Sunday, November 8, 2009

Arak 'ibu' kepada maksiat

Oleh ZUARIDA MOHYIN

PERKONGSIAN pengalaman dua orang teman penulis tentang gelagat segelintir Muslim yang tanpa segan silu menonggak air haram atau minuman keras meskipun beranggapan ia bukannya di tempat awam pada ruangan sama dua minggu lalu, pastinya menimbulkan kegusaran ramai terutamanya umat Islam itu sendiri.
Tentunya persoalan pertama yang terdetik di hati kita yang mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah atau perkataan yang terpacul daripada mulut kita ialah "Tidak takut tuhan ke?" atau "Apalah nak jadi dengan umat Islam hari ni," malah banyak lagi yang berserabut dalam fikiran kita.
Apa tidaknya, takut dengan balasan-Nya ketika di dunia ini kerana pada saat Allah SWT menurunkan bala-Nya, ia tidak terkecuali yang melakukan dosa atau tidak. Semuanya merasai musibah tersebut.
Malah penulis tambah terkejut dan kecewa apabila dalam satu Muzakarah Pakar: Arak dan Permasalahannya pada Jumaat lalu, Pengarah Institut Kajian Hadis Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah menceritakan kepada audiens program anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pagi itu, bahawa beliau ada menerima kes di mana seorang bapa Muslim telah membawa anaknya yang baru berusia 10 tahun ke kelab malam dan telah diberikan minuman air beralkohol atau minuman keras. Tambah menyedihkan lagi, aktiviti ini dilakukan setiap malam sehingga kanak-kanak ini tidak dapat memberikan tumpuan di dalam kelas.
Begitu juga dalam satu penerbangan, beliau telah berkenalan dengan seorang Muslim yang berbangsa Arab. Yang memeranjatkan Mohd. Farid Ravi apabila kenalan baru beliau itu telah memesan mimuman keras. Apabila ditanya, mudah sahaja jawapannya iaitu dia sedang dalam musafir.
Biarpun alasan yang diberikan itu tidak munasabah serta menimbulkan suasana jenaka para peserta di Dewan Besar IKIM itu, namun dalam kita ketawa besar itu, jangan kita lupa bahawa sikap dan tindakan segelintir umat Islam itu sendiri telah menjelaskan tindakan yang memperlekehkan agama Islam, sama ada secara sedar ataupun tidak.
Pada muzakarah itu juga, semua audiens sepakat mengakui bahawa permasalahan arak bukanlah isu agama sebenarnya tetapi ia adalah isu sejagat. Ini bertitik tolak daripada kesepakatan, kesan negatif arak bukan sahaja kepada individu malah masyarakat dan juga membabitkan aspek spiritual.
Turut dibangkitkan undang-undang penyalahgunaan dadah dan membanteras gejala yang berkaitan dengan dadah, peruntukan undang-undangnya cukup ketat. Ada peserta mempersoalkan mengapa peruntukan undang-undang serupa tidak dipraktiskan ke atas arak?
Padahal, jika dilihat kesan arak kepada seseorang itu, itu boleh dikira setaraf atau jauh lebih buruk. Lantaran itulah, Islam telah mengklasifikasikan arak sebagai ibu segala maksiat. Ditambah pula undang-undang tidak dapat menyelesaikan masalah sosial dan pendekatan berkesan ialah menerusi penguatkuasaan yang efektif.
Mohd. Farid Ravi dalam kertas kerjanya yang bertajuk, 'Mengapa Islam Mengharamkan Arak' menjelaskan Islam menggunakan cara pendekatan tadrij (berperingkat) untuk mengatasinya.
"Ini dapat dilihat daripada ayat-ayat pengharaman arak yang diturunkan sebanyak empat kali dengan ungkapan yang berbeza. Ayat pertama al-Nahl: 67: Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada satu tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya. Pada ayat ini Allah belum lagi mengharamkan arak secara total.
"Namun, ada peringatan yang sangat halus daripada ayat ini iaitu tamar dan anggur yang manis kalau dicampur dengan sedikit ragi, pastinya akan memabukkan. Ayat ini hanya menceritakan sahaja tabiat Arab yang memproses tamar dan anggur menjadi arak.
"Sementara pada surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya... Ayat ini membuktikan bahawa dosa arak adalah lebih besar berbanding manfaatnya," katanya.
Tambah Mohd. Farid Ravi, pada ayat 43 surah an-Nisaa yang bermaksud: Jangan kamu menghampiri solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu sedar apa yang kamu ucapkan. Larangan minuman keras itu ditentukan dengan masa waktu solat. Jelas perintah pengharaman tersebut dapat difahami.
Akhirnya, pada kali keempat baru diturunkan firman-Nya bermaksud: Wahai orang beriman, sesungguhnya arak, judi, asnab (berhala dan merenung nasib itu adalah kerja kotor (dan keji daripada amalan syaitan maka tinggalkannya semoga kamu berjaya. (al-Maidah: 90) Pada ayat inilah muktamad hukum minum arak, iaitu haram dan termasuk dalam dosa besar.
Perlu dijelaskan di sini bahawa kebanyakan rumah di zaman perkembangan awal Islam di Madinah menyimpan banyak arak. Tindakan serta merta dengan arahan Allah SWT dalam surah al-Maidah 90 dan 91 didasari oleh iman yang teguh, lantas menjadikan mereka pasrah terhadap perintah Allah.
Kata Mohd. FaridRavi lagi, ia tidak mudah yang disangka kerana minum arak sudah lama mendarah daging di kalangan bangsa Arab. Tapi, uniknya tidak timbul persoalan ketagihan di kalangan para sahabat berbanding orang sekarang. Lantaran itu, saran beliau perlu ada semangat jitu untuk berhenti tidak kiralah untuk tabiat minum arak mahupun merokok.
"Apa yang diharapkan ialah umat Islam harus peka terhadap permasalahan arak bermula daripada hukum pengharaman serta hukum penglibatan dalam aktiviti arak.
"Tidak dapat disangkal bahawa sebahagian besar permasalahan yang kian menular dan membarah dalam masyarakat Islam adalah berpunca daripada arak.
"Kerana dengan menjauhi arak, ia dapat menjaga kewarasan berakal, keharmonian di dalam keluarga serta menjaga nilai-nilai manusiawi dalam diri seseorang individu," ujar Mohd. Farid Ravi kaedah berkesan dalam mengatasi permasalahan arak ialah dengan menggunakan pendekatan pendidikan.
Pada muzakarah itu juga Timbalan Pengarah Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Dr. Sallehudin Abu Bakar membangkitkan kebimbangannya kerana trend di negara maju di mana arak dan rokok semakin menurun berbanding di negara kita, ia nampak ketara peningkatannya. Lebih-lebih lagi statistik yang diperoleh mendapati bahawa golongan remaja Melayu Islam (antara usia 13 hingga 18 tahun) juga terlibat dengan pengambilan benda haram ini.
"Sebenarnya, amaran tentang bahaya arak atau alkohol telah wujud sejak zaman silam lagi. Sejarah membuktikan bahawa kejatuhan Empayar Kerajaan Mesir dan China Kuno ada kaitannya dengan penggunaan arak berlebihan.
Amaran
"Malah ahli falsafah Yunani ada mengeluarkan amaran tentang bahaya mabuk arak dan menasihatkan supaya minum secara sederhana. Begitu juga dengan Plato, Aristotle dan Hippocrates.
"Pada kurun ke 11 AD, Simoen Seth, doktor perubatan untuk keluarga diraja di Byzantine, ada menulis catatan bahawa meminum arak secara berlebihan boleh menyebabkan radang hati/hepatitis," katanya arak adalah minuman paling popular dan paling ramai selepas air dan teh.
Dr. Sallehudin juga menerangkan kepada audiens bahawa penyerapan alkohol ke dalam saluran darah adalah lebih cepat di usus kecil berbanding perut dan kecepatan penyerapan itu akan turut mempercepatkan kesan.
Antara kesan jangka pendek seperti; mabuk, dehidrasi dan keracunan alkohol. Manakala kesan jangka panjang termasuk perubahan metabolisma kepada organ hati, otak dan ketagihan.
"Alkohol yang terserap melalui saluran darah akan melemahkan aktiviti otak, tekanan darah menjadi tidak menentu, otot-otot tidak berfungsi sepenuhnya hilang keseimbangan dan jalan terhuyung-hayang dan juga aktiviti mental tidak dapat dikawal (hilang pertimbangan dan tidak siuman seperti pemarah dan hilang malu)
"Manakala kesan alkohol terhadap hati pula ia menukar alkohol kepada Axetaldehayde, suatu bahan mutagen dan carcinogen. Hati mampu memproses tujuh gms ethanol sejam. Kalau sekiranya seseorang itu mengambil sebotol wine, hati mengambil masa selama 12 jam untuk memproses. Bayangkan jika ia diambil berlebihan, tidakkah ini memudaratkan hati, sekali gus fungsi otak.
"Hakikatnya, kesan lebih buruk jika ia diambil dalam tempoh masa yang lama dan berterusan ke atas fungsi organ dan sistem tubuh badan manusia. Malah lebih memburukkan lagi, penggunaan alkohol melebihi 50g sehari akan meningkatkan risiko pelbagai jenis kanser," katanya seperti; kanser mulut, payu dara, hati, paru-paru, perut, hempedu, endometrium, ovari, prostat, kulit-melanoma dan kolorektal.
Menjelaskan tentang ketagihan alkohol atau istilahnya alcoholism adalah satu penyakit di mana meminum alkohol adalah satu kemestian.
Kata Dr. Sallehudin, mereka yang terjerat dengan arak, jika tidak mengambil arak untuk sehari dua, mereka akan mengalami gejala pengunduran (withdrawal syndrome)
Dr. Sallehudin secara sinis dalam hujahan beliau turut menyamakan bahawa bukan sahaja rakyat Malaysia ramai yang ketagihan tetapi masalah sama juga berlaku kepada pihak berkuasa.
"Pendapatan daripada hasil rokok ialah sebanyak berbilion setiap tahun. Itu baru rokok, arak pastilah lebih banyak lagi. Jadi pihak berkuasa kenalah memikirkan cara lain untuk mencari pendapatan atau jangan sehingga ketagih atau terlalu bergantung kepada dua sumber pendapatan ini.
"Selain itu kekangan dari segi kehendak politik (political will) juga menjadikan masalah arak ini sukar ditangani. Selagi ahli politik itu takut hilang undi atau menjadi pemimpin yang tidak popular atau disenangi, selagi itulah sukar untuk merealisasikan umat Islam bebas arak," tegasnya.
Sementara itu dalam kertas kerja bertajuk, 'Arak dari Perspektif Undang-Undang Malaysia', Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin menjadikan isu arak di Selangor sebagai kajian kes dalam perbincangan muzakarah pakar itu.
Dalam pembentangan, beliau menegaskan undang-undang berkaitan alkohol di luar negara adalah jauh lebih ketat berbanding di negara ini. Di Eropah contohnya; Laporan dari US Department of State (July 2009) menunjukkan bahawa undang-undang di Norway adalah antara undang-undang yang sangat ketat di Eropah. Undang-undang tersebut memperuntukan hukuman yang berat iaitu penjara terhadap pemandu yang meminum alkohol. Tahap maksimum kandungan alkohol dalam darah adalah .02 peratus.
Di Selangor pula kata Dr. Zaleha, sebarang minuman yang mengandungi kurang dua peratus alkohol tidak memerlukan lesen daripada Lembaga Pelesenan. Di bawah seksyen 2(1) Akta Eksais 1976 sebagai "any alcohol or any liquid containing more than two percent centum of proof spirit, which is fit or intended to be or which can by any means be converted for use as a beverage".
Negara-negara Skandinavia kecuali Denmark mengawal penjualan alkohol secara ketat oleh kerajaan secara monopoli melalui peraturan mengenai penjualan dan pengambilan alkohol.
Di negara Islam seperti Arab Saudi melarang sepenuhnya pembuatan, import atau pengambilan alkohol dan memperuntukkan hukuman yang berat kepada sesiapa yang melanggar undang-undang tersebut. Hukuman termasuk penjara dan sebatan.
Manakala di Qatar, undang-undangnya sama seperti Arab Saudi tetapi hukuman untuk kesalahan berkaitan dengan alkohol adalah penjara dan kemungkinan didiportasi. Walau bagaimanapun, alkohol boleh diperoleh di hotel dan bar berlesen. Pekerja asing bukan Islam pula perlu mendapatkan permit untuk membeli alkohol.
Di Bahrain yang terkenal sebagai negara yang sangat progresif di Teluk Parsi, bagaimanapun pada Februari 2009, Ahli-ahli Parlimennya telah berjaya menghalang penjualan semua jenis alkohol di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain.
Hakikatnya, banyak negara di seluruh dunia seperti di Iran, Afghanistan, Libya telah mula mengharamkan dan mengehadkan penggunaan dan pembelian alkohol. Di Tunisia, Maghribi, Mesir, Syria, Lubnan, Jordan dan Turki sungguhpun tidak melarang penjualan kecuali kepada remaja yang kurang daripada 18 tahun atau semasa pilihan raya dan bulan Ramadan.
Di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Amerika Latin mempunyai larangan tertentu mereka terhadap minuman beralkohol.
Di akhir pembentangan, Dr. Zaleha mengesyorkan dicari satu resolusi terhadap isu penjualan minuman keras khususnya di kawasan majoriti penduduknya beragama Islam dan selanjutnya, mencadangkan sebarang tindakan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan dan agensi berkaitan bagi mengawal dan menjauhkan umat Islam daripada menghampiri minuman arak yang merupakan ibu kemaksiatan.

Utusan Malaysia

Friday, September 25, 2009

GANJARAN BESAR PUASA 6

BAGI sesetengah orang, Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka.

Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu 'puasa enam'. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan.
Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu.

Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. "Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh." (Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya.

Penegasan Nabi s.a.w itu menunjukkan puasa enam amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib. Baginda menggalakkan umatnya rajin beribadat, iaitu ibadat fardu disusuli amalan sunat.

Ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.

Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik- baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.

Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam bulan terbabit dan boleh juga dilakukan dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.

Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.

Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.

Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.

Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.

Imam As-Syafi'i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `seyang tiap amalan dengan niatnya' bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.

Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.'

Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.

Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.

Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.

"Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih)."

Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.

Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah `membayar' terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.

Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

sumber: mymetro

Sunday, September 20, 2009

UCAPAN HARIRAYA SMS

HARTA PALING BERHARGA ADALAH SABAR. TEMAN PALING SETIA ADALAH AMAL. IBADAH PALING INDAH ADALAH MEMAAFKAN. MOHON MAAF ATAS SEGALA KHILAP. SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN



DARI ROSLAN (BIRAS): SELAMAT HARI RAYA MAAFKAN KESILAPAN KAMI SUAMI ISTERI.

DARI CIKGU HALIZA HUSSIN: NYIMPEN JENANG JERO TIN, AREK DIGOWO MARENG SURO, KELUPUTAN KULO LAHIR BATIN, SALAH SILAP NJALOK NGAPURA. BOCAH CILIK MANGAN SEGO, SEGO DIPANGAN KARO GULO, WES SUWIORAK NGOMONG JOWO, DINO ROYO NJALOK NGAPURA. BUKO POSO LAWUH'E GEREH, NJEGOR SUNGEIDICAPLOK BOYO, KELUPUTANKU, SINGAKEH, KITO O-O LAH YO? "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN N MAKAN MINUM D HALALKAN"

DARI CIKGU HASNI SULAIMAN: SALAM 'EIDULFITRI DARI SAYA SEKELUARGA. TAQABBALLAHUMINKUM. MINAL 'A-IDIN WALFA-IZIN. WA KULLU 'AMIN WA ANTUM BIL KHIR.

DARI AZRUL HUSIN: SELAMAT BERBUKA PUASA UNTUK RAMADAN TERAKHIR TAHUN IBI. SEMOGA BERTEMU LAGI RAMADAN TAHUN HADAPAN. SELAMAT HARI RAYA AIFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. CBFB TERUS FOCUS!

DARI BANG ARIF (SU RUKUN TETANGGA: ASSALAMUALAIKUM...*TABIR LELANGIT BERBUNGAN BAWAL, WARNA SEPADAN ALIS TERKUKUR, TAKBIR DAN TAHMID MEWANGI SYAWAL, KEMENANGAN RAMADAN TAKWA BERSYUKUR.* POHON TANJUNG TEPIAN SAWAH, BERDAUN KASAP BENIH DISEMAI, SALING BERKUNJUNG TERJALIN UKHWAH, TULUS BERMAAF IKHLAS BERDAMAI.* MOHON MAAF ZAHIR & BATIN, SILATURAHIN ERAT TERJALIN. SALAM AIDILFITRI SUBUR MENGAMIN...! *INGATAN MESRA ABADI PENUH TAKZIM.

DARI SALEH ALAUDIN (BIRAS): SALAM. YA ALLAH, MENJELANG SYAWAL YANG MULIA INI, MULIAKANLAH DAN SAYANGILAH SAUDARA AKU INI SEKELUARGA, BERKATILAH DAN TAMBAHKANLAH KESIHATANNYA, LIMPAHKAN REZEKINYA, TETAPKAN IMANNYA, BERIKANLAH KENIKMATAN DAN IBADAHNYA, JAUHKANNYA DARI FITNAH DAN PENGHINAAN..AMIN. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI. TANGANKU HULUR DI HARI MULIA..MAAF, ZAHIR DAN BATIN.

DARI NAZRI BIOSWAN: PERTALIAN TERPUTUS KITA SAMBUNGKAN. PERHUBUNGAN YANG ADA KITA ERATKAN. AIFITRI... BERSAMA KITA RAIKAN. SALAH & SILAP POHON DIMAAFKAN. SALAM LEBARAN MINAL AIDIL WAL FAIZIN..

DARI YAZID I-CHARGE: RAMADAN DITINGGALKAN DENGAN KEINSAFAN. SYAWAL DISAMBUT DENGAN KESYKURAN. KEMAAFAN DIPOHON DENGAN KEIKHLASAN. EID MUBARAK & MAAF ZAHIR BATIN.

DARI CIKGU SUZANA LAIFAH: PELITA DILETAK DIATAS PARA, HENDAK DINYALAKAN DI TEPI PERIGI, SMS DIHANTAR PENGGANTI KAD RAYA, TANDA INGATAN D AIDIL FITRI. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

DARI NASIR (ADIK): ASSALAMUALAIKUM. LISAN SELALU TAK TERJAGA. JANJI TAK DITEPATI. HATI BERPRASANGKA, AMANAH TERTUNAI. HIDUP INI MENJADI INDAH JIKA MASIH ADA KEMAAFAN. KAMI SUSU 10 JARI MEMOHON JUTAAN AMPUN MAAF DI ATAS SEGALANYA DAN HALALKAN TERMAKAN TERMINUM. KULLU A'MMUN ANTUM BI KHIR, MINAL A'EIDIN WAL FA'EIZIN, TAQABBALALLAH MINNA WA MINKUM YA KARIM.

DARI MAHADIR: TANGAN DIHULUR TAK KESAMPAIAN, SENYUM DIUKIR TAK KELIHATAN. SMS DIKIRIM TANDA INGATAN. DI AIDILFITRI KITA BERMAAFAN. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

DARI USTAZAH ALIZAWATI: "UKHWAH ITU BUKAN TERLETAK PADA KEKERAPAN PERTEMUAN, BUKAN JUGA PADA MANISNYA UCAPAN DIBIBIR. TETAPI PADA INGATAN TERHADAP SAUDARANYA DALAM DOA". SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

DARI MD SAFRI: BICARA KADANG-KADANG TAK TERJAGA. JANJI KADANG-KADANG TERABAI. HATI KADANG-KADANG BERPESANGKA..SIKAP KADANG-KADANG MENYAKITKAN. HIDUP INI MENJADI TERLALU INDAH JIKA MASIH ADA KEMAAFAN DI ANTARA KITA...@ SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN.

DARI CIKGU RAFIAH: DI AIDIL FITRI MULIA NAN BERKAT KU POHONKAN KE HADRAT ILAHI AGAR DIRIMU DIRAHMATINYA DAN KEBAHAGIAAN SENTIASA MENGIRINGIMU. MOHON SETULUS KEMAAFAN ATAS SEGALA-GALANYA..SETIAP TUTUR KATA DAN PERLAKUAN YANG TERGURIS DI HATI. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN..

DARI SAIFUDDIN (TEKNISYEN): BUAT SEMUA WARGA SMKTD. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF SEKIRANYA ADA TERKASAR BAHASA, TERSALAH BICARA. MAAF ZAHIR DAN BATIN..

DARI PENGETUA: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MINALAIDILWAFAIZIN DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN..

DARI HJ KAMARUDIN (PK KOKU): DI HARI YANG MULIA INI..SAYA DENGAN RASA RENDAH DIRI .. MEMOHON KEMAAFAN ATAS KETELANJURAN BICARA, BERLEBIHAN TINGKAH LAKU, PENGUCAPAN YANG MUNGKIN JADI DOSA. TERUMPAT DAN TERKATA YANG TIDAK DISENGAJA ATAU APA SAHAJA YANG MUNGKIN MENJADI DOSA SEMASA KITA BERGAUL, BEKERJA DAN BERSENDA..DIUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...

Saturday, September 19, 2009

TERLERAI DOSA DI TAPAK TANGAN

Syawal datang lagi
Membawa ruang bermaaf-maafan
Dalam suasana gembira ceria.
Puasa berjaya ditamatkan
Hati menjadi lembut
Dan mudah memberi kemaafan.

Dalam kehidupan
Kita berhubung dengan orang lain
Mungkin mengguris peraaan
Menyakitkan hati,
Maka hariraya yang mulia ini
Mohon ampun segala kesalahan
Leraikan dosa di tapak tangan.

Mohon keampunan
terutama kepada ibubapa yang telah berkorban
sejak dalam kandungan hingga kini.

Ingat! berapa kali kita telah menyakiti mereka
Berkasar dengan mereka
Mengguris perasaan mereka
Apakah tidak mahu bersalam dengan mereka?
Mohon kemaafan segala dosa!
Pada sahabat handai dan kawan taulan
Mungkin mereka terguris perasaan
Lantaran tuturkata dan tingkahlaku
Hulurkan tangan mohon keampunan.

Tetapi awas ketika bersalaman
Ada batas muhram yang wajib diikuti,
Jangan ketika mencari keampunan
Murka Allah sedang menanti
Akibat melanggar syariat dan hukum Allah.
Awasilah tangan dari menyentuh tangan yang haram
Sekalipun atas nama Hari Raya.

Ingatlah, tiada lagi dendam
Jika Allah Maha Pengampun
Maka kita suka memberi kemaafan!

Thursday, September 17, 2009

KETEMU LAGIKAH RAMADAN

Ramadan mula hampir ke penamatnya
Meninggalkan kita
Tiada siapa yang tahu
Tiada siapa yang menjamin
Ketemu lagikah dengan Ramadan.

Hari-hari terakhir Ramadan adalah sat-saat kesedihan
Lantaran amat berat berpisah dengannya
Berakhir Ramadan bererti pergilah keistimewaan Ramadan
Yang datang kembali dalam tempoh setahun lagi

Tetapi tahukah kita, di mana ketika itu!
Masih di alam maya atau di alam baka

Lantas kita panjatkan doa agar ketemu Ramadan
Supaya bisa merebut tawaran Tuhan sepanjang Ramadan

Mohon kita kepada Allah
Agar dilimpahi hidayah
Untuk terus beramal kebaikan dan beribadah
Agar ibadah sepanjang Ramadan diterima Allah.

Kita berdoa agar dikurnia kekuatan
Agar amal ibadah berterusan walau Ramadan telah berakhir
Hingga ke bulan Syawal dan bulan-bulan selanjutnya
Kita masih lagi solat jamah di masjid atau surau
Membac al-Quran dan solat malam

Kita teruskan dengan puasa enam
Sebagai mengiringi kepergian Ramadan
Sebagai penampal cacat cela puasa
Lantaran itu kita dianggap berpuasa sepanjang tahun

Jika ketemu lagi Ramadan
Itu adalah kurnia Allah
Lalu, jadikanlah Ramadan kali ini lebih baik....

Jika ditakdirkan Ramadan ini adalah yang terakhir
Mohonlah, agar menerima segala amalan sepanjang Ramadan

Mohon keampunan segala dosa
Samada dilaku secara sedar atau sebaliknya
Kerana Allah suka mengampun..

Hanya Allah yang tahu segala..
Kepada Allah kita berserah dan berharap...

Saturday, September 5, 2009

Nuzul Quran dan Lailatul Qadar

Setiap tanggal 17 Ramadan merupakan peristiwa penting dalam sejarah Islam. Setiap umat Islam harus mengetahui peristiwa itu. Malam itu Nabi Muhamad s.a.w telah dikunjungi oleh malaikat Jibrail dengan membawa wahyu yang pertama. Dalam tempoh bulan Ramadan itu pula Allah swt kurniakan satu malam yang disebut sebagai 'Lailatul Qadar. Untuk mengetahui mengenai kedua perkara ini dengan lebih jelas sila klik web ini: http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2084

Saturday, August 29, 2009

Inilah masanya......

Bulan Ramadan adalah masa terbaik kita menyucikan jiwa. Inilah masa untuk meluntur jiwa supaya patuh dan taat pada perintah Allah. Jiwa yang selama ini melakukan maksiat kepada Allah, perlu disucikan. Tidak ada peluang yang lebih baik untuk mensucikan diri selain Ramadan kerana di bulan yang penuh dengan limpahan keberkatan ini, syaitan dibelenggu sebagai tanda kemuliaan Ramadan.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Apabila datang Ramadan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan" (HR al-Bukhari dan Muslim)

Jiwa kita diumpamakan sebagai mentol yang terang. Namun setiap kali kita melakukan dosa dan maksiat, satu titik hitam akan melekat ke dalam hati dan jiwa kita. Lama kelamaan mentol yang bersinar itu akan dilitupi oleh titik hitam sehingga mentol yang terang itu tidak dapat lagi menembuskan cahayanya.

Begitulah jiwa kita, yang perlu dibersihkan supaya cahayanya dapat memancar untuk menunjuk jalan. Oleh itu, sucikan jiwa dengan banyak beristighfar mohon keampunan daripada Allah. Bertaubat di atas ketelanjuran sama ada terhadap Allah atau sasama makhluk. Bertaubatlah dengan taubat nasuha iaitu:

  • Segera meninggalkan maksiat yang dilakukan.
  • Menyesal di atas perlakuan maksiat yang telah dilakukan.
  • Berazam untuk tidak akan mengulangi lagi maksiat.

    Itulah syarat taubat nasuha yang dapat menyucikan jiwa. Apabila jiwa telah suci akan terpancarlah hidayah Allah. Apabila jiwa telah dipenuhi dengan hidayah Allah dan syaitan pula telah dibelenggu dengan kemuliaan Ramadan, maka inilah masanya, SUBUH tidak lagi terlewat malah saat menunggunya diisi dengan bacaan ayat suci al-Quran.

    Inilah masanya, tangan berjabat mengeratkan silaturahim, hati diisi dengan kasih sayang melalui zakat, membuang dendam dan dengki yang selama ini terpatri di hati. Inilah masanya, tiada lagi kata nista, umpat dan keji menutur di bibir. Inilah masanya, alunan zikir bertali arus menunjukkan rindu kasih seorang kepada Tuhannya.

    Inilah masanya, tangan kanan menghulur sumbangan kepada yang memerlukan sebagai tanda persaudaraan sesama Islam. Jiran tetangga bertukar juadah, mengeratkan hubungan 'saudara' terdekat. Inilah masanya, ibubapa diziarahi, hubungan silaturahim diperbaiki dan pusara dikunjungi.

    Inilah masanya, pakaian yang labuh dan menutup aurat menjadi pilihan, tiada lagi yang jarang atau kurang bahan. Inilah masanya, masjid dan surau dipenuhi dengan umat Islam yang ingin mendekatkan diri kepada Allah melalui solat berjemaah termasuk solat tarawih. Inilah masanya, doa dipanjatkan, semoga kehidupan di dunia diberkati, kehidupan di akhirat bahagia menanti.

    Inilah masanya, sucikan jiwa dan ikhlaskan hati bagi kita memulakan hidup baru, sebagai garis permulaan ke arah kejayaan abadi di dunia dan di akhirat.

    Mudah-mudahan, Ramadan kali ini dapat menyucikan jiwa kita daripada segala dosa yang sekian lama menutup jiwa kita. Mohonlah keampunan dan pertolongan daripada Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

    Sumber: Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor.


  • Monday, August 24, 2009

    Pantang Larang Puasa

    Pantang larang puasa ialah perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).

    1. Berbohong, berdusta.
    2. Mengumpat, mengata orang.
    3. Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
    4. Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
    5. Marah.

    Rasulullah s.a.w. bersabda:

    Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”.
    (Hadis Riwayat Muslim)

    Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”.
    (Hadis menurut Sahih Muslim)

    Sunat-sunat Puasa:

    1. Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
      Rasulullah s.a.w. bersabda:

      Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
    2. Makan sahur walaupun sedikit.
      Rasulullah s.a.w. bersabda:

      Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
    3. Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
    4. Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
    5. Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
    6. Memperbanyakkan sedekah.
    7. Beriktikaf siang hari dalam masjid.
    8. Menghadiri majlis-majlis ilmu.
    9. Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
    10. Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

    Alam Sekitar

    Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
    Alam dan manusia saling bantu membantu.
    Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

    LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

    TOPO