Sunday, April 5, 2009

Hikmah Solat

Solat yang didirikan dengan sempurna iaitu memenuhi syarat-syaratnya, bermula dengan bersih pakaian, bersih tempatnya, sempurna wuduknya, betul bacaannya dan ikhlas melakukannya, sudah tentu solat itu memberi hikmah seperti berikut:-

  1. Menghubungkan kita dengan Allah swt. Mempertingkatan kesedaran tentang adanya Allah swt. Hubungan ini akan mengelakkan kita dari melakukan sesuatu yang di tegahNya.
  2. Membina rasa tenang dalam jiwa. Melahirkan rasa sabar yang sebenarnya. Mengurangkan rasa ego dan sombong. Hubungan ini juga melahirkan dan meningkatkan rasa keyakinan dalam menghadapi kehidupan yang penuh dugaan dan ujian ini.
  3. Solat yang sempurna melahirkan sahsiah atau peribadi muslim sejati. Mewujudkan potensi dalam jiwa. Mendidik rasa patuh dan taat pada kehendak-kehendak Allah swt. Berhati-hati dalam membuat keputusan kerana sentiasa merujuk pada Allah swt.
  4. Solat menjauhkan kita dari melakukan dosa dan kemaksiatan. Perilaku dalam solat menanamkan dan mencetuskan perasaan kebesaran pada Allah swt. Solat juga menjauhkan kita dari sifat lalai dan leka dengan perintah-perintah Allah swt.

Oleh itu lakukanlah solat sebaik mungkin. Lakukanlah solat dengan khusyuk kerana ketika itu kita sedang bercakap dengan Allah swt. Sudah tentu apabila kita bercakap dengan seseorang kita tidak tidak mahu digangnggu oleh seseorang atau sesuatu. Begitulah dengan solat. Kalau ada yang mengganggu fikiran kita sudah tentu solat itu tidak khusyuk. Bagaimana nak khusyuk kalau dalam sembahyang masih ingat itu ingat ini, fikir itu fikir ini!!! Cari kunci salah letakpun fikir-fikirkan dalam sembahyang.

Ingat! Solat tidak khusyuk menurut 'ahli sufi' boleh menyebabkan solat itu tidak sah.

Seja o primeiro a comentar

Alam Sekitar

Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
Alam dan manusia saling bantu membantu.
Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO