Wednesday, April 29, 2009

MANA LEBIH BERHARGA ....

Ingatlah....marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak keterlaluan..............
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.
Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan.
Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya.
Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya.
Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !"
"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.
Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan !" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa.
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.
"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata..
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
ANTARA ANAK DAN KERETA…YANG MANA LEBIH BEHARGA…

Sensasi.blongspot

Friday, April 24, 2009

Keratan Akhbar Kosmo: Coklat enak import didakwa ada lemak babi

April 21, 2009

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my

KEBANYAKAN coklat import dari Eropah dan Amerika Syarikat didakwa mengandungi campuran lemak babi. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Banyak jenis coklat import bukan sahaja dihasilkan dengan campuran minuman keras tetapi tidak kurang juga yang menggunakan lemak haiwan yang tidak halal termasuk babi.

Dakwaan ini dibuat berasaskan kepada penemuan bahan kimia emulsifier yang dikatakan mengandungi lemak haiwan berkenaan dalam adunan coklat.

Emulsifier secara asasnya agen pewarna, penambah perisa dan memudahkan penyebatian serta menjadikan coklat berkilat.

Orang ramai boleh mengesan dengan mudah mana-mana jenama coklat yang mengandungi emulsifier ini dengan merujuk kepada daftar kod saintifik seperti E-100 hingga E-904 yang biasanya tertera pada belakang pembungkus coklat.

Ada sesetengah jenama coklat hanya mencetak perkataan emulsifier dan ia bahan tambahan daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula mendedahkan, pengusaha coklat di kebanyakan negara Barat lebih gemar menggunakan lemak babi kerana penternakannya meluas terutama di Amerika Syarikat, Denmark, Jerman dan Perancis.

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, emulsifier memang ada dihasilkan daripada tumbuhan tapi penggunaannya sangat kecil.

“Ada juga yang menggunakan lemak binatang seperti lembu tapi itu juga sangat kecil, mereka lebih gemar guna lemak babi kerana kandungan lemaknya sangat tinggi,’’ jelasnya.

Secara saintifiknya, tubuh babi mempunyai hampir 70 peratus lemak.

INGIN COKLAT HALAL SILA KE SINI:
http://chocolatedechetam.blogspot.com

Wednesday, April 22, 2009

Keistimewaan Islam

Islam adalah agama yang sangat istimewa berbanding agama-agama yang lain yang ada di dunia ini. Keistimewaan ajaran Islam telah menarik minat ramai orang bukan Islam untuk menganutnya tanpa rasa syak dan ragu-ragu seperti Umar Al-Khattab dan Khalid bin Al-Walid. Pengislaman itu bukan berlaku di zaman Rasulullah saw sahaja bahkan terus berlaku hingga ke hari ini.
Antara keistimewaan agama Islam termasuklah:

  • Ajaran Islam lengkap dan sempurna serta memberi rahmat kepada seluruh alam. Islam adalah agama yang teristimewa dan tiada agama lain yang dapat menandingi kehebatannya. Hal ini demikian kerana ajaran Islam memberikan kerahmatan kepada semua manusia, bukan sahaja kepada pengikutnya bahkan kepada penganut agama lain. Ajaran bersepadu dan menyeluruh yang merangkumi soal akidah, ibadat, syariat dan akhlak.
  • Ajaran Islam yang amat istimewa kerana datang daripada Allah swt sendiri. Islam bukanlah ajaran ciptaan manusia atau Nabi Muhammad saw, tetapi Islam datang daripada Allah swt sendiri. Jadi, sudah semestinya ajaran Allah swt sangat sempurna dan memenuhi keperluan serta fitrah kejadian manusia. Ajaran Islam juga tidak memilikki sebarang kekurangan dan kelemahan.
  • Agama Islam menggalakkan pembangunan tamadun. Kitab al-Quran diturunkan sebagai panduan dan sumber rujukan utama bagi menggalakkan sesebuah negara atau masyarakat membangunkan ketamadunan yang maju (hadhari). Al-Quran juga memandu manusia mempelajari pelbagai ilmu dan kemahiran untuk meneruskan kehidupan di dunia dan mencari bekalan untuk akhirat.
  • Ajaran Islam mudah diamalkan dan sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Ajaran Islam sangat mudah diamalkan oleh pengikutnya serta bersifat murunah (fleksibel). Agama Islam juga sesuai dengan fitrah manusia, tidak kira apa jua bangsa, keturunan, darjat atau warna kulit.

Tuesday, April 21, 2009

Adab Berpakaian

Islam membenarkan umatnya berhias diri, namun Islam menggariskan beberapa perkara yang mesti dipatuhi. Syarat-syarat sebelum berhias diri:

  1. Hendaklah pakaian itu menutup aurat. Aurat menurut Islam ialah bahagian anggota yang wajib ditutupi dan dilindungi daripada pandangan ajnabi. Aurat lelaki adalah dari pusat hingga ke lutut. Aurat perempuan pula adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berpakaian ketat dan nipis yang menampakkan kulit dan bentuk badan tidak dikira menutup aurat.
  2. Suci bersih dan kemas. Pakaian bersih ialah pakaian yang tidak ada sebarang najis atau kotoran. Manakala pakaian suci pula ialah pakaian yang diperbuat dari bahan yang suci dan halal.
  3. Tidak riak dan takbur. Harus berhias diri mengikut cita rasa, fesyen atau yang digemari asalkan sesuai dan memenuhi tuntutan syarak. Wajib mengelakkan diri dengan pakaian yang bertujuan untuk bermegah-megah dan riak serta untuk menarik perhatian orang lain.
  4. Mengikut kemampuan. Hendaklah bersederhana berhias memakai pakaian. Membeli mengikut kemampuan dan tidak bermewah-mewah. Dilarang berpakaian yang boleh merendahkan martabat dan menjatuhkan maruah diri.

Batas-batas Berhias Diri

  1. Berhias dan bersolek hanya untuk mahram sahaja.
  2. Lelaki diharamkan memakai pakaian daripada sutera.
  3. Dilarang berbau-bauan yang berlebihan sehingga menimbulkan fitnah.
  4. Lelaki diharamkan memakai barang perhiasan yang lazim dipakai oleh kaun perempuan seperti anting-anting dan rantai leher.
  5. Ditegah berpakaian yang menjadi lambang agama lain.
  6. Dilarang mengubah bentuk bahagian anggota yang sempurna semata-mata untuk kecantikan.

Hikmah Berhias Diri Menurut Islam

  1. Mendidik sifat qana'ah dan syukur dengan nikmat yang diterima.
  2. Dapat memelihara maruah dan kehormatan diri.
  3. Dapat melaksanakan ibadah pada bila-bila masa.
  4. Mendidik sifat sederhana dalam berpakaian.
  5. Menjauhi diri daripada sifat sombong, riak dan bermegah-megah.
  6. Mengilakkan diri dari pencerobohan dan gangguan seks.
  7. Menghindarkan diri dari fitnah dan perkara mungkar.
  8. Mendzahirkan nikmat Allah dengan memakai pakaian indah dan bersih.

Rumusan (Penghayatan)

  1. Sentiasa berpakaian bersih, kemas dan sederhana.
  2. Sentiasa menjaga batas-batas berhias diri menurut Islam.
  3. Menjaga maruah dan kehormatan diri sepanjang masa.
  4. Mengekalkan berpakaian yang menutup aurat.

Sunday, April 19, 2009

Waspada Serunding Babi di Pasaran...

Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia.

Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama.

Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi dalam lima jenama.

"Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.

Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:

  • Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
  • Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)
  • Abon/dendeng sapi asli cap ACC
  • Dendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
  • Dendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).

Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar atau tidak tercatat pengeluarnya.

Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta.

MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.

Sumber: Malaysiakini 17 April, 2009

Friday, April 17, 2009

Satu Peringatan?

Bersykurlah ... apabila telah menyempurna Rukun Islam yang kelima. Lebih bersyukur dan sangat bersyukur apabila ibadah puasa itu diterima Allah swt sebagai 'Haji Mabrur' iatu hamba Allah itu seolah-olah telah dilahirkan semula ke dunia laksana seorang bayi; tidak mempunyai sebarang dosa ...... suci bersih.

Seorang bayi dalam perjalanan panjang meniti usia hinggalah ke usia baligh, maka bermulalah cabaran dalam hidupnya iaitu berhadapan dengan dosa dan pahala. Di sinilah pendidikan agama yang diterimanya akan mengawal keadaan itu.

Inilah ibarat para 'haji dan hajjah'. Jiwa dan hati yang telah suci bersih itu laksana bayi tanpa dosa dari sebarang kesalahan, hendaklah dijaga dengan sebaik-baiknya supaya kain putih terus putih hingga akhir hayat.

Seandainya terlupa dan terlalai hingga kain putih mula terpalit warna atau kotoran, dengan sebab qalbi, qauli dan fie'li (hati, kata-kata dan perbuatan), maka sayugialah panggilan 'Tuan Haji/Puan Hajjah/Pak Haji/Mak Haji atau apa-apa sahaja asalkan ada Haji' akan memberi peringatan tentang kelahiran semula itu.

Sunday, April 12, 2009

Keajaiban Akal Fikiran

Oleh Idris Musa

SATU unsur sangat menonjol pada penciptaan manusia ialah akal fikiran yang menjadikan insan makhluk istimewa berbanding yang lain sehingga layak menggalas amanah sebagai khalifah di bumi.Islam memandang tinggi akal fikiran kerana ia sumber segala ilmu malah banyak disebut dalam al-Quran.

"Jika Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau lihat gunung itu tunduk serta pecah- belah kerana takut kepada Allah. Contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." (a-Hasyr:21)

Keutamaan akal fikiran ini ditegaskan Rasulullah s.a.w dalam dalam satu hadis daripada Ibnu Hibban, maksudnya: "Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat setahun."

Dalam satu kisah, Abu Said al-Khudri menyampaikan sabda Rasulullah yang bermaksud: "Berilah hak matamu di bidang ibadat!"

Sahabat bertanya: "Apakah hak mata di bidang ibadat itu wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah: "Membaca al-Quran, memikirkan isinya dan mengambil pengajaran keajaiban kandungannya."

Wahab bin Munabih pula berkata: "Semakin tajam seseorang itu berfikir, semakin berilmulah dia dan apabila dia berilmu, semakin banyaklah amalnya."

Al-Ghazali berkata, akal itu mulia dan menjadikan manusia mulia. Melalui akal, manusia mendapat ilmu. Ibn Khaldun bersetuju akal fikiran (quwwah natiqah) membezakan antara manusia dengan makhluk lain.

Menurut Aristotle, jiwa manusia adalah hakikat diri manusia dan potensi berfikir adalah sebahagian darinya, sementara orang bijak pandai berkata 'berfikir itu pelita hati.'

Hasan al-Basri r.h berkata: "Sesungguhnya golongan yang berfikir mereka sentiasa mengulangi apa yang mereka ingati, sehinggalah hati mereka dapat berbicara dengan kata-kata hikmah."

Lukman al-Hakim berkata: "Sesungguhnya dengan lamanya duduk, aku akan lebih memahami untuk berfikir dan panjang berfikir, petunjuk jalan ke syurga."

Imam al-Ghazali menyifatkan akal fikiran sebagai sumber, tempat terbit dan asas ilmu. Ilmu pula apabila dinisbahkan kepada akal ibarat buah kepada pokok, cahaya kepada matahari, pandangan kepada mata. Beliau memberikan empat kategori mengenai akal:

  1. Akal merujuk kepada suatu sifat yang membezakan manusia dari sekalian haiwan. Akal dalam erti kata ini adalah sifat semula jadi manusia.
  2. Akal merujuk kepada ilmu daruri, terhasil apabila seorang mencapai usia tamyiz. Ilmu daruri ialah ilmu membolehkan dikenali perkara wajib, mustahil dan harus pada akal. Contohnya, mustahil seorang manusia di dua tempat pada satu masa.
  3. Akal merujuk kepada ilmu pengetahuan diperoleh melalui uji kaji dan pengalaman hidup.
  4. Akal merujuk kepada kesempurnaan sifat akal, apabila ia mengetahui akibat setiap perkara dan mengekang syahwat dari menurut kelazatan sementara.
Apabila keadaan ini terhasil pada diri seseorang, dia dipanggil 'manusia berakal' kerana yang memandu tindakannya ialah kesedaran dan keinsafan terhadap perbuatannya, bukan dorongan hawa nafsu.

Merujuk kepada kategori ketiga, iaitu ilmu yang dipelajari dari pengalaman, perbezaan antara manusia berpunca daripada kemampuan asli akal itu sendiri dan pengalaman dilalui.

Bagi kategori keempat, perbezaan manusia kerana berbeza kemampuan mengekang nafsu. Manusia memiliki keupayaan berbeza dalam hal ini, bahkan seseorang mungkin berupaya mengekang nafsu dalam perkara tertentu dan tidak dalam hal lain.

Faktor yang boleh dikaitkan dengan akal fikiran dalam perbezaan ini ialah ilmu yang menyedarkan seseorang mengenai kemudaratan, akibat hawa nafsu. Seorang yang berilmu lebih mampu menjauhi maksiat berbanding si jahil kerana lebih tahu kemudaratannya.

Akal fikiran membolehkan manusia menilai baik dan buruk, mampu membezakan di antara yang benar dan palsu, bersih dan kotor, untung atau rugi, malah memandu untuk mengenal diri dan Penciptanya.

Penggunaan daya fikir yang tinggi dan lebih serius membolehkan manusia mencapai ketamadunan dan kemajuan dalam pelbagai lapangan. Umat Islam satu ketika mampu meraih kegemilangan apabila menggunakan kemampuan daya fikir yang tinggi, sebagaimana ditonjolkan tokoh Muslim seperti Jabir bin Haiyan, al-Kindi, al-Khwarizmi, al-Farabi dan banyak lagi.

Al-Kindi (801-873) misalnya, cukup terkenal di Barat dengan nama Alkindus, seorang cerdik pandai Arab dalam pelbagai bidang, terutama sains, astrologi, kosmologi, logik, matematik, muzik, fizik, psikologi dan meteorologi.

Kisah seorang Barat, Isaac Newton (1643-1927), iaitu seorang ahli fizik, matematik, falsafah dan astronomi yang terkenal dengan penemuan formula graviti wajar juga diambil pengajaran. Sejak lahir beliau tidak pernah melihat bapanya bekerja sebagai petani, kerana beberapa bulan sebelum lahir bapanya meninggal.

Kehidupan beliau sangat susah, namun masih berpeluang mendapat ijazah sarjana muda pada usia 22 tahun. Pada suatu malam, beliau berjalan-jalan di sekitar kebun sambil berfikir dan memerhatikan keadaan sekeliling. Tanpa sedar, fikirannya berakhir pada satu persoalan; mengapa bulan bergerak mengelilingi bumi? Selepas letih berjalan dan tidak mendapat jawapan, beliau berehat di bawah pohon epal.

Tiba-tiba buah epal jatuh berdekatannya. Kejadian itu menimbulkan persoalan di dalam benaknya. Mengapa buah itu harus jatuh tepat di bawahnya dan tidak ke sekitarnya atau ke atas? Beliau berfikir lagi hingga menemui satu kesimpulan, iaitu buah epal jatuh ke bawah kerana adanya tarikan dari bumi dan daya seperti itu dinamakan daya graviti. Ia bukan saja berlaku pada bumi, malah planet lain termasuk bulan, bintang dan matahari mempunyai daya gravitinya.

Demikianlah dengan kemampuan dan kehebatan akal fikiran. Bahkan, dengan fikiran yang sihat dapat memupuk keimanan kepada Allah serta menolak perkara bersifat tahyul dan khurafat.

Sunday, April 5, 2009

Ban lagu 'Allah Peduli' - Mais

14 Mar 2009 2:30PM

MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) mahu agar tindakan diambil mengharamkan sebuah lagu Indonesia berjudul "Allah Peduli" kerana liriknya antara lain menyebut "...sebab Allah Yesusku mengerti."

Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata walaupun beliau belum pernah mendengar lagu itu, tindakan mengharamkannya wajar diambil memandangkan ia menyentuh sensitiviti yang membabitkan soal agama.

"Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai lagu berkenaan nyanyian penyanyi Indonesia, Agnes Monica.
Dalam lagu berkenaan, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan 'sebab Allah Yesus ku mengerti' kedengaran pada bahagian akhir lagu selama tiga minit 40 saat itu.

"Ada sesetengah dari kita yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi. Lirik ini secara senyap memesong keimanan dan akidah," kata Mohamad Adzib.
Beliau berkata MAIS akan mengambil tindakan mengharamkan lagu itu serta menarik semua edaran album yang mengandungi lagu berkenaan sebaik kajian dan penelitian dibuat.

"Kita minta pihak yang berkenaan di peringkat kerajaan pusat turut memantau isu lirik lagu ini dan mengambil langkah sewajarnya demi memelihara kesucian agama Islam," katanya. / Bernama

Hikmah Solat

Solat yang didirikan dengan sempurna iaitu memenuhi syarat-syaratnya, bermula dengan bersih pakaian, bersih tempatnya, sempurna wuduknya, betul bacaannya dan ikhlas melakukannya, sudah tentu solat itu memberi hikmah seperti berikut:-

  1. Menghubungkan kita dengan Allah swt. Mempertingkatan kesedaran tentang adanya Allah swt. Hubungan ini akan mengelakkan kita dari melakukan sesuatu yang di tegahNya.
  2. Membina rasa tenang dalam jiwa. Melahirkan rasa sabar yang sebenarnya. Mengurangkan rasa ego dan sombong. Hubungan ini juga melahirkan dan meningkatkan rasa keyakinan dalam menghadapi kehidupan yang penuh dugaan dan ujian ini.
  3. Solat yang sempurna melahirkan sahsiah atau peribadi muslim sejati. Mewujudkan potensi dalam jiwa. Mendidik rasa patuh dan taat pada kehendak-kehendak Allah swt. Berhati-hati dalam membuat keputusan kerana sentiasa merujuk pada Allah swt.
  4. Solat menjauhkan kita dari melakukan dosa dan kemaksiatan. Perilaku dalam solat menanamkan dan mencetuskan perasaan kebesaran pada Allah swt. Solat juga menjauhkan kita dari sifat lalai dan leka dengan perintah-perintah Allah swt.

Oleh itu lakukanlah solat sebaik mungkin. Lakukanlah solat dengan khusyuk kerana ketika itu kita sedang bercakap dengan Allah swt. Sudah tentu apabila kita bercakap dengan seseorang kita tidak tidak mahu digangnggu oleh seseorang atau sesuatu. Begitulah dengan solat. Kalau ada yang mengganggu fikiran kita sudah tentu solat itu tidak khusyuk. Bagaimana nak khusyuk kalau dalam sembahyang masih ingat itu ingat ini, fikir itu fikir ini!!! Cari kunci salah letakpun fikir-fikirkan dalam sembahyang.

Ingat! Solat tidak khusyuk menurut 'ahli sufi' boleh menyebabkan solat itu tidak sah.

Thursday, April 2, 2009

Can I Borrow RINGGIT MALAYSIA 25?

Kisah ini sebenarnya telah saya baca tapi lupa bila dan dimana? Namun baru-baru dari email dari adik, yang juga menerimanya secara 'foward' kepadanya. Saya perturunkan sepenuhnya email berkenaan dan nilaikan....

A man came home from work late, tired and irritated, to find his 7-year old son waiting for him at the door.

SON: 'Daddy, may I ask you a question?'

DAD: 'Yeah sure, what it is?' replied the man.

SON: 'Daddy, how much do you make an hour?'

DAD: 'That's none of your business. Why do you ask such a thing?' the man said angrily.

SON: 'I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?'

DAD: 'If you must know, I make RM 50 an hour.'

SON: 'Oh,' the little boy replied, with his head down.

SON: 'Daddy, may I please borrow RM 25 ?'

The father was furious, 'If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I don't work hard everyday for such childish frivolities.'

The little boy quietly went to his room and shut the door.

The man sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?

After about an hour or so, the man had calmed down , and started to think:

Maybe there was something he really needed to buy with that RM 25.00 and he really didn't ask for money very often The man went to the door of the little boy's room and opened the door.

'Are you asleep, son?' He asked.

'No daddy, I'm awake,' replied the boy.

'I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier' said the man. 'It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the RM 25 you asked for.'

The little boy sat straight up, smiling. 'Oh, thank you daddy!' he yelled. Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.

The man saw that the boy already had money, started to get angry again.

The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his father.

'Why do you want more money if you already have some?' the father grumbled.

'Because I didn't have enough, but now I do,' the little boy replied.

'Daddy, I have $50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you.'

The father was crushed. He put his arms around his little son, and he begged for his forgiveness.

It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that $50 worth of your time with someone you love.

If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of hours. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives.

Please don't break this even if you only send it to one person. Thanks.

Alam Sekitar

Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
Alam dan manusia saling bantu membantu.
Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO