Tidak Masuk Syurga Jika Putuskan Silaturahim
Rasulullah SAW bersabda dalam hadis riwayat Abu Daud: “Tidak halal
seorang Muslim menjauhi kawannya lebih dari tiga hari. Sekiranya telah
berlalu waktu tiga hari itu, maka berbicaralah dengan dia dan berilah
salam. Jika dia telah menjawab salam, maka keduanya bersama-sama
mendapat pahala. Dan jika dia tidak membalasnya, maka sesungguhnya dia
kembali dengan membawa dosa. Sedangkan orang yang memberi salam telah
keluar daripada dosa menjauhi itu.”
Lebih hebat lagi, haram memutuskan silaturahim terhadap keluarga
yang Islam wajibkan untuk menyambung dan melindungi kehormatannya.
Berbuat baik kepada orang lain
Firman Allah SWT: “Dan takutlah kamu kepada Allah yang pada-Nya kamu
meminta dan jagalah keluarga kerana sesungguhnya Allah Maha mengawasi
atas kamu.” (Surah an-Nisa’, ayat 1)
Rasulullah SAW
menggambarkan silaturahim ini dalam sabdanya: “Kekeluargaan bergantung
di ‘Arasy. Ia akan berkata: Sesiapa menghubungi aku, maka Allah pun akan
menghubunginya dan sesiapa yang memutuskan aku, maka Allah akan
memutuskannya.” (Riwayat Muslim)
Sabda Baginda SAW lagi:
“Tidak masuk syurga orang yang memutus.” (Riwayat al-Bukhari) Ulama
mentafsirkan kalimat ‘memutus’ itu iaitu memutuskan silaturahim dan
lainnya mentafsirkan dengan memotong jalan atau penyamun.
Silaturahim yang wajib bukan sekadar seorang kerabat menghubungi dan
berbuat baik kepada yang lain kerana ia perkara biasa. Tetapi yang
dimaksudkan silaturahim yang wajib ialah tetap menghubungi keluarga
sekalipun mereka menjauhinya.
Sabda Nabi SAW: “Bukanlah orang
yang menghubungi keluarga itu ialah orang yang menjamin tetapi
dinamakan orang yang menyambung kekeluargaan ialah apabila keluarganya
itu memutuskan dia, maka dia tetap menghubunginya.” (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)
Rasulullah SAW pernah menjauhi tiga orang
sahabatnya yang tidak mahu turut dalam peperangan Tabuk selama 50 hari
sehingga bumi ini layaknya sempit dan hatinya merasa kebingungan, tidak
ada seorang pun mahu bergaul dengan mereka, berbicara atau memberi
salam.
Rahmat Ilahi
Begitulah sehingga Allah
menurunkan ayat mengenai diterimanya taubat mereka. Dan pernah juga
Rasulullah SAW menjauhi sebahagian isterinya selama 40 hari.
Memutuskan hubungan akan menghalang pengampunan dosa dan rahmat Allah
seperti diterangkan dalam hadis riwayat Muslim (yang bermaksud):
“Pintu-pintu syurga akan dibuka pada hari Isnin dan Khamis, kemudian
Allah akan memberi keampunan kepada setiap orang yang tidak menyekutukan
Allah sedikit pun kecuali seorang lelaki yang ada berpisah antara dia
dan saudaranya. Maka Allah berkata: ‘Tangguhkanlah kedua orang ini
sehingga mereka berdamai, tangguhkan keduanya sehingga mereka berdamai,
tangguhkanlah keduanya sehingga mereka berdamai’.”
Jika dia
berada di pihak yang benar, maka cukup kiranya pihak yang bersalah
datang dan minta maaf dan dia hendaklah memberi maaf. Dengan demikian
selesailah persengketaan dan haram hukumnya dia menolak permintaan maaf
saudaranya.
Terhadap orang yang demikian, Rasulullah SAW memberikan ancaman bahawa pada hari kiamat kelak dia tidak akan masuk syurga.
Oleh: Ustaz
Post a Comment