Wednesday, February 4, 2009

Batas Pergaulan...

Manusia perlu hidup bergaul dan berhubung, tidak boleh hidup bersendirian tanpa teman. Malah haiwan juga perlu hidup bergaul dan berhubungan antara mereka. Cuma beza antara haiwan dan manusia ialah tiada istilah dosa dan pahala seperti manusia. Renungkan sejenak.... seandainya pergaulan antara lelaki dan perempuan tanpa batas susilanya, apa akan terjadi? Lantaran itu Islam menentukan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan bagi membangunkan masyarakat yang bersih dan terkawal.

Antara adab pergaulan lelaki dan perempuan ialah:

Pertama: Memakai pakaian yang menutup aurat
Aurat lelaki yang wajib ditutup adalah antara pusat dan lutut. Bagi perempuan, aurat mereka seluruh badan kecuali muka dan dan kedua tapak tangan.

Kedua: Mesti menjaga pandangan mata
Allah swt memerintahkan kaum lelaki menundukkan pandangannya apabila bergaul dengan perempuan, begitu juga dengan kaum wanita. Mereka dituntut menjaga pandangan masa daripada melihat sesuatu yang haram dan membangkitkan syahwat.

Ketiga: Adanya sekatan antara lelaki dan perempuan
Seandainya perlu bergaul untuk menyelesaikan sesuatu masalah antara lelaki dan perempuan, haruslah dijaga supaya tidak timbul fitnah dan buruk sangka. Berjumpalah di tempat-tempat terbuka dan ditemani oleh kawan.

Keempat: Tidak berdua-duaan antara lelaki dan perempuan
Agama Islam melarang umatnya berdua-duaan kerana apabila antara lelaki dan perempuan berdua-duaan maka yang ketiganya adalah syaitan.

Kelima: Suara yang tidak menggoda
Seorang wanita dilarangkan mendayukan percakapan semasa berbicara selain kepada suami. Maksud mendayu ialah sengaja melembutkan suara dan manja dengan tujuan menarik perhatian lelaki.

Keenam: Tidak bersentuhan
Larangan ini berdasarkan Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi, itu masih lebaik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya."

Oleh itu, dalam dunia penuh cabaran ini, jagalah batas pergaul agar terhindar daripada maksiat dan seterusnya menjaga maruah dan kehormatan diri sendiri...

Sumber: Inpirasi Minda, JPNS

Seja o primeiro a comentar

Alam Sekitar

Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
Alam dan manusia saling bantu membantu.
Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO