Adab Berpakaian
Islam membenarkan umatnya berhias diri, namun Islam menggariskan beberapa perkara yang mesti dipatuhi. Syarat-syarat sebelum berhias diri:
- Hendaklah pakaian itu menutup aurat. Aurat menurut Islam ialah bahagian anggota yang wajib ditutupi dan dilindungi daripada pandangan ajnabi. Aurat lelaki adalah dari pusat hingga ke lutut. Aurat perempuan pula adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berpakaian ketat dan nipis yang menampakkan kulit dan bentuk badan tidak dikira menutup aurat.
- Suci bersih dan kemas. Pakaian bersih ialah pakaian yang tidak ada sebarang najis atau kotoran. Manakala pakaian suci pula ialah pakaian yang diperbuat dari bahan yang suci dan halal.
- Tidak riak dan takbur. Harus berhias diri mengikut cita rasa, fesyen atau yang digemari asalkan sesuai dan memenuhi tuntutan syarak. Wajib mengelakkan diri dengan pakaian yang bertujuan untuk bermegah-megah dan riak serta untuk menarik perhatian orang lain.
- Mengikut kemampuan. Hendaklah bersederhana berhias memakai pakaian. Membeli mengikut kemampuan dan tidak bermewah-mewah. Dilarang berpakaian yang boleh merendahkan martabat dan menjatuhkan maruah diri.
Batas-batas Berhias Diri
- Berhias dan bersolek hanya untuk mahram sahaja.
- Lelaki diharamkan memakai pakaian daripada sutera.
- Dilarang berbau-bauan yang berlebihan sehingga menimbulkan fitnah.
- Lelaki diharamkan memakai barang perhiasan yang lazim dipakai oleh kaun perempuan seperti anting-anting dan rantai leher.
- Ditegah berpakaian yang menjadi lambang agama lain.
- Dilarang mengubah bentuk bahagian anggota yang sempurna semata-mata untuk kecantikan.
Hikmah Berhias Diri Menurut Islam
- Mendidik sifat qana'ah dan syukur dengan nikmat yang diterima.
- Dapat memelihara maruah dan kehormatan diri.
- Dapat melaksanakan ibadah pada bila-bila masa.
- Mendidik sifat sederhana dalam berpakaian.
- Menjauhi diri daripada sifat sombong, riak dan bermegah-megah.
- Mengilakkan diri dari pencerobohan dan gangguan seks.
- Menghindarkan diri dari fitnah dan perkara mungkar.
- Mendzahirkan nikmat Allah dengan memakai pakaian indah dan bersih.
Rumusan (Penghayatan)
- Sentiasa berpakaian bersih, kemas dan sederhana.
- Sentiasa menjaga batas-batas berhias diri menurut Islam.
- Menjaga maruah dan kehormatan diri sepanjang masa.
- Mengekalkan berpakaian yang menutup aurat.
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment