Wednesday, April 22, 2009

Keistimewaan Islam

Islam adalah agama yang sangat istimewa berbanding agama-agama yang lain yang ada di dunia ini. Keistimewaan ajaran Islam telah menarik minat ramai orang bukan Islam untuk menganutnya tanpa rasa syak dan ragu-ragu seperti Umar Al-Khattab dan Khalid bin Al-Walid. Pengislaman itu bukan berlaku di zaman Rasulullah saw sahaja bahkan terus berlaku hingga ke hari ini.
Antara keistimewaan agama Islam termasuklah:

  • Ajaran Islam lengkap dan sempurna serta memberi rahmat kepada seluruh alam. Islam adalah agama yang teristimewa dan tiada agama lain yang dapat menandingi kehebatannya. Hal ini demikian kerana ajaran Islam memberikan kerahmatan kepada semua manusia, bukan sahaja kepada pengikutnya bahkan kepada penganut agama lain. Ajaran bersepadu dan menyeluruh yang merangkumi soal akidah, ibadat, syariat dan akhlak.
  • Ajaran Islam yang amat istimewa kerana datang daripada Allah swt sendiri. Islam bukanlah ajaran ciptaan manusia atau Nabi Muhammad saw, tetapi Islam datang daripada Allah swt sendiri. Jadi, sudah semestinya ajaran Allah swt sangat sempurna dan memenuhi keperluan serta fitrah kejadian manusia. Ajaran Islam juga tidak memilikki sebarang kekurangan dan kelemahan.
  • Agama Islam menggalakkan pembangunan tamadun. Kitab al-Quran diturunkan sebagai panduan dan sumber rujukan utama bagi menggalakkan sesebuah negara atau masyarakat membangunkan ketamadunan yang maju (hadhari). Al-Quran juga memandu manusia mempelajari pelbagai ilmu dan kemahiran untuk meneruskan kehidupan di dunia dan mencari bekalan untuk akhirat.
  • Ajaran Islam mudah diamalkan dan sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Ajaran Islam sangat mudah diamalkan oleh pengikutnya serta bersifat murunah (fleksibel). Agama Islam juga sesuai dengan fitrah manusia, tidak kira apa jua bangsa, keturunan, darjat atau warna kulit.

Seja o primeiro a comentar

Alam Sekitar

Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
Alam dan manusia saling bantu membantu.
Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO