Friday, August 29, 2008

HARI KUALITI PPD KUALA LANGAT

Saya berkesempatan bersama Tuan Pengetua untuk menghadiri majlis Hari Kualiti Pejabat Pelajaran Daerah Kula Langat, bertempat di dewan utama Sime Darby Plantation Academy, Pulau Carey, Kuala Langat pada jam 2.30 petang, 28.8.2008. Majlis ini merupakan kali pertama diadakan oleh PPD Kuala Langat. Satu usaha PPDKLgt memberi penghargaan kepada sekolah-sekolah yang telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang sama ada dalam pengurusan sekolah, pengurusan kurikulum, pengurusan pembangunan kemanusiaan dan kokurikulum. Penilaian bersepadu telah dijalankan oleh PPDKLgt bersama-sama dengan PKPSM dan MGB melalui Program Gemilang Sekolah 7 (GEMS 7).
Matlamatnya ialah sistem pengurusan dan perkhidmatan sekolah-sekolah daerah Kuala Langat cemerlang dan berkualiti pada tahun 2010.
SMK Telok Datok menerima 9 anugerah. Anugerah Khas tempat ke-3 PMR, tempat ke-2 SPM dan Johan STPM. Anugerah kantin terbaik. Anugerah terbaik Pengurusan Kokurikulum dalam bidang sukan/permainan, unit beruniform dan persatuan dan kelab; dan tempat ke-2 dalam Pengurusan Sumber Manusia.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh Tuan Pengetua


Gambar seterusnya klik Ruang Gambar

Thursday, August 28, 2008

PERMOHONAN TING. 4 SEKOLAH ASRAMA PENUH 2009

KEPADA PELAJAR TINGKATAN 3 SMKTD 2008.

SESIAPA YANG BERMINAT DAN LAYAK BOLEH MEMBUAT PERMOHONAN. SILA BERJUMPA PUAN AZNORA SEBELUM 5/9/2008

SYARAT DAN KRITERIA:

WARGA NEGARA;

KELAYAKAN AKADEMIK: (PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 200

MENDAPAT SEKURANG-KURANGNYA GRED A BAGI 6 MATA PELAJARAN TIDAK TERMASUK MATA PELAJARAN BAHASA ANTARA BANGSA / BAHASA KETIGA SEPERTI BAHASA ARAB, PERANCIS, JERMAN, IBAN, JEPUN, MANDARIN, TAMIL DAN SEUMPAMANYA;

MENDAPAT GRED A BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK DAN SAINS;

MENDAPAT SEKURANG-KURANGNYA GRED B BAGI MATA PELAJARAN YANG LAIN;

ALIRAN AGAMA- GRED A DALAM PENDIDIKAN ISLAM DAN SEKURANG-KURANGNYA GRED C DALAM BAHASA ARAB (KOMUNIKASI);

AKTIF DALAM KOKURIKULUM SEMASA TINGKATAN 1, 2 ATAU 3

KELAB DAN PERSATUAN

PAKAIAN SERAGAM

SUKAB DAN PERMAINAN

TUGAS KHAS

MENDAPAT PERSETUJUAN IBUBAPA/PENJAGA.

Friday, August 22, 2008

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

Ketika mencari sesuatu di rak buku, maka terjumpa risalah ini yang dianggap penting dan mungkin ada yang belum membacanya lagi. Dengan kesempatan ini, saya perturunkan perkara uatama dari risalah berkenaan.

Maklumat ini boleh menyelamatkan nyawa anda.
Apa yang setiap penunggang motosikal PERLU tahu.

Amalkan

  • Berhenti di lampu isyarat merah
  • Ikat topi keledar denagn ketat
  • Pasang lampu sepanjang masa, siang dan malam
  • Gunakan pakaian cerah

Hentikan

  • Mencelah di jalan raya
  • Menunggang melebihi had laju
  • Menunggang terlalu hampir dengan kenderaan di hadapan
  • Melanggar di lampu isyarat merah

Sumber: JKJRM, Kem. Pengangkutan Malaysia

Wednesday, August 20, 2008

BIO-MEKANIK SOLAT


“Solat itu tiang agama dan barang siapa yang meninggalkannya
bermakna ia telah meruntuhkan agama.” Maksud Hadis.

“Perkara pertama yang akan dihisab pada hari kiamat ialah solat.
Jika elok solatnya maka eloklah seluruh amalnya dan jika rosak solatnya,
maka rosaklah seluruh amalnya.“ Maksud Hadis

Persoalannya, apakah solat yang didirikan itu memenuhi apa yang dikehendaki oleh Allah swt. Adakah solat itu dilakukan dalam keadaan khusyuk atau solat yang dicela oleh Allah seperti firmanNya dalam surah al-Maa’un:4-5 yang bermaksud: “Maka celakalah bagi orang yang bersolat, (iaitu) mereka yang lalai dalam solatnya.”

Bagi membincangkan perkara ini Dr. Yusof Abbas mengupas maksud khusyuk dalam solat dengan begitu terperinci dalam sebuah buku yang bertajuk Bio-Mekanik Solat.
Di dalam buku setebal 131 muka surat ini, Dr Yusof menyentuh pelbagai teknik yang perlu dilakukan oleh seseorang bagi membolehkannya solat dalam keadaan khusyuk.
Secara umumnya terdapat lapan (8) kaedah Bio-Mekanik untu khusyuk iaitu;

Penetapan Minda dan Emosi 2. Pelaziman Minda 3. Teknik Penafasan 4.Teknik Pembacaan 5. Teknik Tumpuan Mata 6. Teknik Pedengaran 7. Teknik Pergerakan Dalam Solat 8. Teknik Imaginasi Lihat blog penulis

Sunday, August 17, 2008

UCAPAN MERDEKA 2008

Kemnterian Pelajaran menganjurkan program Menulis 100,000 Ucapan Merdeka Sepanjang 5.1 KM Untuk Dicatat Dalam "Malaysia Book Of Records" Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke- 51.

SMK Telok Datok telah dipilih untuk menyertai program tersebut. Guru-guru, kakitangan sokongan, pekerja swasta dan pengusaha kantin telah mengambil bahagian.

Tiga ucapan merdeka telah dipilih untuk menyertai pertandingan itu.

"Segagah siklon membadai dunia, Malaysiaku teguh di antarabangsa". Oleh: Nuraishah binti Zulkefli, Tingkatan 6A5.

"Kekalkan keamanan, Tingkatkan kenajuan, kukuhkan perpaduan demi kesejahteraan generasi hadapan". Oleh: Bakhtiar Ridhwan bin Bachiran, Tingkatan 5A

"Kemerdekaan bukanlah destinasi janji tetapi satu perjuangan abadi, Malaysiaku Merdeka". Oleh: Muhammad Zulhusni bin Ngali,Tingkatan 3A

Semoga berjaya!!!

Wednesday, August 13, 2008

JAKIM

DAPATKAN SUMBER ILMU ISLAM MELALUI WEB DAN PORTAL JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA- JAKIM. klik di sini

Tuesday, August 12, 2008

Info Penjagaan Kereta

Tahukah anda betapa pentingnya kuasa voltan terhadap pergerakan dan jangka hayat sebuah kereta?

Kebanyakan masalah kereta yang timbul adalah berkaitan dengan bekalan kuasa voltan yang tidak stabil, sehingga ia berubah menjadi masalah yang serius. Biasanya, pemilik kereta selalu meminta bantuan mekanik apabila kereta bermasalah. Namun, mereka gagal menemui sebab utama dan jalan keluar untuk menangani masalah tersebut. Apa yang menyedihkan, pemilik kereta pula terpaksa berkompromi atas masalah tersebut. Cuba anda fikirkan, “mencegah lebih baik daripada merawati”, jadi, kita berbelanja demi menjaga kesihatan badan, begitu juga dengan kereta kesayangan kita. Berbelanja kecil dalam penjagaan kereta terdahulu bagai suatu pelaburan yang mendatangkan hasil pulangan yang berbaloi kepada anda kelak.

Sistem litar elektrik dan penggunaan petrol kereta juga berhubung kait sesama lain. Jika sistem litar elektrik itu usang, ia bukan saja semakin menghaus petrol kereta, penekan petrol bermasalah, kadar penghidupan enjin rendah, malah penukaran gear kereta juga tidak lancar. Kesemua masalah ini mungkin akan berlaku sebab satu kecacatan kecil yang timbul dalam sistem litar elektrik kereta. Jadi, untuk mencapai tahap penggunaan kuasa voltan kereta yang optimum, anda perlukan satu sistem litar elektrik yang sempurna dan stabil.

Kini, kemunculan i-CHARGE, produk elektronik Jepun yang terbaru dan dihakpatenkan ini berupaya untuk membaiki kestabilan sistem litar elektrik kereta menerusi Pemantap Voltan. Sebaik sahaja i-CHARGE digunakan, kereta anda akan dikawal sempurna kerana ia berupaya mengatasi semua masalah kecil yang disebabkan oleh kuasa voltan yang tidak stabil. Satu lagi kelebihannya, cara pemasangan i-CHARGE ini amat mudah. Ia akan beroperasi apabila anda menyambungkannya kepada suis pencucuh, tanpa memasang sebarang alat-alat kelengkapan pada tangki petrol yang mungkin merosakkan kereta anda.

Ciri-Ciri Khas i-CHARGE

Pemantap Voltan i-CHARGE merangkumi 3 sistem, yakni :
• Sistem Pemantap Voltan
• Sistem Doktor Bateri
• Sistem Pengurangan Gangguan

Fungsi dan Keberkesanan i-CHARGE

• Menjimatkan petrol secara berkesan
• Menstabilkan gerak balas RPM
• Meningkatkan tork enjin (engine torque)
• Meningkatkan kuasa motor enjin kereta
• Mengoptimumkan fungsi alat-alat kelengkapan elektronik dalam kereta

Dapatkan promosi merdeka sale!
Maklumat lanjut sila klik di sini: i-charge

Monday, August 11, 2008

Membina Menara Bangsa

Hari ini saya berpeluang mengikuti Program Psikologi Pendidikan Siri 6/2008 dengan tema Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 51, anjuran Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM, bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 9, Blok E12, Parcel E, Putrajaya. Saya mewakili Jabatan Pelajaran Selangor.

Slot Ceramah adalah berkisar kepada tajuk: Membina Menara (Negara) Bangsa.
Penceramah menekankan aspek sejarah, politik, ekonomi, pendidikan, perlembagaan dll.

Berikut petikan dari buku aturcara prongram tersebut mengenaiTakrif Negara Bangsa.

Negara bangsa terbentuk apabila manusia berkongsi sejarah, kebudayaan serta bahasa yang sama dan seterusnya menghasilkan satu identiti. Hal ini jelas dapat dilihat di negara bangsa England, Perancis. Sungguhpun begitu, terdapat negara bangsa yang tidak mempunyai persamaan ras, kebudayaan, dan bahasa. Negara bangsa boleh ditakrifkan sebagai negara yang ditubuhkan berasaskan kepada bangsa yang serumpun, serta mempunyai tradisi yang sama. Ia sepatutnya sebuah negara yang merdeka dan daulat. Kepentingannya diutamakan dari segala kepentingan yang lain di kalangan warganegaranya. Penubuhan negara bangsa dianggap sebagai kemuncak kepada perkembangan peribadi sesebuah negara. Negara bangsa juga boleh ditakrifkan sebagai sebuah negara yang bebas daripada konsep empayar dan berada di bawah kedaulatan raja mutlak. Setiap negara bangsa mempunyai penduduk yang berteraskan satu bangsa, bahasa, kesusasteraan dan satu kesedaran kebangsaan. Raja mempunyai hak untuk mengisytiharkan perang, mengenakan cukai, mentadbor dan menguatkuasakan undang-undang. Negara bangsa juga boleh disebut sebagai monarki kebangsaan

Sunday, August 10, 2008

INFO KESIHATAN

PEMBUNUH HALIMUNAN YANG BERADA DISEKELILING KITA

AWAS!! Ancaman terbaru ini tidak dapat dilihat, didengar mahupun dirasa. Ia berada di mana-mana sahaja.

AWAS!! Kabut elektro buatan manusia yang semakin ramai saintis dan doktor memberi amaran, boleh menjejaskan kesihatan kita.

AWAS!! Dihasilkan terutama daripada tenaga elektrik seperti talian elektrik, ketuhar gelombang mikro, skrin komputer, tv, peralatan keselamatan, radar, telefon bimbit, stesen pemancar dan peralatan di rumah yang menggunakan tenaga elektrik (lampu kalimantang, pembakar roti, jam gerak, pewarna rambu dsbnya). Selanjutnya Klik di sini...Lihat di Kolum Produk....

Fikirlah duluuu...2

Lanjutan kisah pelajar yang daftar masuk tempoh hari dan kemudian ingin balik semula ke sekolah asalnya ... telah berlaku mengikut kehendaknya... Sebagai rumusan kisah ini fikirlah dulu... sebelum buat keputusan ..... agar tidak gelabah!!

Friday, August 8, 2008

Magnetic Aura

Ramai di antara kita sedar bahawa penggunaan magnet di dalam teknologi perubatan alternatif adalah penting, namun tidak ramai di antara kita yang mempraktikkannya.

Pada era ini, kita sudah biasa melihat atau menggunakan gelang magnet yang dikatakan mampu meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Namun tidak ramai di antara kita yang mampu memilikinya oleh kerana harga gelang magnet yang original agak mahal.

Di atas kesedaran tersebut maka terhasilah Magnetic Aura. Produk ini bukan saja mempunyai khasiat yang sama dengan gelang magnet original, malah ianya dalam bentuk cecair yang mana boleh dikongsi dan lebih murah.

Magnetic Aura adalah hasil rawatan magnetic yang telah dijalankan di United Kingdom. Suatu produk kesihatan alternatif yang mampu memberi kesan positif secara automatik disamping dapat meningkatkan tahap kesihatan pengguna.

Produk Magnetic Aura dijamin mutu serta khasiatnya yang mampu memberikan anda kepuasan menggunakannya. Produk ini juga bebas dari sebarang bahan kimia yang memudaratkan . Cubalah Magnetic Aura hari ini dan lihatlah perubahan pada diri anda dalam masa yang singkat. Anda boleh yang dijalankan. Lihat Seterusnya

Wednesday, August 6, 2008

Petrol Dah Naik Harga

Petrol dah naik harga! Kini ada berita baik untuk anda! Jimatkan kos petrol/diesel anda dengan I-CHARGE. Prestasi kenderaan anda pasti terjamin dengan I-CHARGE ZEOMAX!! Boleh menjimatkan penggunaan petrol/diesel antara 5%-40%. Boleh cuba dulu, setelah berpuas hati baharulah beli.. Untuk lebih maklumat sila klik di sini: i-charge

Tuesday, August 5, 2008

Fikirlah duluu....

Hari ini seorang murid baru melapor diri ke sekolah ini. Pindah sekolahlah tuuu... Setelah mendaftar diserahkanlah kepada guru penyelaras tingkatan berkenaan tetapi guru berkenaan ada kelas. Murid ini dihantar ke bangunan D, blok combatlah tu.. Berbincanglah murid ini dengan guru yang faham dan lancar dengan pakej yang disediakan untuk tingkatan berkenaan. Murid ini mula tak senang hati kerana pakej yang dia ikuti dari sekolah lama tidak sama dengan pakej sekolah ini. Kelas yang ini, ada 2 subjek yang sama dan 2 lagi tak ada. Kelas yang satu lagi sama juga keadaannya... Dan saya maklumkan kepadanya: Awak kena ikut pakej yang disediakan oleh pihak sekolah, bukan sekolah ikut kehendak awak... Masuklah murid ini ke kelas yang mula-mula itu. Selesailah masalah...
Entah macam mana, saya dikunjungi oleh murid ini sebelum waktu balik dan katanya: Nak balik semula ke sekolah asal kerana tak mampu nak ikut subjek baru dan dah ketinggalan. Saya katakan padanya: Nak balik boleh tetapi kena mohon pertukaran semula - ikut prosedur. Tengoklah nanti esok (6.8.08) apa jadinya..... Murid ini bukan dari luar daerah bahkan kedua-dua sekolah yang dia keluar dan masuk itu, terletak dalam satu mukim. Kan menyusahkan mak bapak, ppd dan sekolah. Letih saya....

Ucapan Hari Kemerdekaan 08


Hari ini, guru dan kakitangan sekolah termasuk pengusaha kantin serta pekerja swasta diberi peluang untuk menurunkan kata ucapan hari kemerdekaan 2008. Saya menjadi orang pertama menulis ucapan itu. Ucapan yang terlintas dan bermain-main dalam fikiran ketika berjalan ke kantin ialah 'AKU BANGGA MENJADI WARGANEGARAMU' . Selesai bersarapan, saya ajak Hj. Kamarudin ke dewan sekolah untuk menulis ucapan. Rupa-rupa haji tak tahu dan keheranan! Beliau ikut serta. Rupa-rupanya, belum ada lagi yang memulakan. Jadi saya orang pertama menulis ucapan. Banggalah kottt.... Haji merungut marker warna hijau tidak ada. Dia tenyeh marker merah, siap dengan tulisan berlenggok... he! he! he! Sebelah tengahari saya kabar cetera ini kepada En. Aris - pengusaha kantin. Tanpa berlengah bersegeralah ia menuju ke dewan sedangkan saya masuk ke kantin untuk menikmati keenakan cincau tin. Selepas minum saya menyusul ke dewan. En. Aris dah selesai merangka ucapan keramatnya di atas secebis kertas. Saya hanya melihatnya ketika dia nak mula menulis di atas kain rentang. Saya tak tunggu lama kerana ada murid bakal MRSM sedang menungguh di luar dewan untuk menandatangani borang permohonan. Apa En. Aris tulis yee...Tentu hebat kott.. maklumlah bekas pejuang negara..!! MERDEKA!!!

Saturday, August 2, 2008

Inspirasi Minda

Adab Penuntut Ilmu

Para pelajar yang dikasihi,

Jika ada banyak keperluan dalam hidup kita, maka ilmu menjadi keperluan utama dalam hidup. Ilmu adalah bekalan yang paling penting. Ilmu menukarkan seseorang yang miskin dan hina menjadi insan yang mulia. Oleh itu, ilmu perlu dicari. Ia tidak akan datang sendiri. Ketika menuntut ilmu, jagalah adap-adapnya. Antara adab yany perlu dijaga oleh seorang penuntut ilmu ialah:

Pertama - Betulkan niat atau tujuan belajar kita. Seharusnya niat kita belajar adalah untuk mendapatkan ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmu nanti, kita mendapat kebaikan dan manfaat. Dengan ilmu juga kita dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Kedua - Memuliakan guru. Anggaplah guru sebagai insan yang penting sebagaimana pentingnya ibu bapa kita. Guru adalah insan yang banyak berjaya dalam hidup kita. Penuntut ilmu harus selalu berlapang dada dan bersedia menerima pengajaran daripada seorang guru. Jangan sesekali mengumpat atau mencela guru.

Ketiga - Mengeluarkan diri kita dari kejahilan dan membantu orang lain keluar dari kejahilan mereka. Manusia pada asalnya jahil dan tidak tahu apa-apa pun. Melalui pembelajaran, manusia mendapat ilmu pengetahuan. Kemudiannya dia menyampaikan ilmu kepada orang lain pula. Ilmu itu akan terus bersambung dari satu generasi kepada satu generasi seperti yang digalakkan oleh Rasulullah. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sampaikan dariku walaupun cuma satu ayat" (HR:Bukhari)

Imam Ahmad berkata: Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Para muridnya bertanya: Para muridnya bertanya: Apakah maksud tuan? Beliau menjawab: Apabila ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain.

Keempat - Mengamalkan ilmu yang dipelajari. Kajian mendapati orang yang mengamalkan ilmu yang telah dipelajari lebih mengingati dan memahaminya serta mendapat lebih manfaat dari ilmu tersebut. Ada perumpamaan yang mengatakan, orang yang memilikki ilmu seolah-olah memilikki senjata atau pedang. Apalah ertinya senjata itu jika tidak digunakan.

Kelima- Mencari kebenaran. Maksudnya, setiap ilmu yang diterima harus diselidik kebenarannya. Dalam mencari kebenaran kita harus sabar dan tidak tergesa-gesa. Jangan cepat merasa bosan dan keluh kesah semasa mencari ilmu. Walau sesukar mana sesuatu pelajaran itu, jika terus berusaha memahaminya melalui pelbagai cara tentu akan berhasil akhirnya.

Para pelajar yang dikasihi sekalian,

Jaga adab dalam menuntut ilmu. Jangan menjadi orang yang sombong dengan merasa dirinya sudah pandai. Jangan menjauhkan diri dari orang yang berilmu kerana perbuatan itu seolah-olah lari dari ilmu. Tuntutlah seberapa banyak ilmu kerana ilmu yang bermanfaat dan dimanfaatkan akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.

Sumber: SPIM, Jabatan Pelajaran Selangor

Alam Sekitar

Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
Alam dan manusia saling bantu membantu.
Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO