Sunday, January 6, 2013

Tidak Masuk Syurga Jika Putuskan Silaturahim


Rasulullah SAW bersabda dalam hadis riwayat Abu Daud: “Tidak halal seorang Muslim menjauhi kawannya lebih dari tiga hari. Sekiranya telah berlalu waktu tiga hari itu, maka berbicaralah dengan dia dan berilah salam. Jika dia telah menjawab salam, maka keduanya bersama-sama mendapat pahala. Dan jika dia tidak membalasnya, maka sesungguhnya dia kembali dengan membawa dosa. Sedangkan orang yang memberi salam telah keluar daripada dosa menjauhi itu.”
Lebih hebat lagi, haram memutuskan silaturahim terhadap keluarga yang Islam wajibkan untuk menyambung dan melindungi kehormatannya.

Berbuat baik kepada orang lain

Firman Allah SWT: “Dan takutlah kamu kepada Allah yang pada-Nya kamu meminta dan jagalah keluarga kerana sesungguhnya Allah Maha mengawasi atas kamu.” (Surah an-Nisa’, ayat 1)

Rasulullah SAW menggambarkan silaturahim ini dalam sabdanya: “Kekeluargaan bergantung di ‘Arasy. Ia akan berkata: Sesiapa menghubungi aku, maka Allah pun akan menghubunginya dan sesiapa yang memutuskan aku, maka Allah akan memutuskannya.” (Riwayat Muslim)

Sabda Baginda SAW lagi: “Tidak masuk syurga orang yang memutus.” (Riwayat al-Bukhari) Ulama mentafsirkan kalimat ‘memutus’ itu iaitu memutuskan silaturahim dan lainnya mentafsirkan dengan memotong jalan atau penyamun.

Silaturahim yang wajib bukan sekadar seorang kerabat menghubungi dan berbuat baik kepada yang lain kerana ia perkara biasa. Tetapi yang dimaksudkan silaturahim yang wajib ialah tetap menghubungi keluarga sekalipun mereka menjauhinya.

Sabda Nabi SAW: “Bukanlah orang yang menghubungi keluarga itu ialah orang yang menjamin tetapi dinamakan orang yang menyambung kekeluargaan ialah apabila keluarganya itu memutuskan dia, maka dia tetap menghubunginya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW pernah menjauhi tiga orang sahabatnya yang tidak mahu turut dalam peperangan Tabuk selama 50 hari sehingga bumi ini layaknya sempit dan hatinya merasa kebingungan, tidak ada seorang pun mahu bergaul dengan mereka, berbicara atau memberi salam.

Rahmat Ilahi

Begitulah sehingga Allah menurunkan ayat mengenai diterimanya taubat mereka. Dan pernah juga Rasulullah SAW menjauhi sebahagian isterinya selama 40 hari.

Memutuskan hubungan akan menghalang pengampunan dosa dan rahmat Allah seperti diterangkan dalam hadis riwayat Muslim (yang bermaksud): “Pintu-pintu syurga akan dibuka pada hari Isnin dan Khamis, kemudian Allah akan memberi keampunan kepada setiap orang yang tidak menyekutukan Allah sedikit pun kecuali seorang lelaki yang ada berpisah antara dia dan saudaranya. Maka Allah berkata: ‘Tangguhkanlah kedua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkan keduanya sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah keduanya sehingga mereka berdamai’.”

Jika dia berada di pihak yang benar, maka cukup kiranya pihak yang bersalah datang dan minta maaf dan dia hendaklah memberi maaf. Dengan demikian selesailah persengketaan dan haram hukumnya dia menolak permintaan maaf saudaranya.

Terhadap orang yang demikian, Rasulullah SAW memberikan ancaman bahawa pada hari kiamat kelak dia tidak akan masuk syurga.

Oleh: Ustaz Zahazan Mohamed

Artikel asal : Persolan Agama dari BH online - 06/01/13

Sunday, December 30, 2012

Keajaiban Bersedekah

Dipetik dari BH Online
27/12/12
Oleh Safarina Mohd Fathoni
Amalan jadikan mukmin tenang, raih ganjaran 700 kali ganda

Dewasa ini amalan bersedekah dan bantu-membantu sudah tidak asing lagi dalam kalangan penduduk berbilang kaum serta budaya di negara ini. Sikap ini terus berkembang merentasi sempadan dunia hingga sampai ke negara memerlukan bantuan.
Hal ini kerana semua fahaman agama yang berbeza mempunyai prinsip amalan nilai murni yang sama. Agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian, Sikh, malah ajaran fahaman Confucius dan Taoist juga mengajar penganutnya agar sentiasa menjaga kebajikan masyarakat sekeliling dengan cara berkasih sayang dan saling membantu.

Sesiapa yang membawa satu amal kebaikan, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya" - Surah al-Anam (ayat 160)

Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti lebih peka terhadap kesulitan dan kesusahan dihadapi saudara seagama di seluruh dunia. Apatah lagi apabila diuar-uarkan kisah penderitaan ditanggung saudara seagama sejak lebih 60 tahun lalu, tidak lain tidak bukan, rakyat di bumi Palestin.

Kenapa sedekah dan bantu-membantu itu sering beriringan? Ini kerana ia adalah dua sikap yang lebih kurang sama. Kita membantu orang yang berada dalam kesusahan, ia juga dikira sedekah. Malahan, senyuman manis dan perkataan baik yang mendamaikan hati dan telinga orang yang mendengar pun adalah sedekah.

Hadis Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah berkata: “Rasulullah SAW bersabda setiap anggota badan manusia bersedekah setiap hari selama matahari masih terbit. Kamu mendamaikan antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah, kamu menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, berkata yang baik itu adalah sedekah, setiap langkah berjalan untuk solat adalah sedekah, dan menyingkirkan suatu halangan dari jalan adalah sedekah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Namun, tidak pula dinafikan ada segelintir masyarakat kurang prihatin terhadap impak positif amalan sedekah terhadap dirinya dan juga masyarakat. Mereka berasa harta kurang apabila memberi selain berasa takut kehilangan barang kesayangan.
Mereka inilah yang kurang kefahaman dan keyakinan mengenai kelebihan bersedekah seperti yang dijelaskan di dalam al-Quran dan Sunnah.

Bagi yang kurang faham, bukalah hati dan minda untuk memahami betapa besarnya ganjaran yang Allah sediakan. Terdapat sifir mudah termaktub di dalam al-Quran di dalam Surah al-Anam, ayat 160, yang bermaksud, “Sesiapa yang membawa satu amal kebaikan, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya.”

Dalam hal ini, Pengetua Pondok Pesantren Daarul Quran Bulak Santri, Indonesia, Yusuf Mansur mempunyai penjelasan mengenai keajaiban sedekah.

Katanya, berdasarkan dalil al-Quran di atas, setiap kali kita memberi satu, kita akan mendapat 10. Asalnya, sekiranya kita ada 10, kita berikan satu pada orang lain yang memerlukan, baki yang kita ada ialah sembilan (10 – 1 = 9).

Tetapi apabila kita amalkan formula sifir ini dalam konteks sedekah, nilaian satu yang kita berikan itu akan digandakan dengan 10. Oleh itu, baki yang kita miliki selepas memberi satu tadi bukan sembilan, tetapi 19.

Ini adalah jumlah yang kita miliki selepas memberi atau bersedekah (1 x 10 = 10). Natijahnya, baki yang kita ada apabila ditambah dengan gandaan 10 tadi ia menjadi 19 (9 + 10 = 19 ). Jika beri dua, maka hasilnya akan dapat 28, dan begitulah seterusnya.

Jika kita memberi, memang secara zahirnya apa yang kita miliki itu akan berkurang. Namun, ia bertambah di sisi Allah SWT, malahan ganjarannya boleh sampai sehingga 700 kali ganda.

Firman Allah SWT bermaksud: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji, dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261).

Apabila memahami sifir sedekah di atas, maka yakinlah sedekah akan menjadikan kita kaya dengan sekelip mata. Masakan tidak kaya, apabila memberi satu, bukan berkurang, tetapi ditambah dengan gandaan 10. Malah boleh digandakan hingga 700 kali ganda.

Justeru, jadikan amalan sedekah bukan sebagai amalan kebetulan iaitu jika tidak ke masjid, tidak bersedekah. Jika bukan hari Jumaat, tiada yang mahu disumbangkan, tetapi jadikanlah ia sebagai amalan harian.

Kalau tiada yang meminta, kitalah yang mencarinya. Alangkah hebatnya seorang Muslim yang tidak akan tenang hatinya jika tidak dapat memberi dalam sehari.

Penulis adalah pelajar Kursus Bahasa Arab dan Komunikasi, dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Friday, December 28, 2012

Kembali ke LArAM

Lama sudah tidak indahkan blog ini. Sejak bersara dari perkhidmatan sepatutnya ada masa untuk menulis sesuatu pengalaman dalam blog.. Banyak masa dihabiskan dengan FB sahaja, kerana FB merupakan media sosial yang pantas sampai kepada kenalan berbanding blog. Kelebihan blog tetap mengatasi FB, di mana maklumat dalam blog lebih mudah untuk dirujuk berbanding dengan FB.

Sudah 8 bulan bersara, banyak berlaku perubahan aktiviti harian. Setiap pagi, jika tidak hujan menjalan aktiviti berjoging di dataran MDKL. Namanya joging tetapi hanya berjalan sahaja hingga hingga keluar peluh. Biasanya mengelilingi track sebanya 7 kali sudah memadi untuk berpeluh. Aktiviti jarang dilakukan semasa berkhidmat dahulu.

Peristiwa besar selepas bersara ialah mengadakan majlis walimatulurus puteri sulung  pada 27 Mei. Majlis berjalan dengan lancar.

Kesempatan untuk balik kampung lebih kerap. Pernah tiap-tiap minggu, samada bermalam atau balik hari. Terutama ketika membuat baik pulih atap dan lantai rumah (rumah mertua) yang telah rosak dan reput, disamping melihat ibu yang kurang sihat. Baik pulih itu di buat di akhir bulan 6 dan sempat disiap sebelum raya. Kali ini sering balik kampung melihat ibu (ibu sendiri).

Sebelum seminggu berpuasa mengikut rombongan sekolah berwisata ke Indonesia selama 6 hari (11-16 Julai). Banyak pengalaman menarik di sini. InsyaAllah satu catatan untuknya akan menyusul.

Tanggal 24 November  adalah majlis pertunangan puteri kedua dan majlis akad nikah dicadangkan 26 Oktober 2013.

Satu perancangan spontan yang diusul oleh puteri kedua ialah berwisata ke Padang - Bukittinggi pada 21-26 April 2013. Tiket penerbangan sudah dibooking secara online. Urusan pakej diuruskan oleh Jasper Travel & Tour Sdn Bhd.

-sekadar catatan ringkas




Sunday, February 13, 2011

Kisah pakar bedah Perancis memeluk Islam


http://www.izoblog.com/wp-content/store/islam-itu-indah.jpg

Ada diantara kita yang menolak Islam dan dengan jelas menghina hukum yang Allah telah tetapkan. Bukan sahaja rakyat biasa, malah ada pemerintah yang menghina Islam dengan jelasnya. Satu perkara yang sangat menyedihkan dan semoga tiap-taip yang dilakukan itu akan mendapat balasannya.

Hudud satu perkara wajib dilaksanakan. Kenapa masih takut untuk dibuat? Bagi aried, hanya mereka yang mencuri takut dilaksanakan hukum ini kerana tangan mereka akan dipotong. Jadi, jika benar tidak pernah mencuri, kenapa hendak takut? Pelik… Pasti anda juga pelik bukan?

Jauh benar beza antara pemikiran mereka dengan cendekiawan barat yang masuk islam selepas mengkaji mumia firaun yang berusia ribuan tahun lamanya. Ya, satu pendedahan yang amat hebat sekali!

Dia Peluk Islam Kerana Melihat Kebenaran Al-Quran Mengenai Fir’aun

Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Kisah Firaun dalam al-Quran
Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah:

“Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.
Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.
 
Sumber: Kelabgreenboc 
tulahan.blongspot

Monday, February 7, 2011

TAK BAIK MENGUMPAT

Penyakit hati yang punya sifat infeksi yang tinggi. Mari kita bacakan definisi mengumpat oleh Rasulullah

Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah pernah berkata, "Saudara-saudara tahu apa itu mengumpat?
Sahabat-sahabat beliau menjawab, 'Allah dan utusannya yang lebih tahu.'
Rasulullah berkata, "Mengumpat itu ialah saudara menyebut hal rakan saudara yang dia tidak suka.'
Ada orang bertanya, 'Apa pandangan tuan apabila saudara saya itu memang sifatnya speperti yang saya sebutkan?'

Rasulullah menjawab,

"Apabila dia memang begitu, maknanya saudara mengumpat kepadanya. Apabila dia tidak bersifat seperti apa yang saudara katakan, bererti saudara memfitnahnya."

[H.R Muslim]

Sungguh mudah bagi kita untuk menceritakan perangai buruk tentang orang lain dan sukar untuk berbuat sebaliknya. Mudah itu dalam kedua-dua keadaan, iaitu dalam sengaja dan tidak.

Terkadang risau bila melihat rakan-rakan berkumpul disatu tempat sama ada untuk makan atau beristirahat. Kerana tema tajuk utama perbualan biasanya adalah tentang kelemahan manusia selain mereka. Bosan menceritakan kelemahan 'kenalan' mereka yang memang sudah nyata, tema perbualan berubah kepada sangkaan sifat buruk kenalan tadi.

"aku rase die ni ... ... ..., sebab tu die ... ...".
"ala, die tu .. .. .., mcm ko tak biase pulak dengan perangai die"

Firman Allah tentang perkara ini.

"Wahai orang-orang beriman!. Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip ataupun mencari kesalahan dan kaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seorang daripada kalangan kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? Apabila demikian mengumpat, sudah tentu kamu jijik padanya. Oleh itu, larang-larangan itu perlu dipatuhi dan bertakwalahkamu kepada Allah. sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi maha mengasihani."

-surah al-Hujarat, ayat 12-


Mengumpat sudah seperti suatu budaya. hampir dimana saja ada orang berkumpul, tentu ada lidah yang mengumpat. Tidak kisah jantina. Bila ditegur, kata mereka "macamlah kau tak biasa".. Yang salah dirasakan betul kerana yang salah itu sudah dijadikan budaya. yang salah dijadikan betul bila nafsu menguasai jiwa. yang salah dilihat seperti betul kerana hati telah buta.

Nasihat dari Allah bila berhadapan dengan situasi sebegini;

"Dan apabila kamu melihat orang yang memperkatakan ayat-ayat kami dengan cara mencaci ataupun mengejek, tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain. Apabila kamu dilupakan oleh syaitan, lalu kamu duduk bersama mereka, janganlah kamu duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah kamu teringat larangan itu."

-surah al-An'am, ayat 68-


bukan mudah untuk mengubah tajuk perbualan yang sedang hangat, tapi cubalah beberapa kali. jika tidak berjaya maka jauhkanlah diri darinya dan jika tidak terdaya duduk diam tanpa mengambil bahagian dalam perbualan itu.

Sabda Rasulullah s.a.w

"Barangsiapa diantara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia merubah dengan tangannya; bila ia tidak mampu, maka dengan lisannya' dan kalau tidak mampu maka dengan hatinya. yang demikian itulah selemah-lemah iman."

-h.r. Muslim-

Kerana jika kita tidak menegahnya, dan hanya duduk mendengar, khuatir kita dikira bersubahat dan mendapat ganjaran yang sama dengan mereka yang mengumpat.

Abu Darda' melaporkan, Rasulullah s.a.w bersabda

"Orang yang mempertahankan maruah saudaranya, Allah jauhkan api neraka daripada mukanya pada Hari Kiamat"

[H.R Tirmizi]


Jauh dari mukanya dimaksudkan jauh dari pandangannya. Tidakkah kita ingin perkara ini berlaku pada kita di hari pembalasan?

Tidakkah kita ingin bergelar muslim yang terbaik oleh Rasulullah?

Musa Asy'ari bertanya

"Wahai Rasulullah, siapakah orang islam yang paling baik?

Rasulullah menjawab

" Orang yang menyebabkan semua orang Islam selamat daripada lidah dan tangannya."

[H.R Bukhari dan Muslim]


Akhir sekali, Jaga Lidah kita! Jaga Hati kita! Jaga Iman kita! jangan sampai kita dilaknat oleh Allah s.w.t!

"Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela"

[Al-humazah, ayat 1]

Beramallah kita seperti seorang muslim sehingga kita dapat melaungkan "Saksikanlah! aku seorang muslim!" tanpa ragu.

wallahualam.


Sumber: Portal Islam Murabbi

Friday, February 4, 2011

APA ADA DLM MEE SEGERA


Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).


BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.


Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
 
sumber: KedahLanie.info

Thursday, February 3, 2011

Rahsia Penciptaan Buah Delima

Oleh:
Norkumala bt. Awang
Pegawai Penyelidik IKIM

 
Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah SWT yang bermaksud,"Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima." (Surah al-Rahman ayat 68)

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayat-Nya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai *pinica granatum* dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa a.s. lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.

Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.

Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaan-Nya sebagaimana yang termaktub dalam firman-Nya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung-kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.



Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.

Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah-buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman."

Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.

Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan Melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional Melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah-olah dibiarkan begitu sahaja.

Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia.

Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah Taala.

Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakan-Nya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

via blog: IkutSukaAku-Isa

Sunday, January 30, 2011

CATATAN KULIAH SUBUH 30/01/11

Penyampai Ust. Salahuddin [catat ini hanya berdasarkan kepada ingatan sahaja]
Penceramah mulakan kuliah dengan memaklumkan beliau kurang sehat kerana sakit kaki (gaut). Sempat bercerita asal usul penyakit gaut. Manusia pertama terkena penyakit gaut ialah Firun. Allah memberi 5 kelebihan kepada Firun. Satu daripadanya ialah mampu memerintah air sungai berhenti dari mengalir. Kelebihan ini dalam ilmu aqidah di sebut sebagai istijraj. Dengan kelebihan ini Firun mendakwa diri sebagai Tuhan.  Dakwaan Firun ini, Iblis yang berada berdekatan dengannya menjadi terkejut kerana Iblis lebih jahat dari manusia, tak sanggup mengaku sebagai Tuhan... hebatnya manusia Firun ini..Lantaran itu menurut penceramah, Allah s.w.t. uji Firun dengan penyakit gaut. Firun mengubat kaki dengan merendam kaki di Hamam Firun iaitu tandas Firun. Tandas ini bukan untuk buang air atau besar. Di tempat tersebut ada kawasan air panas dan di situlah Firun merendamkan kakinya. Kawasan ini sekarang adalah salah tempat kunjungan para pelancong..
Pencermah menceritakan beliau terkena gaut di bukit Tursina atau bukit Nabi Musa iaitu tempat Nabi Musa bertemu dengan Allah s.w.t. dan bila turun dari bukit Nabi Musa a.s dibekalkan dengan Kitab Taurat. Untuk naik ke bukit bekenaan mengambil masa 5 jam. Penceramah naik waktu tengah malam dan sampai ke atas waktu subuh. Bila turun semula ke bawah, kakinya berasa sakit dan perjumpa dengan tuan gurunya di Azhar Universiti. Tuan gurunya menjelaskan, "jika Nabi Musa a.s menerima Kitab Taurat untuk mengingati Allah, maka anda dibekalkan sakit untuk cara mengingati Allah". 
.........................................
Kita sering memikirkan pagi ini nak sarapan apa? Semasa sarapan nanti, fikir lagi nak makan apa tengahari nanti? Begitu seterusnya nak makan apa petang dan malam nanti!! Makanan ini hanya untuk makanan jasad/fizikal kita sahaja! Adakah terfikir makanan untuk rohani/roh kita? Makanan roh/rahani tidak banyak menunya berbanding makanan untuk jasad/fizikal. Makanan roh/rahani inilah menyelamat kita di alam barzah dan alam akhirat nanti..Jasad kita di alam barzah akan hancur dimakan ulat dan cacing. Fakta yang tak boleh dinafikan. Tetapi roh kita terus hidup. Bagaimana cara hidup kelak bergantunglah bagai tuannya melayan roh ini semasa hidupnya di muka bumi ini. Roh yang diberi santapan yang baik-baik, baiklah natijahnya dengan menyelamatkan tuannya di alam barzah dan alam akhirat, begitulah sebaliknya. 
Makanan roh/rohani ini ialah banyak membuat amalan-amalan pahala dan jauhi amalan-amalan dosa. Buat apa yang Allah dan RasulNya dan tinggalkan apa yang ditegah atau dilarang.
Jika solat berjemah dapat 27 darajah, maka solat berjemaahlah di masjid atau di surau. Duduk mendengar pengajian di masjid atau surau akan dinaungi para malaikat dengan melebarkan sayapnya dan berdoa kepada Allah agar merahmati mereka yang mendengar pengajian, mala lapangkan waktu untuk duduk mendengar pengajian. Jika berpuasa, berpuasalah dengan ikhlas dan sabar, bukan berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Maknanya amalan Rukun Islam kita hendaklah mantap dan istiqamah. Begitulah amalan Rukun Islam hendak benar dan sohih.
.....................................
Bentuk kehidupan di alam barzah, amalan kita di dunialah yang menentukan. Adakah roh kita hidup bahagia atau sebaliknya? Adakah soalan Mungkar dan Nangkir mampu dijawab atau tidak, walaupun soalan-soalan telah bocor! Rajin-rajinlah baca al-Quran sekurang-kurang lima (5) ayat sehari, kemudian baca terjemahannya dan kemudia amalkan.. kerjakan sembahyang secara berjemaah, bila berjemaah kenal jiran tetangga...buat baik dengan tetangga dan kenali mereka ajaklah mereka berbuat baik..
Alam akhirat nanti, jasad yang hancur samada diperut bumi, di perut ikan atau di binatang akan dihidupkan kembali dan bergabung semula dengan roh mereka. Ketika ini, mulut terkunci tidak boleh berkata-kata. Tangan diberi kuasa Allah untuk berkata-kata melaporkan apa yang dilakukan tuannya ketika di dunia dahulu dan kaki menjadi saksi.. Berbahagialah jika hidup di dunia ini amalan kita ialah apa yang Allah dan RasulNya perintah kita laksana dengan baik dan penuh kapatuhan, dan setiap larangan kita tinggal dengan penuh keinsafan dan ketakwaan.
....................................
Jangan kita rosakkan akidah kita ketelanjuran lidah. Seperti "hebatnya orang Hindu boleh cucuk besi, kait mata pancing dan macam-macam lagi  di badan mereka"  Ini yang dinamakan istijraj seperti yang diberikan kepada Firun itu. Allah memberi kelebihan ini ialah untuk menambahkan kesesatan mereka lagi.
....................................
Penceramah menjelaskan seseorang yang mampu menghafaz al-Quran 30 juzu', gelarannya bukan al-Hafiz seperti yang berlaku hari ini, yang telah digunakan oleh semua orang. Al-Hafiz adalah gelaran untuk mereka yang hafaz 200 ribu hadis. Mereka yang dapat menghafaz 1.5 juta hadis digelarkan al-Imam, seperti Imam al-Bukahari, Imam Malik, Imam Hanafi dan lain-lain lagi. Gelaran untuk yang hafaz al-Quran ialah al-Qari atau al-Muqri.  
....................................
[Tambahan dari pencatat]
Jangan rosakkan akidah kita dengan amalan syirik.  Syirik ada 2. Syirik nyata dan syirik tersembunyi. Syirk nyata ialah menyembah patung, berhala dan seumpamanya. Syirik tersembunyi ialah anggapan ada kuasa lain yang mengatasi kuasa Allah, seperti "ubat panadol inilah menyembuh sakit kepala saya, sabun feb ini membersihkan baju saya" atau apa-apa seumpamanya boleh menjejaskan akidah kita. Dalam perkara ini hendaklah kita sandarkan semua benda itu adalah alat atau bahan sahaja dan yang mengizinkannya berfungsi ialah Allah.  Waulahu'alam.

Sunday, January 23, 2011

MAKANAN YANG BAIK

Daripada Abu Hurairah ra meriwayatkan, katanya Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah itu baik, dia tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya  Allah memerintah orang mukmin dengan apa yang diperintahkanNya kepada semua Rasul dengan firmanNya (seperti yang tersebut dalam hadis yang bermaksud): Wahai sekalian Rasul! Makanlah makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang soleh. FirmanNya lagi: Wahai sekalain orang yang beriman, makanlah makanan yang baik yang telah Kami beri rezeki kepada kamu. Kemudian baginda menyebut, seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit (berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! pada hal makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram. Makan bagaimanakah akan diperkenankan doanya!              -Muslim

1. Tuntutan perihatian kedapa makanan, minumana dan pakaian

Makanan, minuman dan pakaian adalah sebahagian daripada keperluan  hidup manusia. Kita perlu mengambil makanan yang mengandungi pelbagai jenis zat yang terdiri daripada karbohiderat, protin dan vitatamin. Pengambilan makanan yang seimbang membantu pertumbuhan badan dan melindungi diri dari serangan penyakit. Makan dan minuman kita mestilah dari sumber yang halal. Oleh sebab itu, Islam mewajibkan umatnya mencari penghidupan pekerjaan yang halal.


Makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan pada keseluruhannya halal kecuali yang memudaratkan atau bercampur dengan dengan benda-benda yang haram. Manakala makan daripada haiwan yang halal wajib disembelih terlebih dahulu. Makan dari sumber laut pula halal dimakan kecuali yang beracun.

Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat dan bersopan. Islam tidak menegah umatnya berpakaian cantik dan berjenama mahal asalkan pakaian tersebut bersih, kemas dan menepati ciri-ciri yang digariskan oleh syarak. klik sini

2. Hikmah memilih makanan dan minuman yang baik

Makan dan minuman memberi kesan kepada pembinaan fizikal dan mental seseorang. Oleh itu, kita perlu memilih makanan dan minuman yang berkahsiat.
Hikmah menjauhi makanan dan minuman yang haram:

- Menjaga kesihatan badan
- Memelihara kewarasan akal
- Menjaga marwah diri
- Dimakbulkan doa
- Mendapat pahala kerana mengikut sunnah
- Menjauhkan diri daripada azab neraka.

3. Hubungan makanan, minuman dan pakaian dengan ibadah

Dalam kehidupan seharian, kita sering berdoa supaya diberikan sesuatu yang dihajati dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan hati. Kadang-kadang kita merasakan seolah-olah doa kita tidak dimakbulkan Allah dan solat yang ditunaikan tidak mencegah daripada perbuatan mungkar.

Salah satu sebab doa seseorang tidak dimakbulkan Allah adalah berpunca daripada pengambilan makanan dan minuman yang haram dan memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Oleh itu, umat Islam perlu sentiasa perihatin menentukan makanan, minuman dan pakaian agar tidak melanggar batas-batas syarak. Jelaslah bahawa ibdat yang kita lakukan mempunyai kaiatan rapat dengan cara pengambilan makana, minuman dan pakaian seharian.

4. Rukhsoh* makan dan minuman yang haram.

Umat Islam diharamkan makan makanan dan minuman yang haram sperti bangkai, arak dan dadah. Walau bagaimanapun dalam keadaan darurat umat Islam diharuskan makan dan minum yang diharamkan berdasarkan firman Allahu ta'ala yang bermaksud: ....maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurah) sedang dia tidak berlebihan dan tidak pula melampaui batas (pada qadar benda yang di makan itu)' maka tidak berdosa atasnya..
Surah al-Baqarah: Ayat 173

Seseorang yang terpaksa makan makanan yang haram hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Hanya terdapat makan atau minuman yang haram sahaja.
2. Makan atau minum sekadar menyelamatkan nyawa.
3. Makan atau minum bukan untuk kenyang.

5. Hikmah rukhsoh makan dan minum yang haram dalamkeadaan darurah

1. Islam mewajibkan menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga.
2. Memberi kelonggaran ketika darurah kepada umat Islam untuk meyelamatkan nyawa.
3. Melambangkan bahawa ajaran Islam tidak membebankan bahkan memudahkan umatnya.

Jelaslah bahawa wajib kepada umat Islam untuk menjaga diri dan keluarga daripada terjerumus ke lembah kebinasaan.


*Rukhsoh ialah mengharuskan yang diharamkan kerana darurah tetapi kekal pengharamannya apabila hilang darurah.

Sumber: Pendidikak Islam Tingkatan 4

Wednesday, January 12, 2011

Kembali ke- blogspot...

Rasanya agak lama juga tidak menjengah ke blogspot.com ini kerana di landa oleh wabak FB yang begitu hebat dan masih melanda lagi. Hari2 buka buka FB hingga melupakan BS. Namun gerak hati nak menulis semula di BS mula timbul kembali.  Catatan yang harus diketenghkan untuk difikir dan direnung bersama ialah lunturnya sifat terima kasih atau bersyukur di kalangan anak-amak murid (anak-anak kita) hari ini!
Tandas sekolah yang baru sahaja siap dibina telah mula dirosakkan. Selak pintu luar dalam dah hilang dan dua pintu berlubang, cuma belum tembus terus. Kalau dah tembus adalah nanti mata mencuri masuk sama....
Murid prihatin datang komplin...Jawapannya bila ke tandas nanti bawa seorang pengawal. Kalau pintunya dah tertanggal, ganti dengan tirai jee. Jimat kos!! Lepas ni mungkin tak berlaku lagi vandalisme.....

Thursday, July 1, 2010

DOA SOLAT HAJAT PEPERIKSAAN SEMPENA QIAMULLAIL

 Pembuka doa...

Ya Allah ya Tuhan kami...
Pada pagi yang hening ini, kami tinggalkan keenakan mimpi semata-mata untuk mendapatkan keredaan dan rahmatMu terhadap apa yang kami usaha dan harapkan..
Untuk kali ini ya Allah.. Engkau tunaikan dan penuhkanlah hajat dan harapan kami ya Allah...iaitu kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan besar yang bakal kami tempohi di penghujung tahun ini.
Ya Allah... ya Tuhan kami....
Harapan ini juga merupakan harapan keluarga kami terutama ibu bapa kami. Mereka mengharapkan kami ya Allah...
Mereka telah banyak berkorban untuk kami ya Allah...Engkau sedia ketahui ya Alah betapa pengorbanan mereka itu....
Hitam kulit ayah dibakar mentari mencari rezeki untuk kami...bertungkus lumus bekerja dari pagi ke petang ... atau dari petang ke pagi mencari bekalan hidup untuk kami..
Cengkung mata ibu menjaga dan melayan kerenah dan kenakalan kami.. ya Allah.
Oleh itu ya Allah... apakah patut kami balas pengorbanan mereka itu dengan kehampaan.... jangan ya Allah Engkau akhiri perjalanan ini dengan kekecewaan dan kedukaan...
Ya Allah ya Tuhan kami...
Kami ini anak pertama dalam adik beradik kami...sebagai anak sulung ya Allah...kami perlu kejayaan ini kerana kami akan menjadi contoh dan pendorong adik2 kami kelak..seandainya kami gagal ... kami diangap sebagai punca kegagalan dalam keluarga kami...
Ya Alah ya Tuhan kami....
Kami ini anak kedua..ketiga..keempat atau seterusnya yang menjadi harapan ibu bapa untuk membawa sinar kejayaan keluarga kerana anak2 terdahulu tidak begitu terserlah kejayaannya..patutkah ya Allah, kami muramkan kembali keluarga ini tanpa kejayaan yang cemerlang...
Ya Allah ya Tuhan kami....
 Kami ini bungsu ya Allah...lantaran itu mereka tidak ada anak lain untuk memenuhi harapan mereka. Hanya kami harapan kami... hanya kami..
Ya Allah... jangan Engkau teruskan kekurangan dalam hidup mereka Ya Allah.. namun begitu ya Allah kami tetap bersyukur dengan tahap pencapaian abang2 dan kakak2 kami ya Allah...apa yang kami mahukan ya Allah ialah lebihkanlah kami dari mereka ...jadikan kami kebanggaan keluarga...lantaran itu kurniakanlah kami dengan kejayaan yang cemerlang..
Ya Alla ya Tuhan kami...
Pada pagi yang hening ini ... semua keluarga kami sedang dibuai mimpi harapan...Kami terbayang wajah ayah...kami terbayangkan wajah ibu...terbayangkan wajah abang, kakak  dan adik2.. satu-satu kami bayangkan, kami bayangkan bagaiamana wajah mereka apabila kami berjaya... dan bagaimana wajahnya jika kami sebaliknya..
Ya Allah...tolonglah dan bantulah kami...hanya Engkaulah ya Alah yang mampu memberi pertolongan itu...ya Allah Engkau permudahkanlah perjalanan ini..
Ya Allah ya Tuhan kami...ketika kami bermohon ini...guru2 kami kami turut menyertai kami menyaksikan dan mendengar rayuan  kami. Oh Tuhan alangkahkah malunya kami ...sekira Engkau akhir alam persekolahan kami dengan kehampaan dan kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhan kami...
Berikan kami kesihatan tubuh badan, kecergasan akal dan kecergasan fizikal...agar kami mampu menempoh onak dan duri yang sedang kami lalui ini.

[doa penutup]


Sunday, April 18, 2010

Orang Hindu Nabinya Juga Nabi Muhammad SAW....

Seorang professor bahasa dari ALAHABAD UNIVERSITY INDIA dalam salah satu buku terakhirnya berjudul “KALKY AUTAR” (Petunjuk Yang Maha Agung) yang baru diterbitkan memuat sebuah pernyataan yang sangat mengagetkan kalangan intelektual Hindu.

Sang professor secara terbuka dan dengan alasan-alasan ilmiah, mengajak para penganut Hindu untuk segera memeluk agama Islam dan sekaligus mengimani risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw, kerana menurutnya, sebenarnya Muhammad Rasulullah saw adalah sosok yang dinanti-nantikan sebagai sosok pembaharu spiritual.

Prof. WAID BARKASH (penulis buku) yang masih berstatus pendeta besar kaum Brahmana mengatakan bahawa ia telah menyerahkan hasil kajiannya kepada delapan pendeta besar kaum Hindu dan mereka semuanya menyetujui kesimpulan dan ajakan yang telah dinyatakan di dalam buku. Semua kriteria yang disebutkan dalam buku suci kaum Hindu (Wedha) tentang ciri-ciri “KALKY AUTAR” sama persis dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah Saw.

Dalam ajaran Hindu disebutkan mengenai ciri KALKY AUTAR diantaranya, bahwa dia akan dilahirkan di jazirah, bapaknya bernama SYANUYIHKAT dan ibunya bernama SUMANEB. Dalam bahasa sansekerta kata SYANUYIHKAT adalah paduan dua kata yaitu SYANU artinya ALLAH sedangkan YAHKAT artinya anak laki atau hamba yang dalam bahasa Arab disebut ABDUN.

Dengan demikian kata SYANUYIHKAT artinya “ABDULLAH”. Demikian juga kata SUMANEB yang dalam bahasa sansekerta artinya AMANA atau AMAAN yang terjemahan bahasa Arabnya “AMINAH”. Sementara semua orang tahu bahawa nama bapak Rasulullah Saw adalah ABDULLAH dan nama ibunya MINAH.

Dalam kitab Wedha juga disebutkan bahwa Tuhan akan mengirim utusan-Nya kedalam sebuah gua untuk mengajarkan KALKY AUTAR (Petunjuk Yang Maha Agung). Cerita yang disebut dalam kitab Wedha ini mengingatkan akan kejadian di Gua Hira saat Rasulullah didatangi malaikat Jibril untuk mengajarkan kepadanya wahyu tentang Islam.

Bukti lain yang dikemukakan oleh Prof Barkash bahwa kitab Wedha juga menceritakan bahwa Tuhan akan memberikan Kalky Autar seekor kuda yang larinya sangat cepat yang membawa kalky Autar mengelilingi tujuh lapis langit. Ini merupakan isyarat langsung kejadian Isra’ Mi’raj dimana Rasullah mengendarai Buroq.

10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa....

Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabatnya, mungkin kita akan tahu, apa kehendaknya....

Berbakti kepada ibu bapa ada banyak cara. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian. Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah.
Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal.
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa. Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang.
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat. Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian.
Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa. Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri. Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan.
Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya. Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah?? Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai.
Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat. Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi). Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka. Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23). Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan.
Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa. Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama.
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia. Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Sumber: tazkirah blogspot.com

Saturday, April 17, 2010

Senarai makanan haram....sila ambil panduan....


BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS, UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
3. Ajinomoto ( Thailand )
4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
5. Semua tauhu buatan Orang Cina
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
7. Sabun FAB berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL) 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
7. Mee Kering ( sanggol )
8. Semua sabun mandi yang diimport
9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam16. Sabun Mandi Yang Berminyak
15.Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Uba
t13. Ais Krim dalam bekas plastik
14. Gula-gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady's Choice
18. Semua jenis Jelly
19. Semua jenis gincu bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady's Choice Jelly

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
1. BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
2. PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
3. MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
4. RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
5. SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
6. KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
7. TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberitahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.
TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Friday, February 26, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

"SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU BAGI TUHAN SELURUH ALAM." MAKSUD AL-QURAN

MAKANAN LOGO HALAL ADA KANDUNGAN BABI


Makanan Keluaran Apollo HARAM dimakan !
Kepada semua pengguna2 Muslim,  

Saya ingin menasihati anda semua supaya berhenti membeli semua keluaran Apollo Food Industries terutamanya ibubapa yang selalu membeli makanan seumpama layer cake, choco stick dan sebagainya yang selalu keluar iklan di TV . Kejadian ini berlaku kepada saya sendiri.
 

Saya selalu juga membeli apollo layer cake dlm kuantiti yg banyak untuk anak2 saya sebagai makanan ringan. Anak2 juga selalu mendapat product Apollo setiap kali ada majlis harijadi disekolah (goodie bag yg disediakan oleh parents kepada birthday girl/boy tersebut).
 

Selama ini saya ingatkan product Apollo ni HALAL sebab keluar kat TV..kalau tak halal, takkan TV boleh lepas ye tak?
 

Nak jadikan cerita, suatu hari, saya membeli APOLLO CHOCOLATE LAYER CAKE yg plastik pembungkusnya berwarna kuning . Anak2 sempat makan sorang satu. Entahlah, sudah menjadi tabiat saya, suka membaca ingredient yg tertera pada pembungkus makanan, hatta ubat gigi, syampoo dan sebagainya, saya juga suka membaca. Mungkin saya mengambil langkah berjaga2 agaknya.
 

Tetiba saya terpana bila apa yg saya takuti akhirnya terjadi kepada saya & keluarga sendiri... APOLLO layer cake yg saya beli mengandungi Emulsifier 471, yg kita sudah maklum, mengandungi unsur babi.. Astaghfirullah... Astaghfirullah... Astaghfirullah.. banyak kali saya beristighfar, kerana anak2 saya sudah memakan cake tersebut.
 

Saya terus memberitahu mereka supaya jgn lagi memakan APOLLO... APOLLO HARAM DIMAKAN !
 

Saya sertakan SCAN FILE pembungkus APOLLO yg saya maksudkan... Maaflah kerana Black & White kerana saya x ada scanner kaler.
 

Saya harap kawan2 sume tolong sebarkan kepada jiran2, kawan2 seagama supaya memesan kepada anak2 kita, jgn lagi memakan product apollo ini.. Bukan saja Apollo Chocolate layer cake, tapi kita patut BANNED semua product keluaran APOLLO kerana semua productnya dikilangkan dikilang yg sama, mesin yg sama, bercampur yg halal dan haram...

Yang buat saya paling sedih, Ada logo HALAL pada plastik pembungkus APOLLO tersebut...
 

Marilah kita sama2 membenteras penipuan ini dan semoga Allah ampunkan dosa2 kita yg telah termakan benda haram ni...
 
Kod babi pada makanan
Kod babi pada makanan proses, mungkin ada yang sudah mengetahuinya, kepada yang belum silalah ambil perhatian kepadanya.
If any products has been listed with these codes please do not buy them since the source of fat is PIG FAT. Therefore, it is good if every Muslims are to remember these codes (and beat those unscrupulous capitalist at their own game).!
Emulsifiers yg HARAM:
E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270 E280 E325, E326, E327 E334 E335, E336 E337 E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.

 Sumber Dari Email

Monday, February 22, 2010

MAULIDUR RASUL

SEJARAH RINGKAS

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.

Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.

Oleh kerana amalan bid’ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama’ telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya).

HUKUM MAULID

Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Ulama’ berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama’-ulama’ yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka. Di dalam artikel ini, akan dilampirkan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar.

HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL

Antara ulama’ yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan.

Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti: "Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".

Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan: “Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat.”

Berkata pula Syeikh Atiah Saqr: “Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid’ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat.”

Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini.
Beliau berkata(ringkasan): “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa’d Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.

Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid’ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid’ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam.”

Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:

1) Allah berfirman: “maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung.” - Al-Araf: 157 Keterangan: Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah: “Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.”-Ibrahim. Ayat 5 Keterangan: Al-Baihaqi di dalam “Syakbu al-Iman” daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.”

3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.” Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu.” – [Riwayat Bukhari dan Muslim.]

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum: - Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi’raj dan lain-lain. - Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.” Keterangan: Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

HUJAH MENENTANG MAULIDUR RASUL

Berikut antara pendapat yang menentang bersertakan hujah mereka:
1) Nabi Muhammad saw tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi saw telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari:

Baginda bersabda, “Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, ‘hamba Allah dan pesuruh Nya.”(Au Qoma Qol)

Apa yang telah disuruh Rasulullah saw hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah:

Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”

“…Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat “ . [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

2) Para sahabat Rasulullah dan juga umat Rasulullah saw pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw lebih dari umat terkemudian..
Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka. Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan. Perayaan Maulid Nabi datang beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid’ah berleluasa.

3) Allah berfirman di dalam Al-Quran:

Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu,Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "

Katakanlah, "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (QS. 3:31-32)

Ayat di atas menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah saw. Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi buktinya ialah menuruti apa yang Rasulullah saw bawakan. Manakla ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaati adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang kafir.

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. (QS. 5:3)

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. 33:21)

4) Kata-kata sahabat Rasulullah saw:

Huzaufah Ibnu Al-Yamaan ra berkata : "Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya"

Dan berkata Ibnu Mas'ud :"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

Rujukan:
www.islam-qa.com
http://www.islamonline.com/
http://www.surau.ladang.net/
http://islam.tc/ask-imam/index.php
ww.bicaramuslim.com

Artikel ‘The Milaad-A Caution against Innovation’ oleh Sheikh `Abdul `Aziz bin `Abdullaah bin Baaz Tafsir Al-Quran Pimpinan Ar-Rahman

Alam Sekitar

Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
Alam dan manusia saling bantu membantu.
Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO