KETEMU LAGIKAH RAMADAN
Ramadan mula hampir ke penamatnya
Meninggalkan kita
Tiada siapa yang tahu
Tiada siapa yang menjamin
Ketemu lagikah dengan Ramadan.
Hari-hari terakhir Ramadan adalah sat-saat kesedihan
Lantaran amat berat berpisah dengannya
Berakhir Ramadan bererti pergilah keistimewaan Ramadan
Yang datang kembali dalam tempoh setahun lagi
Tetapi tahukah kita, di mana ketika itu!
Masih di alam maya atau di alam baka
Lantas kita panjatkan doa agar ketemu Ramadan
Supaya bisa merebut tawaran Tuhan sepanjang Ramadan
Mohon kita kepada Allah
Agar dilimpahi hidayah
Untuk terus beramal kebaikan dan beribadah
Agar ibadah sepanjang Ramadan diterima Allah.
Kita berdoa agar dikurnia kekuatan
Agar amal ibadah berterusan walau Ramadan telah berakhir
Hingga ke bulan Syawal dan bulan-bulan selanjutnya
Kita masih lagi solat jamah di masjid atau surau
Membac al-Quran dan solat malam
Kita teruskan dengan puasa enam
Sebagai mengiringi kepergian Ramadan
Sebagai penampal cacat cela puasa
Lantaran itu kita dianggap berpuasa sepanjang tahun
Jika ketemu lagi Ramadan
Itu adalah kurnia Allah
Lalu, jadikanlah Ramadan kali ini lebih baik....
Jika ditakdirkan Ramadan ini adalah yang terakhir
Mohonlah, agar menerima segala amalan sepanjang Ramadan
Mohon keampunan segala dosa
Samada dilaku secara sedar atau sebaliknya
Kerana Allah suka mengampun..
Hanya Allah yang tahu segala..
Kepada Allah kita berserah dan berharap...
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment