Saturday, December 6, 2008

HAKIKAT IBADAH KORBAN

Ibadah Korban adalah sunat yang sangat digalakkan melakukannya. Sebelum melakukan hendak mengetahui terlebih dahulu jenis binatang dan umurnya. Jika tidak diteliti perkara ini secara terperinci, ditakuti Korban itu tidak menjadi ibadah...sebaliknya menjadi sembelihan biasa sahaja.

Umur Binatang Korban

  • Unta - berumaur lima tahun masuk enam
  • Lembu, kerbau dan kambing - dua tahun masuk tiga
  • Biri-biri - setahun masuk dua atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun belum cukup setahun tetapi melebihi enam bulan

Binatang Yang Boleh Dijadikan Korban

Unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri samada betina atau jantan hendaklah tidak cacat seperti berikut:

  • Tiada atau terpotong telinga atau lidah atau ekor walaupun sedikit
  • Buta sebelah mata atau kedua-duanya
  • Gila; berpenyakit
  • Berkudis walaupun sedikit
  • Tersangat kurus; terlalu tempang
  • Yang bunting atau baru melahirkan anak

Hukum Daging Korban

Terbahagi dua:

  • Korban wajib/nazar
  • Korban sunat

Daging Korban wajib/nazar, wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut.

Korban sunat, sunat bagi yang empunya korban memakan sebahagian daripadanya.

Untuk makluman:

  • Haram menyedekahkan daging korban kepada bukan Islam
  • Orang yang melaksanakan korban atau warisnya tidak boleh menjual daging, kulit, bulu atau mana-mana bahagian binatang korban tersebut
  • Haram menjadikan kulit atau daging korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberi atas nama sedekah/hadiah
  • Sisa tulang yang telah dimasak atau telah dimakan hendaklah ditanam. Elak dibiarkan bersepah sehingga dimakan haiwan lain seperti kucing atau anjing. Ini adalah satu adab dalam pengabdian kepada Allah s.w.t. Jika tidak disengajakan, maka ia tidak berdosa
  • Jika telah bernazar untuk korban binatang yang sudah ada kecacatan, maka wajar dijalankan

Seja o primeiro a comentar

Alam Sekitar

Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
Alam dan manusia saling bantu membantu.
Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO