Sunday, May 31, 2009

Saf Solat: Selama ini diabaikan !!!

Antara perkara yang amat diambil dalam soal peraturan solat ialah lurusnya saf, malah ia salah satu daripada kesempurnaannya. Dalam hadis sohih, Nabi Muhammad s.a.w bersabda bermaksud: "Luruskan saf, kerana ia kesempurnaan mendirikan solat." (AlBukhari no.723, Muslim no. 1003) .

Dalam hadis diriwayatkan oleh Ibn Majah, ada tambahan iaitu jika kamu tidak meluruskan saf, maka Allah SWT akan megwujudkan perselisihan pada hati-hati kamu. Dalam riwayat Ahmad pula, Nabi memberitahu kita, saf yang tidak dirapatkan antara bahu-bahu itu akan mengakibatkan kemasukan syaitan di antaranya, lalu ia merosakan solat kamu (menghilangkan rasa khusyuk. (Riwayat Ahmad no. 22317)

Malah, ketegasan lebih jelas apabila Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: "Jangan sampai aku melihat celahan antara saf-saf." (Riwayat Tibrani dalam al-Kabir no. 11453).
Berdasarkan hadis di atas, kita dapat membuat kesimpulan berikut:

Tuntutan merapatkan saf dalam solat dan larangan keras memutuskannya.

  • Doa kehilangan keberkatan pada orang yang memutuskan saf atau menyebabkannya menjadi bengkok.
  • Akan timbul perselisihan pada hati-hati mereka.
  • Menyebabkan tidak dapa pahala berjemaah kerana terputus saf dengan jemaah yang lain.
  • Sekiranya dilakukan dengan sengaja, ia haram kerana menyebabkan jemaah yang berada di samping kita turut tidak memperolehi pahala jemaah. Kewujudan tiang-tiang yang menghalang saf bercantum adalah sesuatu yang dimaafkan kerana ia tidak dapat dielakkan.
  • Imam bertanggungjawab memberitahu makmum kewajipan meluruskan saf kerana ia adalah amalan Nabi s.a.w.
Kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh berada dalam saf mereka yang telah baligh. Kalangan ulama meletakkan garis panduan tetrtentu kepentingan roh solat agar sentiasa ada khusyuk dan selamat daripada najis yang boleh disebabkan oleh anak. Pra syarat untuk membawa anak-anak ke masjid ialah:

  • Kanak-kanak itu sudah pun mumayyiz
  • Aanak itu diletakkan dalam saf khas
  • Kewajipan ibu bapa atau imam memberi ingat kepada jemaah kanak-kanak agar berakhlak mulia ketika di masjid.
Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul .

  • Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:

"Dari Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)

  • Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.
"Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, no. 725)

"Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat". (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud) Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah – Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)

Betul - Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)

Salah - Kaki tidak lurus ke hadapan

  • Menutup ruang/celahan di antara saf.

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:"Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa'i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197) Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198)


  • Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.

Dari an-Nu'man bin Basyir: beliau berkata, "Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapat“ pent.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:

"Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian". (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 436)

Keudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi

Kedudukan/Susunan Saf Yang Salah.

Oleh itu, perbaiki dan elokkanlah saf dalam solat jemaah kita, supaya amalan ibadah ini diberi ganjaran oleh Allah SWT sebanyak 27 darjah itu tercapai dan supaya ibadah ini tidak menjadi sia-sia.

Seja o primeiro a comentar

Alam Sekitar

Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
Alam dan manusia saling bantu membantu.
Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO