3. Mengunyak dengan baik.
  4. Jangan dicaci sebarang makanan.
  5. Sebaik-baiknya dijamah makanan yang terdekat kecuali buah-buahan.
  6. Jangan menghembus di atas makan yang panas. Tunggu dengan sabar.
  7. Jangan makan secara berlebihan.
  8. Apabila terpaksa minum air, pastikan ia sedekit sahaja kecuali jika perlu.

Berhubung adab selepas makan, Imam Ghazali memberikan beberapa tunjuk ajar mengenainya:

  1. Berhenti makan sebelum kenyang. (Jangan ambil terlalu banyak)
  2. Menjilat jari.
  3. Membasuh tangan.
  4. Berdoa.
  5. Mengeluarkan makanan yang terselekat dicelah gigi. (Lakukannya hendaklah juga beradab)
  6. Banyak bersyukur kepada Allah.
  7. Beristighfar supaya diampunkan Allah andai kata terdapat unsur-unsur syubhah pada makanan itu.

    Oleh itu bijaklah ketika makan dan minum!!!

24jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun !!!

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'.

"Atau....

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya.

" Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka, silahkan tu nggu sampai Anda tiba di sini!!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok.

" atau... Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pern ah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

Monday, February 9, 2009

Fadhilah Berdoa dan Berzikir

Fadhilah Berdoa
Berdoa adalah memanjatkan permohonan-permohonan dan harapan kepada Allah swt. Berdoa tidak boleh dilakukan dengan hanya mengucapkan permohonan dan harapan di bibir sahaja. Berdoa dilakukan dengan memahami apa yang diucapkan dan diiringi dengan kekhusyukan serta keikhlasan hati. Rasulullah saw sangat menganjurkan berdoa dan memperingatkan orang yang enggan berdoa, antara lain:

  1. Allah swt berfirman yang bermaksud: "Berdoalah kepadaKu, nescaya aku mengkabulkan doamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu (berdoa kepadaKu) akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina".
  2. "Mintalah anugerah Allah swt, sesungguhnya Allah swt senang diminta oleh hambaNya".
  3. "Doa adalah inti ibadah."
  4. "Tidak ada yang paling mulia di sisi Allah swt selain doa".
  5. "Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama serta cahaya langit dan bumi".
  6. "Allah swt murka kepada orang yang tidak berdoa kepadaNya".
  7. "Janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah swt..."
  8. "Barang siapa menginginkan doanya dikabulkan Allah swt ketika ia dalam kesulitan, maka hendaklah ia memperbanyakan doa tatkala senang".

Rasullullah saw menjelaskan fadhilah berdoa, antaranya:

  1. Allah swt mencintai orang yang berdoa dan menjadikannya dekat denganNya.
  2. Mendapat reda, rahmat dan petunjuk Allah swt.
  3. Mendapat keampunan Allah swt.
  4. Mendapatkan keluasan rezeki.
  5. Mendatangkan kebaikan serta menolak kemudaratan dan musibah.
  6. Memudahkan kesulitan.

Fadhilah Berzikir


Berzikir adalah mengingat dan menyebut nama Allah swt serta mengucapkan kalimah pujian kepada Allah swt secara berulang-ulang. Tujuan berzikir adalah agar hati menjadi dekat kepada Allah swt dan tetap kuat dalam keimanan. Berzikir dilakukan setiap saat sekalipun sedikit, diutamakan sebanyak-banyaknya dan terus menerus. Allah swt memerintahkan berzikir, antara lain:

  1. "Ingatlah (berzikirlah) kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu".
  2. "Berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya".

Rasulullah saw mengemukakan beberapa fadhilah berzikir, antaranya:

  1. Allah swt berfirman yang bermaksud: "Aku menurut dugaan hambaKu terhadapKu. Aku bersama hamba apabila ia mengingat Aku pada dirinya, nescaya Aku mengingatnya pula pada diriKu. Jika ia mengingat Aku dalam satu kelompok, nescaya Aku mengingatnya pada kelompok yang lebih baik daripada kelompok mereka. Jika ia mendekatkan diri kepadaKu satu jengkal, maka Aku mendekatinya satu hasta. Jika ia mendekatkan diri kepadaKu satu hasta, maka Aku akan mendekatinya satu depa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari".
  2. Orang yang berzikir mendapat rahmat dan keampunan Allah swt..
  3. Allah swt menyebut nama orang yang berzikir kepada para malaikat yang berada di sisiNya.
  4. Orang yang berzikir mendapatkan perlindungan Allah swt pada hari kiamat.
  5. Berzikir kepada Allah lebih utama daripada berjihad fisabilillah dan memberikan harta yang banyak terus menerus.
  6. Orang yang berzikir mendapatkan ketenangan hidup.
  7. Orang yang berzikir diibaratkan orang yang hidup dengan rohaninya, dan orang yang tidak berzikir diumpamakan orang yang mati.

Adab Berdoa


Setiap orang yang memohon kepada Allah swt hendaklah mempunyai etika dan sopan santun ketika berdoa, antara lain:

  1. Memohon hanya kepada Allah swt.
  2. Memohon pada keadaan yang mulia, seperti saat bersujud kepada Allah swt, setelah solat fardhu, waktu sahur, saat turun hujan, dan ketika berpuasa.
  3. Memohon pada saat yang baik dan tepat, seperti antara waktu ranggang azan dan iqamah, sepertiga malam, hari Jumaat, bulan Ramadhan, hari Arafah, awal dan akhir tahun.
  4. Mengadap kiblat seraya mengangkat tangan.
  5. Meyakini permohonan akan terkabul.
  6. Merendahkan diri, khusyuk, dan takut akan murka Allah swt.
  7. Melembutkan suara kerana berdoa ditujukan kepada Yang Maha Mendengar, serta tidak memaksa diri untuk melagukan doa.
  8. Memulai permohonan dengan menyebut salah satu Asmaul Husna, kalimah tauhid, hamdalah, serta bersalawat atas Rasulullah saw.
  9. Tidak memohon keburukan bagi keburukan diri sendiri ataupun orang lain, memutuskan hubungan silaturahim, dan diharamkan atau makroh, seperti memohon kematian kerana ditimpa musibah, memohon ditimpakan azab dengan segera ketika di dunia dan lain-lain.
  10. Menyatakan permohonan dengan baik dan jelas.
  11. Mengulangi permohonan sampai tiga kali dan diutamakan sesering mungkin, serta tidak tergesa-gesa.
  12. Bertaubat kepada Allah atas kesalahan yang pernah dibuat.
  13. Menutup permohonan dengan bertahmid dan berselawat ke atas Nabi saw, lalu mengusapkan kedua tangan ke muka.

Adap berzikir


Etika dan sopan santun ketika berzikir kepada Allah swt, antara lain:

  1. Merendahkan diri dan tidak takbur.
  2. Mengkhusyukkan hati dan tidak leka atau lalai.
  3. Meniatkan untuk menambah keimanan.
  4. Memohon ampun ke atas dosa-dosa yang pernah dilakukan.
  5. Tidak mengeraskan suara.

Hikmah Sujud

Hikmah sujud - Sujud legakan sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:

  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. - membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • melegakan sakit hernia. (burut)
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • meringankan bahagian pelvis.
  • memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • mengurangkan kegemukan.- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
  • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Sunday, February 8, 2009

Keajaiban Syuhada' Gaza

Khamis. Menerima email yang diforwardkan oleh adik. Menarik dan menakjubkan. Mari amati email tersebut:

Setiap peristiwa yang berlaku, samada yang berskala besar atau kecil pasti ada hikmah di sebaliknya, ada pelajaran, ada "Kemahuan" Zat Pengatur kehidupan, Allahu Rabbul Izzah. Setiap muslim semestinya meneliti, mengambil pelajaran sekaligus menjadikannya sebagai penguat iman dalam menjalani kehidupan.
Peristiwa yang terjadi di Gaza juga demikian. Banyak ayat-ayat Allah yang terbukti. Banyak mukjizat Allah yang turun. Banyak keajaiban-keajaiban Allah yang terjadi. Itulah yang dialami oleh pejuang Palestin, para syuhada Gaza. Berikut adalah sebahagian darinya:

1. Dr. Muawiyah Hassanein, Pengarah Ambulan Kecemasan dan Jabatan Kesihatan di Gaza menceritakan: "Para syuhada yang meninggal berhari-hari dan berminggu-minggu masih mengalirkan darah segar dari tubuhnya. Kami dan semua orang di sini sangat terkejut."
2. Syahid `Iyan berkata: "Saya menyaksikan orang yang gugur syahid tersenyum, meskipun keadaan tubuhnya hancur, lagi pula darahnya masih segar."
3. Seorang doktor yang bertugas di Gaza sedang menerima mangsa dari Briged Al Qassam, ia terkena peluru di dadanya. Mujahid ini tidak lupa meletakkan mushhaf Al Qur'an dan buku wirid harian di dalam poketnya. Ia terselamat kerana peluru terpecah dan Al Qur'an pun masih dalam keadaan baik. Sekarang ia sudah sembuh, wal hamdulillah.
4. Abu Qudamah, salah seorang komander Hamas di wilayah Timur Az-Zaitun, Kota Gaza bercerita: "Saya dan beberapa pejuang sedang menunggu kesempatan untuk menyerang kereta-kereta kebal Israel. Kami berdoa agar Allah menurunkan tentera-Nya dari langit untuk membantu kami. Dengan tiba-tiba tanpa disedari turunlah awan tebal menyelimuti wilayah kami. Kami masuk di antara puluhan kereta-kereta kebal itu tanpa diketahuioleh pihak musuh dan tidak dapat dikesan oleh pesawat-pesawat pengintai yang mundar mandir di udara. Kami mampu meletupkan kereta-kereta kebal itu, 5 tentera Zionis Israel terbunuh dan puluhan lagi tercedera."
5. Ketika pesawat-pesawat Israel mengebom salah satu wilayah diGaza, turunlah hujan lebat di wilayah itu sahaja dan tidak di wilayah lainnya yang menyebabkan pesawat-pesawat itu mengalami masalah penerbangan berjam-jam dan tidak dapat meneruskanpengeboman mereka.
6. Dua orang doktor warganegara Jordan bertugas di Gaza sedang bercakap dengan sekelompok mujahidin: "Kami sedang mengawasi gerak-geri tentera Israel dari tingkat dua, mereka ingin masuk ke dalam bangunan itu. Oleh kerana salah seorang mujahidin dari kami telah memasang perangkap di pintu masuk, makam eletuplah perangkap itu yang mengorbankan tentera Israel itu. Mendengar letupan itu, tentera Israel yang lain mengepung bangunan kami, maka terjadilah pertempuran sengit sehingga jam dua pagi. Kami keletihan lalu tertidur dari jam dua pagi hingga jam lima pagi. Kami kemudiannya terjaga dan bangun untuk melihat situasi di sekeliling, namun ternyata tentera Israel telah melarikan diri."
7. Syaikh Abu Bilal yang tinggal di perkemahan Rafah berkata: "Kamu jangan mengira bahwa orang yang gugur di jalan Allah itu mati, mereka bahkan hidup, tapi kamu tidak mengetahui." (QS AlBaqarah:154).
Mereka para syuhada diletakkan selepas darjat orang-orang yang benar imannya (Shiddiqin) dan sebelum orang-orang soleh (Shalihin) didalam Al Qur'an. Allah swt. berfirman:"Barangsiapa menta'ati Allah, dan Rasul, mereka bersama orang-orangyang Allah beri nikmat kepada mereka, di antara mereka para nabi-nabi, shiddiqin, syuhada, dan shalihin. Merekalah sebaik-baik teman." (QS An Nisa':69-70) .
Beliau menambah lagi bahwa "Jasad para syuhada masih segar, kerana ruh mereka sebenarnya memakan buah di syurga, ini juga yang menyebabkan semerbaknya bau wangian kasturi. Darah masih segar, janggut tumbuh. Sebahagian syuhada yang dua tahun lamanya, atau berpuluh tahun bahkan berabad-abad tidak rosak jasadnya dan tidakdimakan oleh ulat dan cacing tanah."

8. Wangian semerbak minyak kasturi juga keluar dari jasad mujahid AlQassam, Muhammad Abu Sya'r. Dia termasuk sebahagian dari mangsa serangan bom pesawat Israel. Bau harum itu tercium oleh orang yang menemui jasadnya dan berita kesyahidannya tersebar ke seluruhpelusuk masjid. Para pengunjung masjid beramai-ramai inginmelihatnya. Mereka bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir mengagungkan Asma Allah di atas keajaiban para syuhada tersebut.
9. Pekerja media menceritakan; kami berangkat untuk menolong orang yang tercedera di sebelah Utara Gaza, ketika itu tentera Israel menembak sekeliling kaki kami. Kami katakan kepada mereka: "Kenapa kamu melakukan ini, kami bukan tentera, kami tidak bawa senjata apalagi bom." Salah seorang tentera Israel berteriak: "Kamu orang Arab, kamu memakai pakaian putih, kamu malaikat, kamu berperang bersama Hamas."
10. Salah seorang tentera Israel sedang ditemuramah oleh media Israel, ia mengatakan bahwa ia kehilangan penglihatannya gara-gara melihat seorang pemuda yang memakai baju putih, melemparkan kepadanya segenggam pasir, pada waktu itu juga saya menjadi buta.
11. Tentera Israel yang lain pula menceritakan bahwa pejuang Hamas memerangkap mereka dalam banyak pertempuran umpama memerangkap ayam dan itik.
12. Salah seorang tentera Israel yang lain pula mengaku ia melihat ramai tentera Israel tercedera dan ditembak dari arah kanan dan kiri, namun tidak dapat dipastikan dan tidak diketahui dari mana tembakan itu berasal.
13. Sejumlah wartawan yang membuat liputan perang di Gaza menceritakan; kami bersembunyi dari serangan bom. Ketika situasiagak reda, kami dikejutkan oleh seorang yang keluar dari puing-puingruntuhan bangunan sambil membawa roket, ia salah seorang mujahidinpelancar roket yang menghalang kemasukan tentera penjajah Israel. Iahadir dan hilang sekejap, umpama ditelan bumi.
14. Apabila jenazah Hasan Bin Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Israel ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, salah seorangpengasas dan pemimpin Hamas yang syahid pada tahun 2003, merekadapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-muladikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih dan tiadatanda perubahan walaupun telah 5 tahun berlalu. Darah di kainkafannya seperti seolah-olah baru keluar pada masa itu juga manakalabendera yang digunakan untuk membalut tubuh Asy-Syahid Ismail semasajenazahnya diarak 5 tahun lalu masih berbau wangian kasturi yangkeluar dari tubuh beliau semasa kesyahidannya. Demikianlah beberapa karamah dan keajaiban yang berlaku di bumi Gazadan begitu juga di bumi-bumi lain seperti Afghanistan, Chechnya,Kashmir selagi masih ada mereka-mereka yang ikhlas dan tetap setiamelaksanakan janji-janji mereka kepada Allah. Mereka tidaksedikitpun merasa gusar dan takut dalam menghadapi musuh-musuhmereka kerana mereka yakin bahwa mereka akan dikurniakan antara duakebaikan iaitu samada kemenangan zahir terhadap musuh ataupun syahid dan mendapat nikmat dan rezeki yang tidak terhingga dari Allah JallaJallaluh."Jangan kamu mengira orang yang dibunuh dijalan Allah itu sebagaiorang-orang mati. Bahkan mereka orang-orang hidup, diberi rezeki disisi Tuhan mereka. Mereka gembira dengan apa yang beri Allah dari kurniaanNya dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang belum menyertai mereka (syahid dengan kata-kata) `Jangan kamu takut kepada mereka (musuh-musuh) dan mereka tidak bersedih hati". (QS AliImran:168-169) .

Saturday, February 7, 2009

Hidup Cuma 3 Hari

1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

1. Nafas Naik
2. Nafas Turun

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:

1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN . Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...

Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini

1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.... Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Wallahualam..

Thursday, February 5, 2009

Kasih Ibu...

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:

  • Tolong pergi kedai $4.00
  • Tolong jaga adik $4.00
  • Tolong buang sampah $1.00
  • Tolong kemas bilik $2.00
  • Tolong siram bunga $3.00
  • Tolong sapu sampah $3.00
  • Jumlah : S$17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

  • Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
  • Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
  • Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
  • Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
  • Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
  • Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"SayaSayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar malah terhutang ' pada muka surat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layananbaik dariku?" Rasulullah menjawab, "Ibumu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Jika kamu menyayangi ibumu, "hebahkanlah" kisah ini kepada sahabat-sahabat anda.

  • 1 orang -Kamu tidak sayangkan ibumu, Ibu kamu kecil hati!! (Dosa besar)
  • 2-4 orang -Kamu sayang ibumu
  • 5-9 orang -Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
  • 10 atau lebih -Syabas! Kamu akan disayangi Ibumu dan juga semua orang!

Semoga kamu berjaya dalam apa pun kerja (yang baik) kamu lakukan dan murah rezeki. Amin Amin Ya Robbal 'Alamin.

Wednesday, February 4, 2009

Batas Pergaulan...

Manusia perlu hidup bergaul dan berhubung, tidak boleh hidup bersendirian tanpa teman. Malah haiwan juga perlu hidup bergaul dan berhubungan antara mereka. Cuma beza antara haiwan dan manusia ialah tiada istilah dosa dan pahala seperti manusia. Renungkan sejenak.... seandainya pergaulan antara lelaki dan perempuan tanpa batas susilanya, apa akan terjadi? Lantaran itu Islam menentukan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan bagi membangunkan masyarakat yang bersih dan terkawal.

Antara adab pergaulan lelaki dan perempuan ialah:

Pertama: Memakai pakaian yang menutup aurat
Aurat lelaki yang wajib ditutup adalah antara pusat dan lutut. Bagi perempuan, aurat mereka seluruh badan kecuali muka dan dan kedua tapak tangan.

Kedua: Mesti menjaga pandangan mata
Allah swt memerintahkan kaum lelaki menundukkan pandangannya apabila bergaul dengan perempuan, begitu juga dengan kaum wanita. Mereka dituntut menjaga pandangan masa daripada melihat sesuatu yang haram dan membangkitkan syahwat.

Ketiga: Adanya sekatan antara lelaki dan perempuan
Seandainya perlu bergaul untuk menyelesaikan sesuatu masalah antara lelaki dan perempuan, haruslah dijaga supaya tidak timbul fitnah dan buruk sangka. Berjumpalah di tempat-tempat terbuka dan ditemani oleh kawan.

Keempat: Tidak berdua-duaan antara lelaki dan perempuan
Agama Islam melarang umatnya berdua-duaan kerana apabila antara lelaki dan perempuan berdua-duaan maka yang ketiganya adalah syaitan.

Kelima: Suara yang tidak menggoda
Seorang wanita dilarangkan mendayukan percakapan semasa berbicara selain kepada suami. Maksud mendayu ialah sengaja melembutkan suara dan manja dengan tujuan menarik perhatian lelaki.

Keenam: Tidak bersentuhan
Larangan ini berdasarkan Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi, itu masih lebaik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya."

Oleh itu, dalam dunia penuh cabaran ini, jagalah batas pergaul agar terhindar daripada maksiat dan seterusnya menjaga maruah dan kehormatan diri sendiri...

Sumber: Inpirasi Minda, JPNS

Tuesday, February 3, 2009

Antara Yahudi Muslim......

Saya terima email dari adik saya Dr. Yusof mengenai perkara di atas. Email penuhnya adalah seperti berikut:

Antara Yahudi Muslim yang terkenal sejak zaman Nabi SAW sehingga sekarang:-

Monday, February 2, 2009

Kisah Semalu dan Wanita Moden

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Sunday, February 1, 2009

10 Amalan Terbaik Tetapi Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

  1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
  2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
  3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
  4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
  5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
  6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
  7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
  8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
  9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
  10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Waulahu'alam.

Alam Sekitar

Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
Alam dan manusia saling bantu membantu.
Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO