Monday, December 29, 2008

Hati Yang Mati

Bila sebut mati bermakna berakhirlah sebuah kehidupan. Tetapi ada perkara yang mati sebelum betul-betul mati. Benda yang ingin diperkatakan ini telah diungkapkan Nabi s.a.w. dalam hadisnya yang maksud: Dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Kalau ia baik, baiklah tubuh badan itu. Kalau ia rosak maka rosaklah tubuh badan itu. Benda itu adalah hati.
Hati yang mati itulah dinamakan hati rosak.
Antara ciri hati yang mati ialah:

  • Tidak peka dengan perbuatan dosa. Tidak berasa bersalah kalau melakukannya. Hatinya tidak gementar apabila jiwa dan jasad melakukan dosa.
  • Tidak teransang untuk melakukan kebaikan. Bila diserukan kebaikan, hatinya tidak ada tindak balas. Tidak berlumba-lumba membuat kebaikan.
  • Tertarik kepada perkara-perkara mungkar. Hatinya gelisah jika tidak dapat terlibat perbuatan maksiat.

Pemilik hati yang mati ini berasa bangga dan perasaan menyesal tidak pernah mengetuk pintu hatinya. Malah mengajak orang lain bertindak sepertinya pula. Keinginan bertaubat tidak terlintas dalam hatinya. Kalau ini berlaku hatinya benar-benar mati. Hati yang mati boleh dihidupkan hanya dengan bertaubat sahaja. Menyesal dengan kesalahan yang dilakukan dan tidak ingin melakukannya lagi. Benci dengan segala maksiat.

Oleh itu lakukan kebaikan agar hati tidak mati dan jiwa tidak layu. Hindari perkara yang merosakan, kemungkaran dan kejahatan. Dekatkan diri dengan Allah dan mengingatinya dengan melakukan amalan-amanlan kebaikan. Mohon kepada Allah supaya didorong untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Seja o primeiro a comentar

Alam Sekitar

Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
Alam dan manusia saling bantu membantu.
Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO