Showing posts with label Kemerdekaan. Show all posts
Showing posts with label Kemerdekaan. Show all posts

Sunday, August 17, 2008

UCAPAN MERDEKA 2008

Kemnterian Pelajaran menganjurkan program Menulis 100,000 Ucapan Merdeka Sepanjang 5.1 KM Untuk Dicatat Dalam "Malaysia Book Of Records" Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke- 51.

SMK Telok Datok telah dipilih untuk menyertai program tersebut. Guru-guru, kakitangan sokongan, pekerja swasta dan pengusaha kantin telah mengambil bahagian.

Tiga ucapan merdeka telah dipilih untuk menyertai pertandingan itu.

"Segagah siklon membadai dunia, Malaysiaku teguh di antarabangsa". Oleh: Nuraishah binti Zulkefli, Tingkatan 6A5.

"Kekalkan keamanan, Tingkatkan kenajuan, kukuhkan perpaduan demi kesejahteraan generasi hadapan". Oleh: Bakhtiar Ridhwan bin Bachiran, Tingkatan 5A

"Kemerdekaan bukanlah destinasi janji tetapi satu perjuangan abadi, Malaysiaku Merdeka". Oleh: Muhammad Zulhusni bin Ngali,Tingkatan 3A

Semoga berjaya!!!

Monday, August 11, 2008

Membina Menara Bangsa

Hari ini saya berpeluang mengikuti Program Psikologi Pendidikan Siri 6/2008 dengan tema Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 51, anjuran Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM, bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 9, Blok E12, Parcel E, Putrajaya. Saya mewakili Jabatan Pelajaran Selangor.

Slot Ceramah adalah berkisar kepada tajuk: Membina Menara (Negara) Bangsa.
Penceramah menekankan aspek sejarah, politik, ekonomi, pendidikan, perlembagaan dll.

Berikut petikan dari buku aturcara prongram tersebut mengenaiTakrif Negara Bangsa.

Negara bangsa terbentuk apabila manusia berkongsi sejarah, kebudayaan serta bahasa yang sama dan seterusnya menghasilkan satu identiti. Hal ini jelas dapat dilihat di negara bangsa England, Perancis. Sungguhpun begitu, terdapat negara bangsa yang tidak mempunyai persamaan ras, kebudayaan, dan bahasa. Negara bangsa boleh ditakrifkan sebagai negara yang ditubuhkan berasaskan kepada bangsa yang serumpun, serta mempunyai tradisi yang sama. Ia sepatutnya sebuah negara yang merdeka dan daulat. Kepentingannya diutamakan dari segala kepentingan yang lain di kalangan warganegaranya. Penubuhan negara bangsa dianggap sebagai kemuncak kepada perkembangan peribadi sesebuah negara. Negara bangsa juga boleh ditakrifkan sebagai sebuah negara yang bebas daripada konsep empayar dan berada di bawah kedaulatan raja mutlak. Setiap negara bangsa mempunyai penduduk yang berteraskan satu bangsa, bahasa, kesusasteraan dan satu kesedaran kebangsaan. Raja mempunyai hak untuk mengisytiharkan perang, mengenakan cukai, mentadbor dan menguatkuasakan undang-undang. Negara bangsa juga boleh disebut sebagai monarki kebangsaan

Tuesday, August 5, 2008

Ucapan Hari Kemerdekaan 08


Hari ini, guru dan kakitangan sekolah termasuk pengusaha kantin serta pekerja swasta diberi peluang untuk menurunkan kata ucapan hari kemerdekaan 2008. Saya menjadi orang pertama menulis ucapan itu. Ucapan yang terlintas dan bermain-main dalam fikiran ketika berjalan ke kantin ialah 'AKU BANGGA MENJADI WARGANEGARAMU' . Selesai bersarapan, saya ajak Hj. Kamarudin ke dewan sekolah untuk menulis ucapan. Rupa-rupa haji tak tahu dan keheranan! Beliau ikut serta. Rupa-rupanya, belum ada lagi yang memulakan. Jadi saya orang pertama menulis ucapan. Banggalah kottt.... Haji merungut marker warna hijau tidak ada. Dia tenyeh marker merah, siap dengan tulisan berlenggok... he! he! he! Sebelah tengahari saya kabar cetera ini kepada En. Aris - pengusaha kantin. Tanpa berlengah bersegeralah ia menuju ke dewan sedangkan saya masuk ke kantin untuk menikmati keenakan cincau tin. Selepas minum saya menyusul ke dewan. En. Aris dah selesai merangka ucapan keramatnya di atas secebis kertas. Saya hanya melihatnya ketika dia nak mula menulis di atas kain rentang. Saya tak tunggu lama kerana ada murid bakal MRSM sedang menungguh di luar dewan untuk menandatangani borang permohonan. Apa En. Aris tulis yee...Tentu hebat kott.. maklumlah bekas pejuang negara..!! MERDEKA!!!

Alam Sekitar

Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
Alam dan manusia saling bantu membantu.
Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO