Sunday, May 31, 2009

Saf Solat: Selama ini diabaikan !!!

Antara perkara yang amat diambil dalam soal peraturan solat ialah lurusnya saf, malah ia salah satu daripada kesempurnaannya. Dalam hadis sohih, Nabi Muhammad s.a.w bersabda bermaksud: "Luruskan saf, kerana ia kesempurnaan mendirikan solat." (AlBukhari no.723, Muslim no. 1003) .

Dalam hadis diriwayatkan oleh Ibn Majah, ada tambahan iaitu jika kamu tidak meluruskan saf, maka Allah SWT akan megwujudkan perselisihan pada hati-hati kamu. Dalam riwayat Ahmad pula, Nabi memberitahu kita, saf yang tidak dirapatkan antara bahu-bahu itu akan mengakibatkan kemasukan syaitan di antaranya, lalu ia merosakan solat kamu (menghilangkan rasa khusyuk. (Riwayat Ahmad no. 22317)

Malah, ketegasan lebih jelas apabila Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: "Jangan sampai aku melihat celahan antara saf-saf." (Riwayat Tibrani dalam al-Kabir no. 11453).
Berdasarkan hadis di atas, kita dapat membuat kesimpulan berikut:

Tuntutan merapatkan saf dalam solat dan larangan keras memutuskannya.

  • Doa kehilangan keberkatan pada orang yang memutuskan saf atau menyebabkannya menjadi bengkok.
  • Akan timbul perselisihan pada hati-hati mereka.
  • Menyebabkan tidak dapa pahala berjemaah kerana terputus saf dengan jemaah yang lain.
  • Sekiranya dilakukan dengan sengaja, ia haram kerana menyebabkan jemaah yang berada di samping kita turut tidak memperolehi pahala jemaah. Kewujudan tiang-tiang yang menghalang saf bercantum adalah sesuatu yang dimaafkan kerana ia tidak dapat dielakkan.
  • Imam bertanggungjawab memberitahu makmum kewajipan meluruskan saf kerana ia adalah amalan Nabi s.a.w.
Kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh berada dalam saf mereka yang telah baligh. Kalangan ulama meletakkan garis panduan tetrtentu kepentingan roh solat agar sentiasa ada khusyuk dan selamat daripada najis yang boleh disebabkan oleh anak. Pra syarat untuk membawa anak-anak ke masjid ialah:

  • Kanak-kanak itu sudah pun mumayyiz
  • Aanak itu diletakkan dalam saf khas
  • Kewajipan ibu bapa atau imam memberi ingat kepada jemaah kanak-kanak agar berakhlak mulia ketika di masjid.
Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul .

  • Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:

"Dari Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)

  • Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.
"Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, no. 725)

"Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat". (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud) Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah – Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)

Betul - Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)

Salah - Kaki tidak lurus ke hadapan

  • Menutup ruang/celahan di antara saf.

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:"Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa'i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197) Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198)


  • Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.

Dari an-Nu'man bin Basyir: beliau berkata, "Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapat“ pent.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:

"Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian". (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 436)

Keudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi

Kedudukan/Susunan Saf Yang Salah.

Oleh itu, perbaiki dan elokkanlah saf dalam solat jemaah kita, supaya amalan ibadah ini diberi ganjaran oleh Allah SWT sebanyak 27 darjah itu tercapai dan supaya ibadah ini tidak menjadi sia-sia.

Saturday, May 30, 2009

Kesan Zikir Terhadap OTAK

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.


http://www.halaqah.net/
editor:PenaHalaqah

Friday, May 29, 2009

Kisah Alqomah

Di zaman Rasulullah ada seorang pemuda yang bernama Alqomah, ia sangat rajin beribadat. Suatu hari ia tiba-tiba jatuh sakit yang sangat kuat, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah dan mengatakan suaminya sakit kuat dan dalam sakaratul maut. Ketika berita ini sampai kepada Rasulullah, maka Rasulullah menyuruh Bilal r.a, Ali r.a, Salamam r.a dan Ammar r.a supaya pergi melihat keadaan Alqomah. Ketika mereka sampai ke rumah Alqomah, mereka terus mendapatkan Alqomah sambil membantunya membacakan kalimah La-ilaa-ha-illallah, tetapi lidah Alqomah tidak dapat menyebutnya.

Ketika para sahabat mendapati bahwa Alqomah pasti akan mati, maka mereka menyuruh Bilal r.a supaya memberitahu Rasulullah tentang keadaan Alqomah. Ketika Bilal sampai dirumah Rasulullah, maka bilal menceritakan segala hal yang berlaku kepada Alqomah. Lalu Rasulullah bertanya kepada Bilal; "Wahai Bilal apakah ayah Alqomah masih hidup?" jawab Bilal r.a, " Tidak, ayahnya sudah meninggal, tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya". Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal; "Pergilah kamu kepada ibunya dan sampaikan salamku, dan katakan kepadanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia datang berjumpaku, kalau dia tidak dapat berjalan katakan aku akan kerumahnya".

Maka ketika Bilal sampai kerumah ibu Alqomah, lalu ia berkata seperti yang Rasulullah kata kepadanya, maka berkata ibu Alqomah; " Aku lebih patut pergi berjumpa Rasulullah". Lalu ibu Alqomah mengangkat tongkat dan terus berjalan menuju ke rumah Rasulullah. Maka bertanya Nabi s.a.w. kepada ibu Alqomah; "Terangkan kepada ku perkara yang sebenar tentang Alqomah, jika kamu berdusta nescaya akan turun wahyu kepadaku". Berkata Nabi lagi; "Bagaimana keadaan Alqomah?", jawab ibunya; "Ia sangat rajin beribadat, ia sembahyang, berpuasa dan sangat suka bersedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui banyaknya". Bertanya Rasulullah; "Bagaimana hubungan kamu dengan dia?", jawab ibunya; " Aku murka kepadanya", lalu Rasulullah bertanya; "Mengapa", jawab ibunya; "Kerana ia mengutamakan istrinya dari aku, dan menurut kata-kata isterinya sehingga ia menentangku".

Maka berkata Rasulullah; "Murka kamu itulah yang telah mengunci lidahnya dari mengucap La iilaa ha illallah", kemudian Nabi s.a.w menyuruh Bilal mencari kayu api untuk membakar Alqomah. Ketika ibu Alqomah mendengar perintah Rasulullah lalu ia bertanya; "Wahai Rasulullah, kamu hendak membakar putera ku didepan mataku?, bagaimana hatiku dapat menerimanya". Kemudian berkata Nabi s.a.w; "Wahai ibu Alqomah, siksa Allah itu lebih berat dan kekal, oleh itu jika kamu mahu Allah mengampunkan dosa anakmu itu, maka hendaklah kamu mengampuninya", demi Allah yang jiwaku ditangannya, tidak akan guna sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya". Maka berkata ibu Alqomah sambil mengangkat kedua tangannya; "Ya Rasulullah, aku persaksikan kepada Allah dilangit dan kau Ya Rasulullah dan mereka-mereka yang hadir disini bahawa aku redha pada anakku Alqomah".

Maka Rasulullah mengarahkan Bilal pergi melihat Alqomah sambil berkata; "Pergilah kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat mengucapkan La iilaa ha illallah atau tidak". Berkata Rasulullah lagi kepada Bilal ; "Aku khuatir kalau kalau ibu Alqomah mengucapkan itu semata-mata kerana pada aku dan bukan dari hatinya". Maka ketika Bilal sampai di rumah Alqomah tiba-tiba terdengar suara Alqomah menyebut; "La iilaa ha illallah". Lalu Bilal masuk sambil berkata; "Wahai semua orang yang berada disini, ketahuilah sesungguhnya murka ibunya telah menghalangi Alqomah dari dapat mengucapkan kalimah La iila ha illallah, kerana redha ibunyalah maka Alqomah dapat menyebut kalimah syahadat". Maka matilah Alqomah pada waktu setelah dia mengucap.

Maka Rasulullah s.a.w pun sampai di rumah Alqomah sambil berkata; "Segeralah mandi dan kafankan", lalu disembahyangkan oleh Nabi s.a.w. dan sesudah dikuburkan maka berkata Nabi s.a.w. sambil berdiri dekat kubur; "Hai sahabat Muhajirin dan Anshar, barang siapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka ia adalah orang yang dilaknat oleh Allah s.w.t, dan tidak diterimanya daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya.

Saturday, May 23, 2009

Bila Maut Tiba...

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.

Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.

Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. "Mengucap sayang, mengucap........ Asyhaduallailahaillallah......... " ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat", jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah.....Tapi mataku....... semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". Sayup sayap kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja. Dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi, ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu, selamatkanlah daku.

"Yassin......". Bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratulmaut...... !!! Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan. "Panas, dahaga, panas........". Tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang, "Nenek...........". "Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini".

"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. " Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi.....".

Ayah.......kau datang ayah.......". "Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi?? Kenapa kau berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang, mengucap. Asyhaduallailahaillallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami".

Cahaya putih datang. Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini, apa ini?. Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk, dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah.......". Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun......

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini?

Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya......".
"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku". Katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi. Dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di pedulikannya......jijik, loya, aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak, jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!". Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".
Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh!Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus kulakukan!!!!!

Surah Yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.

Air apa ini????? "Tolong.... sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu..... malu..... malu......!!!!!!". Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.

"Nanti, tunggu!! jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong rimas....panas........". Kemudian aku diletakkan di suatu sudut.

Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang
sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.

Aku di angkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu."Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak.

"Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang. Tapi kemana dia bawanya aku?".

Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku.
"Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku, aku takut!!!!!!".

Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku, dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!". Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.S edikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......
Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar, alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar........". Sayup sayup aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang.

Pandanganku makin lama makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolong !!!!

"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."

Thursday, May 21, 2009

Doa Supaya Dimudahkan Segala Urusan



YA ALLAH, MUDAHKAN DAN JANGAN DISUSAHKAN DAN SEMPURNAKANLAH DENGAN KEBAIKAN

Menghargai ibu bapa....

KITA baru sahaja menyambut Hari Ibu dan memang ibu adalah ratu.

Banyak sumbangan daripada seseorang bernama ibu. Sempena sambutan itu, kita mendengar di radio dan TV serta akhbar anak yang prihatin memberi ucapan selamat untuk ibu.

Pelbagai jenis perkataan mendatar dan penuh simbolik sarat dengan perasaan dan air mata. Namun, menghargai ibu bapa bukan hanya dengan perkataan sekali setahun tetapi tindakan dan perbuatan selaras dengan ungkapan. Ia disebut adab.

Antara adab sopan yang melambangkan penghargaan kepada ibu bapa ialah:

Anak mestilah mendengar nasihat ibu bapa ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Sebagai anak kita tidak boleh bercakap kasar dan meninggikan suara kepada ibu bapa.

Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa paling kurang berdoa sebanyak lima kali sehari selepas solat fardu.

Menjaga kebajikannya seperti makan minum dan kesihatan ibu bapa sepatutnya memberi belanja bulanan ikut kemampuan kita apatah lagi jika mereka miskin. Bagi ibu bapa yang mampu, pemberian itu satu penghargaan.

Anak-anak jangan menyanggah atau menentang ibu bapa. Layani dan hormat mereka dengan bahasa yang baik dan bersopan santun. Ini mengelak diri daripada menyakiti hati ibu bapa.

Hanya satu perkara boleh ditentang, jika ibu atau bapa itu menentang ajaran agama Allah. Tetapi ini jarang berlaku.

Jangan sesekali bersikap keras, kurang ajar, marah kepada ibu bapa. Gunakan bahasa sopan ketika bercakap dengan mereka walaupun menegur kemungkaran.

Jangan sampai retak perhubungan mesra dan kasih sayang dengan ibu bapa. Jika bersama pasangan balik kampung atau bersama dengan ibu bapa jangan bermesra sangat depan mereka, lebihkan ibu bapa.

Jika ibu bapa sudah tua dan uzur jagalah kebajikan dan kesihatannya. Jangan menghantar ke rumah orang tua. Ini bagi mengelak perasaan dan jiwa ibu bapa tersisih atau dipinggirkan.

Jaga dan layan ibu bapa yang tua dan uzur dengan sabar serta tabah. Gembirakan ibu bapa dan berikan kebahagiaan dijaga dengan baik anak sendiri.

Firman Allah mengenai tanggungjawab dan kewajipan anak terhadap ibu bapa yang bermaksud:

“Dan, Kami (Allah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya); dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (oleh yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah juga tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman, ayat 14)

Daripada firman itu Allah memperincikan beberapa yang wajib disedari iaitu anak diwajibkan berbuat baik kepada ibu bapa dan manusia wajib bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada mereka.

Jika ibu bapa meninggal dunia, beberapa perkara kebaikan dan adab baik untuk ibu bapa antaranya:

Berdoa dan beristighfar – memohon Allah kurniakan keampunan supaya dimasukkan mereka ke dalam golongan orang yang soleh.

Menyempurnakan perjanjian, jika ibu bapa mengikut sebarang perjanjian dengan orang lain.

Memuliakan sahabat handai si mati. Anak hendaklah menghormati dan memuliakan sahabat handai si mati seperti yang dilakukan oleh ibu bapa ketika hayat mereka.

Menyambung silaturahim kepada orang lain yang tidak sempat disambung oleh si mati sebelum meninggal dunia.

Hanya orang yang mempunyai anak akan tahu betapa cinta ibu dan bapa kepada anaknya. Mereka tidak mengharapkan balasan daripada anaknya. Balasan untuk ibu bapa daripada anak ialah sentiasa melakukan amal ibadat dan bersopan santun dalam kehidupan seharian.

Hadis Rasulullah SAW ada menyebut: “Apabila mati seseorang anak Adam, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya atau anak soleh yang mendoakannya.”

Banyak kata-kata mengenai anak dan ibu bapa antaranya; “Anak yang baik bukan lahir daripada ibu bapa yang tidak mengenal orang tuanya. Anak adalah gambaran ibu bapanya. Orang tualah yang membentuk hitam atau putih peribadi seseorang anak itu, seperti sehelai kain putih”.

Wednesday, May 20, 2009

Tujuh Keajaiban Dunia

Sekumpulan pelajar kelas geografi sedang mempelajari “Tujuh Keajaiban Dunia.” Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:

  1. Piramid
  2. Taj Mahal
  3. Tembok Besar Cina
  4. Menara Condong Pisa
  5. Angkor Watt
  6. Menara Eiffel
  7. Kuil Parthenon


Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.


Gadis pendiam itu menjawab, “Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”

Si Pensyarah berkata, “Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya.”

Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, “Saya fikir, “Tujuh Keajaiban Dunia” adalah,

  • Dapat melihat
  • Dapat mendengar
  • Dapat menyentuh
  • Dapat menyayangi

Dia ragu sebentar, dan kemudian meneruskan…

  • Dapat merasakan
  • Dapat tertawa,
  • Dan, dapat mencintai.


Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.

Pengajaran Cerita Ini:
Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”. Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai “biasa”.

Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda.

    Sunday, May 17, 2009

    Kenali Personaliti Diri...

    Rahsia yang tersembunyi

    JUST FOR FUN!

    Seperti yg kita tahu Kentut adalah sebuah proses alamiah dan merupakan kegiatan rutin yang tidak kenal jadual. Kalau anda tengah tiada kerja, cuba anda semua perhatikan orang-orang yang kentut. Mungkin bisa menjadi objek penelitian anda untuk bahan tesis atau assignment.

    1. Orang TIDAK JUJUR; Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.
    2. Orang BINGUNG; Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.
    3. Orang BERWAWASAN 2020; Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.
    4. Orang SENGSARA; Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.
    5. Orang MALANG; Orang yang terkentut sambil tercirit.*
    6. Orang MISTERIUS; Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.
    7. Orang GUGUP; Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.
    8. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI; Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang.
    9. Orang SADIS; Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.
    10. Orang PEMALU; Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.
    11. Orang yang STRATEGIK; Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.
    12. Orang BODOH; Orang yang kalau habis kentut menghirup dan menelan udara untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.
    13. Orang PELIK; Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh.
    14. Orang SOMBONG; Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.
    15. Orang RAMAH; Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.
    16. Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.
    17. Orang AKUATIK; Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air.
    18. Orang ATLETIK; Orang yang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.
    19. Orang JUJUR; Orang yang mengaku kalau habis kentut.
    20. Orang PINTAR; Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.
    21. Orang KELAKAR; Orang yang bila ketawa sambil kentut.
    22. Orang yang ROMANTIK; Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating.
    23. Orang yang TIDAK SIHAT; Orang yang bila batuk dia akan terkentut.
    24. Orang yang PANAS BARAN; Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri.
    25. Orang yang PELUPA; Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut.
    26. Orang yang PANDAI MENGAMBIL KESEMPATAN; Orang yang kentut ketika bersin.*
    27. Orang yang PERIANG; Orang yan kentut pelan-pelan selepas itu senyum sorang-sorang.

    ~ This is for fun only! bukannya betul.. tapi kalau terasa tu.. agak2nya betul tak? hehehe…


    Jumpa Dari blogspot

    Saturday, May 16, 2009

    Wajarkah Guru Saja Dipersalahkan.....


    Sekarang ni hangat sungguh pasal guru dera student. Namun begitu, wajarkah perkataan dera digunakan atas tindakan yang guru kenakan ke atas pelajar. Wajarkah guru saja dipersalahkan? Adakah semuanya itu salah guru. Bagaimana pula kalau ianya bermula dengan salah pelajar.
    Sebenarnya banyak sungguh tanggungjawab seorang guru itu. Tidak hanya mengajar tetapi pelbagai beban tugas lagi yang menanti. Orang selalu kata senangnya jadi guru, banyak cuti, kerja separuh hari. Tapi jarang orang mengetahui cabaran dan bebanan yang terpaksa ditanggung guru.
    Bayangkanlah jika seorang murid tahun satu yang enggan datang ke sekolah dan menendang guru yang memujuknya untuk masuk ke kelas. Guru itu masih bersabar tetapi apabila diberitahu kepada ibu bapanya tentang apa yang dilakukan oleh si anak terhadap guru itu, apa yang diterima sebagai jawapan.
    Ini jawab bapa si anak,"saya tak pernah marahkan anak saya, apatah lagi naikkan tangan saya", dan sepatah perkataan maaf pun tidak dipohon atas sikap anaknya itu menendang guru. Malahan seolah-olah anaknya menendang guru adalah kerana salah guru itu sendiri. Wajarkah itu?
    Sekarang ini kebanyakan ibubapa tidak lagi menghargai pengorbanan guru. Mereka menganggap guru ini sebagai pengasuh yang dibayar gaji untuk menjaga anak mereka. Tidak sedarkah mereka, guru itu juga adalah seorang anak, ibu, bapa, suami, isteri, datuk atau nenek kepada seseorang yang lain.
    Banyak lagi tanggungjawab guru tapi setiap guru reda dengan tanggungjawab yang dipikul mereka. Tapi ingatlah jua, guru juga insan biasa yang adakalanya tahap kesabaran itu ada batasannya tapi jarang kita dengar guru menyaman ibubapa. So, masih wajarkah guru saja yang dipersalahkan.


    HARI GURU 2009

    Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-38 Tahun 2009 akan diadakan di Taman Tamadun Islam (Islamic Civilization Park), Pulau Wan Man, Terengganu.

    OBJEKTIF

    Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

    Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

    Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

    Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

    Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

    16 MEI SAMBUTAN HARI GURU

    Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

    LAGU TEMA HARI GURU 2009

    GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

    Bersedia melangkah megah
    Walaupun sukar baktiku curah
    Demi mu ibu pertiwi
    Sumpah ku lafaz janji kukota

    Berikrar eratkan bangsa
    kuhkan cinta kepada Negara
    Berjasa terus berjasa
    Menyebarkan ilmu tiada batasnya

    Guru Pembina Negara Bangsa
    Gagah perjuangkan visi Negara
    Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
    Demi agama dan nusa tercinta

    Guru Pembina Negara Bangsa
    Tetap Unggul senadakan suara
    Sehaluan menggapai matlamatnya
    Cemerlang dan gemilangkan

    MalaysiaPencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
    Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
    Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


    LOGO HARI GURU

    Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
    Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
    Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
    Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
    Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah


    IKRAR HARI GURU

    Bahawasanya kamiGuru-guru negara Malaysia
    Dengan ini berikrar
    Mendukung terus cita-cita kami
    Terhadap tugas kami
    Dan menyatakan keyakinan kami
    Pada cita-cita murni pekerjaan kami
    Kami akan berbakti
    Kepada masyarakat
    Dan negara kami.

    Kami sentiasa menjunjung
    Perlembagaan negara
    Kami mengamalkan
    Prinsip-prinsip Rukun Negara
    Pada setiap masa.

    UCPAN HARI GURU
    GURU...Dlm ajarnya ada harapan,
    dalam tegurnya ada doa,
    dalam marahnya ada sayang,
    dalam tawa ada mesranya,
    dalam diam ada bijaksana,
    Berbahgialah menjadi seorang guru...
    SELAMAT HARI GURU..
    'Guru pembina negara bangsa'
    -Dr. Ghazali
    KHAS BUATMU..
    Banyak dapat BUNGA? Tanda tugas guru mengharumkan dunia.
    Dapat PEN? Tanda guru bijak melakar kata.
    Dapat PEMADAM? Tanda guru sentiasa membetulkan dusta.
    Dapat MESEJ? Tanda guru sentiasa diingatan!
    Dapat COKLAT? Tanda guru suka di dampingi.
    DAPAT CEMUHAN? Tanda guru insan yang sabar & akan sentiasa dirahmati ALLAH. SELAMAT HARI GURU. Guru pembina negasa bangsa. SEMUGA KITA TERUS MENJADI GURU YANG BERKUALITI DEMI BANGSA, AGAMA & NEGARA TERCINTA..
    -Cg. Rafiah
    Amalkan agama berikan ilmu jarkan adab
    semoga menjadi insan kamil
    SELAMAT HARI GURU
    -Pengetua
    Guru desegani ialah tok guru
    Guru yang besar ialah guru besar
    Guru ditakuti guru disiplin
    Guru disanjungi guru cemerlang
    Guru disayangi penerima sms ini.
    Moga bahagia selalu...
    Selamat hari guru..
    -Hj. Kamarudin

    Thursday, May 14, 2009

    RIMUP


    APAKAH RIMUP -RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN.

    Program yang menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat setempat pelbagai kaum dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang.
    Dilaksanakan melalui perkongsian idea, kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

    MATLAMAT
    Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, bersemangat muhibah, memiliki jiwa dan peribadi unggul serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu demi kesejahteraan negara.

    AKTIVITI RIMUP

    1. KECEMERLANGAN AKADEMIK
    a. e-Integrasi (Komputer)
    b. Seminar peperiksaan
    c. Kelas tambahan
    d. Kem motivasi
    e. Pertukaran Tenaga Pakar Akademik

    2. PROGRAM SUKAN DAN PERMAINAN
    a. Merentas Desa
    b. Lumba jalan kaki
    c. Bola sepak
    d. Bola jaring
    e. Bola keranjang
    f. Bola tampar
    g. Sepak takraw
    h. Hoki
    i. Ping pong
    j. Bola Baling
    k. Permainan tradisional
    l. Basikalton
    m. Sukaneka
    n. Tarik tali

    3. SAMBUTAN HARI PERAYAAN & PERHIMPUNAN
    a. Hari Raya Aidilfitri
    b. Tahun Baru Cina
    c. Deepavali
    d. Hari Krismas
    e. Hari Gawai
    f. Pesta keamatan
    g. Pesta tanglung
    h. Thaiponggal
    i. Perhimpunan Patriotik
    j. Hari Kebangsaan (Bulan kemerdekaan)
    k. Hari Guru
    l. Hari Kantin / Hari Kokurikulum
    m. Hari keluarga
    n. Hari konvokesyen / Hari ucapan

    4. PERKHEMAHAN / LAWATAN
    a. Perkhemahan Integrasi
    b. Perkhemahan Slang Budaya (Tarian, muzik, makanan dan pakaian)
    c. Demontrasi memasak
    d. Pertukaran Pelajar
    e. Kem Jati Diri
    f. Lawatan muhibbah ke stesen Pembelajaran

    5. KHIDMAT MASYARAKAT
    a. Gotong royong
    b. Melawat rumah orang tua / anak yatim
    c. Kutipan derma
    d. Kempen derma darah
    e. Kempen kitar semula

    Hari kedua kursus kami didedahkan berbagai aktiviti budaya dan permainan suku kaum di Malaysia. Tarian sumazau salah satu tarian diajarkan secara paraktikal. Dengan iringan lagu 'Jambatan Tamparuli' terkedik-kediklah cikgu-cikgu yang disuruh menari itu. http://www.youtube.com/watch?v=iUeCzFMR2rE

    Seterusnya diajar pula tarian buluh, juga dari Sabah. Dalam kursus ini buluh tidak digunakan sebalik batang paip pvc. Terlompat-lompatlah dengan suka hati supaya tak tersepit.. http://www.truveo.com/TaRiAn-BuLuH/id/671549323

    Sejenis permainan dari masyarakat India diperkenalkan iaitu Kabbadi (Tahan nafas). Permainan ini agak kasar tapi menyeronakkan. Peserta yang masuk menyerang (baju putih) mesti sebut 'kabbani' berterus hingga hilang nafas. Bila hilang nafas balik semula ke dalam pasukan. Kalau kena tangkap dikira 'mati', tapi dapat melepaskan diri, orang cuba menangkapnya dikira 'mati'.


    http://www.youtube.com/watch?v=kOE7dKz6nY0


    Guru-guru perempuan lagi hebat bermain 'kabbadi', mengalahkan guru lelaki.

    Permainan 'galah panjang' diperkenalkan juga.

    http://www.youtube.com/watch?v=_JnuNNKBFvU



    Permainan yoyo cina diperkenalkan. Suka permainan ini dan mengambil peluang memainkannya.
    http://www.youtube.com/watch?v=gzf2VaoEm_c

    LUKISAN CHUI MIE

    Alam Sekitar

    Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
    Alam dan manusia saling bantu membantu.
    Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

    LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

    TOPO