Monday, February 16, 2009

Dosa-Dosa Yang Perlu Dihindari

Menurut ajaran Islam, dosa terbahagi 2 kategori iaitu dosa besar dan dosa kecil. Para ulama mendefinasikan dosa-dosa besar sebagai, "segala perbuatan yang dilarang Allah atau terdapat dalam al-Quran tentang pengharamannya tau sesuatu kesalahan yang mengandungi ancaman seksaan neraka atau kemurkaan Allah swt." Dosa-dosa kecil pula adalah dosa dari perbuatan yang tidak dinyatakan hukum secara khusus oleh Allah swt. Dosa kecil boleh berubah menjadi dosa besar jika ia dilakukan secara berterusan tanpa bertaubat.

Terdapat tujuh anggota yang perlu dipelihara daripada dosa iaitu:

  1. Mata - hendaklah mengelak daripada memandang wanita atau lelaki bukan muhram, memandang aurat orang lain, melihat gambar-ganbar lucah dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menjauhi dosa mata kerana pepatah yang menyebut dari mata turun ke hati. Bermaksud mata boleh menggalakkan hati untuk melakukan sesuatu kecurangan dan kemaksiatan.
  2. Mulut - hendaklah mengelak diri daripada berbohong, mungkir janji, mengumpat, mengeluh, bertengkar dan sebagainya.
  3. Telinga - hendaklah mengelak daripada mendengan umpatan, nyanyian yang mengkhayalkan dan melekakan hati dari mengingati Allah swt.
  4. Tangan - memelihara tangan daripada mengambil benda yang haram, menyakitkan orang dan mendapat rezki dari sumber yang haram.
  5. Perut - mengelak daripada memakan makanan yang haram, makruh, syubhah dan makan terlalu banyak.
  6. Kaki - menjauhkan diri daripada berjalan ke tempat-tempat maksiat.
  7. Memelihra kemaluan dan kehormatan - menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat dan perbuatan-perbuatan yang cenderung ke arah itu.

Oleh itu, jika telah melakukan dosa, maka bersihkan diri dengan memohon keampunan daripada Allah. Sungguhpun sukar untuk mengelak diri daripada melakukan dosa, namun kita mesti berusaha untuk mengelaknya, khususnya mengatasi pengaruh godaan syaitan dan nafsu yang sentiasa menyesatkan manusia.

Sentiasalah beristighfar dan berzikir kepada Allah agar terhindar dari ujian dan godaan syaitan. Ini selari dengan prinsip Islam iaitu keimanan dan ketakwaan kepada Allah perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan, agar dapat mengatasi segala perkara yang tidak baik; seterusnya menjadi benteng diri daripada terjerumus dalam perkara yang tidak bermoral.

Sumber: Inspirasi Minda

Seja o primeiro a comentar

Alam Sekitar

Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
Alam dan manusia saling bantu membantu.
Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO