Adab Makan ....⅓+⅓+⅓
Bila sebut makan minum ada yang lupa diri dengan makan terlalu kenyang dan minum sehingga mengah. Biasanya berlaku ketika berbuka puasa. Kadang-kadang dalam majlis perkahwinan di mana hidangannya disediakan secara ‘layan diri’ terdapat ada yang mengambil makan itu terlalu banyak dan akhirnya tidak habis dimakan. Sama ada di rumah atau jemputan khenduri, dalam hal ini; Rasulullah s.a.w. mengingatkan supaya perut hendaklah disi dengan satu pertiga untuk makanan satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga lagi untuk pernafasan.
Dalam makan minum ada adab yang perlu dipatuhi supaya makan itu dapat manfaat dan diberkati oleh Allah swt. Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali menyenaraikan 7 adab sebelum makan:
- Memastikan makanan itu daripada sumber yang halal
- Membasuh tangan.
- Meletakkan makan di dalam bekas yang diletakkan di atas lantai kerana ia melatih diri tawaduk. Namun , sekiranya diletak di atas meja tanpa melampaui batas, ia tidak dilarang.
- Duduk dengan cara yang betul. Di larang makan sambil berbaring atau bersandar.
- Berniat supaya makanan itu mendatangkan kekuatan untuk beribadah kepada Allah.
- Bergembira dengan rezeki yang terhidang dan bersyukur.
- Berusaha supaya tidak makan seorang diri tetapi bersama-sama dengan orang lain walaupun daripada kalangan keluarga dan anak sendiri.
Imam Ghazali juga menyenaraikan beberapa adab ketika makan yang juga perlu dijaga:
- Makan dengan bismillah dan doa.
- Makan dengan tangan kanan.
- Mengunyak dengan baik.
- Jangan dicaci sebarang makanan.
- Sebaik-baiknya dijamah makanan yang terdekat kecuali buah-buahan.
- Jangan menghembus di atas makan yang panas. Tunggu dengan sabar.
- Jangan makan secara berlebihan.
- Apabila terpaksa minum air, pastikan ia sedekit sahaja kecuali jika perlu.
Berhubung adab selepas makan, Imam Ghazali memberikan beberapa tunjuk ajar mengenainya:
- Berhenti makan sebelum kenyang. (Jangan ambil terlalu banyak)
- Menjilat jari.
- Membasuh tangan.
- Berdoa.
- Mengeluarkan makanan yang terselekat dicelah gigi. (Lakukannya hendaklah juga beradab)
- Banyak bersyukur kepada Allah.
- Beristighfar supaya diampunkan Allah andai kata terdapat unsur-unsur syubhah pada makanan itu.
Oleh itu bijaklah ketika makan dan minum!!!
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment