Sambutan Mesra Hari Raya
Pengisian program kali ini berbeza dengan tahun-tahun lepas. Kali ini diadakan solat berjamaah Maghrib dan Isyak serta bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat untuk ahli yang akan menjadi tetamu Allah di tanah suci dan anak-anak yang akan mengambil peperiksaan SPM/STPM. Lokasi solat diadakan di rumah Tuan Haji Azman yang kebetulan baharu sahaja siap membesarkan rumahnya.
Persiapan juadah dilakukan secara bergotong royong. Menu hidangan terdiri dari nasi goreng kampung, mee bandung, ketupat plastik dengan kuah sup, rojak buah, kerang bakar/rebus, kambing bakar, buah-buahan dan air bandung.
Dua ekor kambing bakar (golek) menu yang dinanti-nanti setiap tetamu. Tak pernah makan kambing pun nak cuba merasa. Pencecahnya best... sos lada hitam!!! Kata orang daging kambing panas dan tak sesuai bagi yang ada darah tinggi!. Saya beranggapan daging golek tidak jadi masalah kerana semua lemahknya telah keluar dan terbakar berbanding dengan daging kambing masak kari....lemak-lemaknya berbaur dengan santan dan rempah kari..... bila makan lalu termenung....
Semua makanan mencukupi kecuali air. Semua dapat merasa. Malah ajk boleh 'tapau' selepas majlis berakhir!!!
Ketemu lagi tahun depan!!
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment