Langkah Untuk Berjaya Dalam Peperiksaan
Menurut Dr Abdul Aziz Azimullah dalam bukunya Rahsia Kecemerlangan Peperiksaan, peperiksaan adalah perkara penting dalam kehidupan seseorang pelajar dan bakal menentukan masa hadapannya. Jika gagal, peluang untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi lagi akan turut terjejas.
Langkah-langkah Untuk Berjaya:
- Tetapkan matlamat untuk berjaya dalam peperiksaan.
- Membuat ulangkaji (persediaan) awal untuk menghadapi peperiksaan.
- Membahagikan masa belajar secara efektif.
- Memberikan tumpuan 100 peratus semasa di dalam kelas.
- Sentiasa bersikap positif dan yakin diri sendiri.
- Sentiasa bertawakal dan berdoa agar usaha yang telah dicurah membuahkan hasil.
- Mengamalkan sistem B.U.L.I.H
Sistem B.U.L.I.H
Untuk menjadi pelajar yang pintar dan berjaya sebenarnya tidaklah sesukar yang disangkakan. Cuba amalkan sistem ini, insyaAllah boleh menjadi pelajar yang berjaya.
- Belajar dengan tekun semasa berada di dalam kelas. Beri yumpuan sepenuhnya serta buat peta minda sebagai nota. Pelajar-pelajar yang berjaya dengan cemerlang, kaedah ini diamalkan.
- Ulangkaji nota/peta minda pada masa lapang pada hari itu juga (sebelah petang atau malam)
- Latihan berkumpulan! Buat latihan amali/kuiz atau kertas soalan bersama seorang atau dua rakan. Kongsi pengetahuan dan saling bantu membantu untuk mengatasi mana-mana bab/topik yang lemah.
- Imaginasi. Bernafas secara tenang. Imbas kembali di minda apa yang telah dipelajari.
- Hafal. Buat ringkasan atau nota istilah di atas kad yang boleh dibawa ke mana-mana untuk formula/prinsip yang anda tidak faham.
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment