Saturday, May 16, 2009

Wajarkah Guru Saja Dipersalahkan.....


Sekarang ni hangat sungguh pasal guru dera student. Namun begitu, wajarkah perkataan dera digunakan atas tindakan yang guru kenakan ke atas pelajar. Wajarkah guru saja dipersalahkan? Adakah semuanya itu salah guru. Bagaimana pula kalau ianya bermula dengan salah pelajar.
Sebenarnya banyak sungguh tanggungjawab seorang guru itu. Tidak hanya mengajar tetapi pelbagai beban tugas lagi yang menanti. Orang selalu kata senangnya jadi guru, banyak cuti, kerja separuh hari. Tapi jarang orang mengetahui cabaran dan bebanan yang terpaksa ditanggung guru.
Bayangkanlah jika seorang murid tahun satu yang enggan datang ke sekolah dan menendang guru yang memujuknya untuk masuk ke kelas. Guru itu masih bersabar tetapi apabila diberitahu kepada ibu bapanya tentang apa yang dilakukan oleh si anak terhadap guru itu, apa yang diterima sebagai jawapan.
Ini jawab bapa si anak,"saya tak pernah marahkan anak saya, apatah lagi naikkan tangan saya", dan sepatah perkataan maaf pun tidak dipohon atas sikap anaknya itu menendang guru. Malahan seolah-olah anaknya menendang guru adalah kerana salah guru itu sendiri. Wajarkah itu?
Sekarang ini kebanyakan ibubapa tidak lagi menghargai pengorbanan guru. Mereka menganggap guru ini sebagai pengasuh yang dibayar gaji untuk menjaga anak mereka. Tidak sedarkah mereka, guru itu juga adalah seorang anak, ibu, bapa, suami, isteri, datuk atau nenek kepada seseorang yang lain.
Banyak lagi tanggungjawab guru tapi setiap guru reda dengan tanggungjawab yang dipikul mereka. Tapi ingatlah jua, guru juga insan biasa yang adakalanya tahap kesabaran itu ada batasannya tapi jarang kita dengar guru menyaman ibubapa. So, masih wajarkah guru saja yang dipersalahkan.

Seja o primeiro a comentar

Alam Sekitar

Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
Alam dan manusia saling bantu membantu.
Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO