Tuesday, September 30, 2008

SMS Hari Raya

Assalamualaikum wbth. Semoga Allah semtiasa merahmati dan melindungi tuan sekeluarga. Saya ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dab Batin. Sender: Cg. Mahyani

Salam.. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin semoga dirahmati Allah. dpd Zolkefli Johar s'keluarga..

ASSALAMUALAIKUM....

KUIH TALAMDICAMPUR PANDAN,
DIADUN AWAL MENUNTUT SABAR,
SAYU MENDALAM DITINGGAL RAMADAN,
KEMENANGAN SYAWAL ALLAHUAKBAR.

BATU TIARA RAMAI BERKENAN
CAHAYA MENGGAMIT KILAUAN MERESAP
SYAHDU GEMBIRA DALAM KEAMPUNAN
TAKBIR DAN TAHMID MENYIPUL INSAF.

MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN
SILATURAHIM ERAT TERJALIN
SALAM AIDILFITRI SUBUR MENGAMIN.....!

*INGATAN MESRA TULUS-IKHLAS DRP MOHD ARIF HJ ATAN SERTA KELUARGA.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin - Us. Zubaidah

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. All The Best The Time! -Mr. Maniam Subrayan

300908

DIUCAPKAN SALAM AIDILFITRI BUAT SEKLG, POHON AMOUN DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN SERTA HALALKAN SEGALANYA. SEMOGA SEJAHTERA DUNIA & AKHIRAT - SAMSUDIN & FAMILI

SALAM: Selamat hari raya, maaf zahir batin . drpd Hj Jumiran sekeluarga

Ya ALLAH, awl syawal yang barkah ini, muliakan dan sygi sdaraku yg sdg bc sms ini. Bhgiakn klrgnya, shtksn tubuh bdnnya, b'kati rzkinya, kuatkn imannya. Beri knkmtn ibdh, jauhkn dr fitnah. Suburkan benih KEISLAMAN dgn pnh rs ksh syg tanpa alsn. Amin Ya ALLAH Amin. Slmt Hari Raya Aidilfitri, Maaf, Zahir dan Batin... dr Yazid sekeluarga.

Biar syawal disambut penuh kegembiraan.....tak terubat dek kesedihan meninggalkan ramadhan, hanya doa mampu dipanjatkan agar segala amal dterimaNya & diberi peluang mengecapi ramadhan mendatang- "Slmt Hr Raya Aidulfitri", maaf zahir batin dr HASNI & klrg

Rumah Dihias Bagai Istana, Buat Persiapan Di Hari Raya, Jariku Susun Maaf Ku Pinta, SMS ku h hantar Pengganti kad raya. Selamat Hari Raya; dr Ramlan sekeluarga.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin .... Yusof sekeluarga

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin - Roslan

Eden nak ucap Selamat hari rayo ampun maaf setelus hati seikhlas jiwa zahir dan batin yg nyato atau yg tidak! Dari Aris n family!

Tanganku hulur x kesampaian. Senyumku ukir x kelihatan. Sms ku kirim tanda ingatan. Di hari raya kita bermaafan. Selamat Hari Raya Adil Fitri. Maaf Zahir Batin. - Didi

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin. - Suhaimi (anak angkat)

Andai HARTA adalah RACUN, ZAKATlah PENAWARnya. Jika SELURUH UMUR adalah DOSA, TAUBATlah UBATnya. Jika SELURUH BULAN adalah NODA, RAMADHANlah PUMUTIHnya. Andai keSILAPan pemutus SILATURAHIM, SYAWALlah peNYAMBUNGnya..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN. - Che Zainun.

Salam.. Malam-malam pasang pelita.. Terang benderang di hari raya.. Salam dihulur maaf dipinta.. semoga bahagia di hari muli. Salam SYAWAL. Maaf zahir dan batin. -Rafiah

Muflis yang sbnar org yang mbw amal yg byk diakhirat, namun x ckp utk diagihkan kpd org yg dzalimi ddunia, lalu dcampakan kdlm neraka. Orang pngampun ddunia akn diampunidakhirat. Org btakwa mulia dcc allah dan smua mahukannya. Semt hr raya Aifitri maaf zahir batin, dlm bgmbira jgn lp yg bduka, smg dlam kcriaan, kbhgiaan, kbrkatn dan keampun. -Yunus

Bakar lemang sambil berdiri, untuk juadah di aidilfitri, nak hantar posmen dah cuti, sms aje jadi penggant, Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & batin... -Mulia

LaUnGaN TaKbiR dPaGi HaRi, MmEcAh sUnYi kEriAnGn bSeRi, SMS pGaNti kAd RaYa & DiRi, BkN LuPakN tRaDsi tP iKuT tKnoLoGi d UjuNg jAri. SLm MaaF d AiDiLfiTri....- Dayang (anak angkat)

Sunday, September 28, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Kepada Semua Warga SMK Telok Datok Diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Semoga Sentiasa Berada Dalam Sehat Sejahtera.
Kepada Anak-anak Murid Yang akan Menghadapi Peperiksaan
PMR, SPM dan STPM Selepas Hari Raya Nanti Semoga Tabah Menghadapi
Perjuangan Ini. Semoga Kejayaan Sentiasa Bersama Anda.
AIDILFITRI HARI KEMAAFAN
MENGHAPUS KESALAHAN SESAMA INSAN
MEMUPUK PERSAUDARAAN SETARA EHSAN
MENGIKAT SILATURAHIM KEARABAN
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Saturday, September 27, 2008

Adakah Kita Termasuk Orang Yang Bertaqwa

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:“Tidak sampai seseorang hamba keperingkat golongan orang-orang bertaqwa, sehinggalah ia tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan sentiasa berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yang menimbulkan keraguan (perkara-perkara Syubhat)”.

Riwayat at-Tarmizi

Huraian :
1. Untuk mencapai ketahap taqwa seseorang itu hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang meragukan.2. Umat Islam diingatkan supaya berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara lebih-lebih lagi berkaitan dengan sesuatu yang haram.3. Seseorang itu belum lagi dikira bertaqwa, selagi masih melakukan perkara-perkara yang syubhat, kecuali apabila ia meninggalkan perkara-perkara yang haram dan syubhat tersebut, serta beramal dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.
Sumber: Jakim

Kursus Menjelang Syawal

Jam 9.30 pagi 22. September 2008 terima fax dari BPI, KPM untuk Kursus Pelaksanaan Kajian Tindakan (Action Research) Pendidikan Islam. Pada mula agak terkedu dengan kursus ini kerana saya tidak mengajar PI sepenuhnya sejak 1987 lagi. Apabila melihat tujuan kursus ini iaitu adalah dalam usaha memperbanyakan bilangan kajian, penerbitan jurnal Pen. Islam, mengumpul hasil kajian dan menggalakan budaya kajian dan penyelidikan berhubung pen. Islam dan bahasa Arab dalam kalangan guru, pentadbir dan pegawai. Kursus ini dibantu dengan kepakaran pensyarah-pensyarah daripada Fakulti Pendidikan UKM.
Untuk mencari pengalaman saya sedia berkursus.
Diadakan pada 23-26. Sept 2008 berkursus di Midah Hotel, Jln Atap, K.L.
Pengalaman pertama tak mungkin dilupakan ialah satu-satunya peserta lelaki daripada 10 pserta. Kebanyakannya peserta veteran. Dalam taklimat, kami dimaklumkan bahawa kami adalah kumpulan yang pertama seramai 22 orang dan sebagai printis. Kursus yang sepatutnya berakhir pada 26hb. diubah kepada 25hb. sahaja kerana masalah baget. Lantaran jadual kena ubah dan menjadi lebih padat.
Kursus ini lebih berfokus kepada 'kajian tindakan' ke arah penyelesaian masalah yang dihadapi oleh warga sekolah samada dari akademik, disiplin, koakademik, p&p dll. Larat ke nak buat niii!! Banyak perkara tak faham terutama tajuk kaedah menjalankan hingga nak tanyapun tak tahu 'apa nak tanya'.
Akhir kursus pembentangan Proposal Kajian Tindakan yang dibuat secara kumpulan. Kumpulan saya terdiri dari SMK Dato' Harun Tanjung Karang, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Sekolah Menengah Kebangsaan Sheikh Haji Mohd Said.
Tajuk Kajian ialah 'Memupuk budaya berbudi bahasa dalam kalangan murid sekolah menengah'.
Apa yang lebih mencabar lagi ialah kursus tidak berakhir di sini kerana ia akan berterusan ke sekolah masing-masing untuk melanjutkan kajian dan memberi 'in house tranning' kepada guru-guru lain. Saya beranggap kursus ini baik kerana sedaya upaya mencari atau puncanya dan langkah-langkah untuk mengatasi. Sebelum ke arah itu, terlebih dahulu kajian tindakan mesti dijalankan supaya hasilnya berjaya.
Kepada kekawan kursus diucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin.

Saturday, September 20, 2008

Galakan Bersedekah

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Perumpamaan orang yang bersedekah lalu menarik kembali sedekahnya itu hanyalah seperti anjing yang muntah lalu memakan muntahnya itu. ”
Riwayat Muslim

Huraian :

i) Setiap anggota masyarakat hendaklah mengamalkan konsep “berat sama dipikul ringan sama dijinjing” di mana atas dasar persaudaraan, seorang saudara tidak akan sanggup dan tidak senang jika melihat saudaranya yang lain ditimpa kemudharatan. Dia tidak akan keberatan untuk membantu sedaya upaya bagi mengurangkan penderitaan mereka yang bernasib malang.

ii) Setiap jariah yang baik harus dimanfaatkan dengan cara mengeluarkan derma khairat kepada masjid, surau, anak-anak yatim, janda-janda yang tidak terbela, membantu mangsa-mangsa kebakaran atau peperangan. Oleh sebab itu penubuhan tabung-tabung yang bersifat kebajikan patut diperkukuhkan dan diberi sokongan supaya dapat membantu membina kesejahteraan rakyat .
iii) Perbuatan memberi tidak boleh di fahami dengan makna pengurangan sebaliknya ia membawa kepada penambahan dan penyuburan seperti ibadat zakat yang membolehkan harta terus berkembang dan terus bertambah. Manakala dari sudut keakhiratan pula, terlalu banyak ayat-ayat dan hadis-hadis yang memuatkan janji-janji dan kelebihan yang akan di perolehi oleh orang yang suka bersedekah, menderma dan mengeluarkan zakat hartabenda mereka.

iv) Galakan bersedekah merupakan latihan jiwa atau rohani agar diri seseorang itu mempunyai perasaan halus (peka dan prihatin) dan sebagai tanda bersyukur di atas nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. v) Bersedekah hendaklah disertakan dengan niat yang ikhlas dan jangan menarik balik sedekah yang telah diberikan. Firman Allah yang bermaksud: "Jika kamu menampakkan sedekah (mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada kaum fakir, maka menyembunyikannya itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapus dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah : 271)

Sumber:Jakim

Sunday, September 14, 2008

Ramadhan Dibuka Pintu Syurga dan Ditutup Pintu Neraka

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”

Bukhari & Muslim)

Huraian :


1. Kelebihan bulan Ramadhan ialah meluasnya rahmat dan kasih sayang Allah SWT dan pada masa yang sama Allah SWT menutup pintu neraka dan merantai segala syaitan yang berkeliaran
2. Umat Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengamalkan segala yang diperintah dan meninggalkan segala yang ditegah serta tidak berpuasa melainkan kerana iman dan tidak kerana riya' (agar dilihat orang), sum'ah (agar didengar orang), ikut-ikutan, maka baginya keuntungan dan pahala yang berlipat ganda banyaknya bahkan syaitan sedikitpun tidak diberi kesempatan untuk menggoda atau menghasut mereka.
3. Bagi orang yang berpuasa tetapi masih bergelumang dengan dosa bermakna bahawa puasanya sama sekali tidak bermanfaat baginya. Yang diperolehinya hanyalah lapar dan dahaga dan Allah SWT tidak akan menerima amalannya.

Sumber: Jakim

Friday, September 5, 2008

Allah Melipatgandakan Pahala Bagi Orang Yang Berpuasa

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla Berfirman: “Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau Misk. (minyak wangi kasturi).
(Al-Bukhari dan Muslim)

Huraian :
1. Antara keistimewaan puasa ramadhan ialah Allah akan menggandakan pahala bagi orang-orang yang berpuasa melebihi dari amalan-amalan lain sehingga Allah sendiri yang akan menentukan kadar pahala itu di akhirat.
2. Puasa adalah merupakan ibadat yang paling hampir dengan Allah iaitu bagi mereka yang mengikhlaskan diri kepada Allah. Ini kerana puasa merupakan rahsia antara hamba dan Tuhannya.
3. Dua kegembiraan yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya yang berpuasa;
i) Gembira ketika berbuka puasa dengan hidangan yang lazat apatah lagi semasa perut sedang lapar dan dahaga.
ii) Gembira kerana akan dapat menemui dan melihat Allah di dalam syurga kelak. Dan inilah nikmat yang agung yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang beriman.
Sumber:JAKIM

Wednesday, September 3, 2008

Jangan Melengah-lengahkan Waktu Berbuka

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Manusia tidak henti-hentinya mendapat kebaikan selama mereka mempercepatkan berbuka puasa.”
Riwayat Bukhari dan Muslim

Huraian :
Pengajaran Hadis:
i) Menyegerakan berbuka adalah antara perkara yang disunatkan di dalam Islam kerana ia membezakan antara cara puasa oarang-orang Yahudi dan Nasrani yang sengaja melambat-lambatkan waktu berbuka.
ii) Sunat berbuka puasa dengan tamar (kurma) sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Ini adalah kerana tamar mengandungi karbohidrat yang tinggi di samping mengandungi asid amino. Di antaranya ialah triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.
iii) Antara hikmah disunatkan berbuka dengan buah tamar juga adalah kerana kandungan gula di dalam kurma adalah lebih mudah diserap oleh badan berbanding dengan makanan manis yang lain di mana badan akan segera kembali segar setelah seharian berpuasa. Sebaliknya jika seseorang itu berbuka puasa dengan memulakan pengambilan makanan yang berat tanpa memulakan makanan yang manis, maka gula yang diambil kemudiannya memerlukan waktu yang lebih lama iaitu antara 3-4 jam sebelum dapat diserap oleh usus.
iv) Dari sudut perubatan puasa itu sendiri sebenarnya merupakan satu kaedah perubatan yang dapat mengubati gangguan usus selain boleh mengawal berat badan dan mengubati penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
v) Setiap Muslim hendaklah memastikan bahawa makanan yang dimakan sewaktu berbuka adalah yang halal dan bersih bukan makanan yang haram atau syubhat selain berwaspada dengan kuantiti makanan yang diambil itu sendiri iaitu janganlah terlalu banyak sehingga menyebabkan badan terasa berat untuk mengerjakan ibadat seperti solat terawih dan sebagainya.
Sumber: JAKIM

Ramadahan Hari Ke-3

Hari ini masuk hari ketiga kita berpuasa. Menahan diri dari lapar dan dahaga. Menahan diri dari godaan hawa nafsu, nafsu mata, telinga, perut, mulut dan macam-macam anggota badan turut dipuasakan agar puasa kita tidak berakhir dengan lapar dan dahaga sahaja tanpa mendapat pahala Allah. Lantaran itu sepatutnya di bulan yang mulia ini kita kurang berbelanja tidak seperti bulan-bulan lain. Berbelanja ala kadar seperti berbelanja orang kurang berkemampuan. Apabila kita dapat merasakan kehidupan mereka itu baharulah bermakna puasa kita itu. Salah satu tujuan berpuasa ialah merasai kehidupan orang susah.
Hari ini juga anak ke dua saya mengambil ujian memandu dan lulus. Hari ini juga khabarnya dia akan menghadiri temuduga untuk mengajar sekolah kanak-kanak khas. Lantaran saya kena poskan sijil dan resumenya yang tertinggal di rumah. Mudah-mudahan berjaya...
Berbalik kepada berbelanja, belanjalah ikut keperluan bukan ikut kemahuan nafsu. Jika ahli keluarga seramai 5 orang berbelanjalah untuk 5 orang, supaya tidak berlaku pembaziran. Pembazir adalah saudara syaitan!!!

Monday, September 1, 2008

SMS RAMADHAN

Bersyukur ke hadrat Iiahi, kita diberikesempatan lagi, berada di ramadhan yg suci, yg melimpah nikmat dan rahmat...bersama kita usahakan, mencari keberkatan, krn keampunan dan keredaanNya adalah nikmat yg hakiki, bekalan kita yg abadi. "Selamat menjalani ibadah puasa" -cikgu Hasni.

Sempena Ramadan almubarak ini marilah kita sama2 saling mmaafkan, setting niat, upgrade iman, download sabar, upload usaha, delete dosa, update doa dan top-up ilmu agar boleh redeem pahala. Amin. Selamat berpuasa -YazidICharge

Wahai tetamu Ramadhan...utkmu rahmat & maghfirah....Airmata taubat, dendangan tadarus, selimut tarawih + bantal tahajut! Smoga mewarisi Jannah!! Slmt b'puasa. -Miza (anak angkat dari Tawau. Bekas pelatih PLKN Paya Indah, Dengkil. 2006)

Untuk sahabat., ambil kurma rebus dalam susu. Baik juga campur sedikit madu. Sejukkan. Minum masa sahur. Insy sepanjang hari pawer. Minumlah bersama suami/isteri dan anak-anak. Ada masa ceritan kat kawan-kawan. Perkara yang baik hebohkan insyaallah dapat pahala. Selamat Berpuasa... cikgu Mahyani

Pahit B'SABAR madunya REDHA, Perit B'USAHA dmanisi TAWAKKAL, Jerih B'AMAL mengumtum PAHALA, Susah DIUJI b'tambah TAKWA, RINTIH mukmin hanya pd-NYA. Slm Ramadhan - faizah d

RAMADHAN DATANG LAGI...

Syukur kepada Allah swt kerana memberi kesempatan kita untuk mengerja solat taraweh malam pertama dan seterusnya mula berpuasa esoknya. Seperti biasa bilangan jemaah amat membanggakan kerana ramai. Harap keadaan ini akan berterusan sepanjang Ramadhan. Sebelum solat taraweh tazkirah diadakan atas arahan Jabatan Agama Islam Selangor.Tuan Nazir memberi tazkirah mengenai kelebihan puasa mengikut tempoh. Tempoh pertama bermula dari hari pertama hingga hari ke 10 adalah tempoh kerahmatan Allah swt kepada hambaNya. Tahap kedua bermula dari hari ke 11 hingga hari ke 20 adalah tempoh keampunan Allah swt kepada hambaNya. Dan tahap ketiga dari hari ke 21 hingga hari ke 29/30 adalah kebebasan hambaNya dari api neraka. Dalam tempoh ketiga ini ada satu malam yang dinamakan 'malam lalilatul qadar', yang mempunyai kemuliaan lebih baik dari 1000 bulan (bersamaan 83 tahun 4 bulan). Kita berdoa semuga Allah memberi kita kekuatan dan kesabaran. Apa yang disediakan oleh Allah sepanjang Ramadhan ini adalah untuk hamba-hambaNya yang ikhlas dan sabar mengerjakan ibadah puasa di siang hari dan solat taraweh pada malamnya, di samping ibadah-ibadah yang sedia ada.
Setelah selesai solat saya menunggu isteri dan adiknya di dalam kereta. Lama juga menunggu. Rupa-rupanya adik ipar saya mencari-cari seliparnya yang hilang .....
Rupa-rupanya ada juga yang tak hiraukan tazkirah baru saja diperkatakan itu....

Alam Sekitar

Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
Alam dan manusia saling bantu membantu.
Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO