Monday, December 29, 2008

Apa yang ganjil...

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walau pun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalau ada orang yang mempersoalkan tentang telinga. Satu hari, dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat. Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya". Puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh. "Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata, "Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Huargh!Huargh! Huargh! Huargh!"

Sumber: Kongsi Idea

Hati Yang Mati

Bila sebut mati bermakna berakhirlah sebuah kehidupan. Tetapi ada perkara yang mati sebelum betul-betul mati. Benda yang ingin diperkatakan ini telah diungkapkan Nabi s.a.w. dalam hadisnya yang maksud: Dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Kalau ia baik, baiklah tubuh badan itu. Kalau ia rosak maka rosaklah tubuh badan itu. Benda itu adalah hati.
Hati yang mati itulah dinamakan hati rosak.
Antara ciri hati yang mati ialah:

  • Tidak peka dengan perbuatan dosa. Tidak berasa bersalah kalau melakukannya. Hatinya tidak gementar apabila jiwa dan jasad melakukan dosa.
  • Tidak teransang untuk melakukan kebaikan. Bila diserukan kebaikan, hatinya tidak ada tindak balas. Tidak berlumba-lumba membuat kebaikan.
  • Tertarik kepada perkara-perkara mungkar. Hatinya gelisah jika tidak dapat terlibat perbuatan maksiat.

Pemilik hati yang mati ini berasa bangga dan perasaan menyesal tidak pernah mengetuk pintu hatinya. Malah mengajak orang lain bertindak sepertinya pula. Keinginan bertaubat tidak terlintas dalam hatinya. Kalau ini berlaku hatinya benar-benar mati. Hati yang mati boleh dihidupkan hanya dengan bertaubat sahaja. Menyesal dengan kesalahan yang dilakukan dan tidak ingin melakukannya lagi. Benci dengan segala maksiat.

Oleh itu lakukan kebaikan agar hati tidak mati dan jiwa tidak layu. Hindari perkara yang merosakan, kemungkaran dan kejahatan. Dekatkan diri dengan Allah dan mengingatinya dengan melakukan amalan-amanlan kebaikan. Mohon kepada Allah supaya didorong untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Friday, December 26, 2008

Harimau Ajaib

Pada suatu hari seorang lelaki yang agak berumur bernama Abu merayau-merayau dari satu kedai ke satu kedai. Tujuannya adalah untuk mencari kerja. Tetapi agak malang kerana disebabkan umurnya yang agak tua, dan waktu tu ekonomi sedang meleset, tidak ada satu tempat pun yang menawarkan kerja untuknya. Maka Pak Abu yang malang tersebut pulang ke rumah menemui isterinya dengan hampa. Isterinya memujuk dan memberi semangat supaya suaminya mencuba lagi tanpa merasa putus asa. Disebabkan terlalu penat suaminya terus melelapkan mata. Esok paginya, si suami bangun awal-awal pagi, terus keluar rumah untuk mencuba nasib sekali lagi, manalah tahu, kalau-kalau hari ni boleh dapat kerja fikirnya. Tetapi ceritanya serupa saja, tak ada siapa yang mahu memberinya kerja. Walau macamana pun Pak Abu masih tak putus asa, hari seterusnya dia masih lagi pergi dari satu tempat kesatu tempat untuk bertanyakan kerja kosong. Setelah puas mencari tetapi gagal, Pak Abu mengubah taktik dan meminta kerja ditempat lain. Dia pun terus pergi ke zoo.
Pak Abu: Sini ada kerja kosong ke?
Penjaga Zoo: Mana ada kerja kosong sini pakcik.
Pak Abu: Tolonglah dapatkan pakcik apa-apa kerja, pakcik ni orang susah.
Penjaga Zoo: Ginilah pakcik, kalau pakcik nak sangat kerja, sini ada satu kerja, disebabkan banyak sangat binatang disini mati pasal tak cukup makan, nak tak pakcik pakai sarung monyet dan berlakun jadik monyet, tapi kena duduk dalam kandang lah.
Pak Abu: Berapa upahnya?Penjaga Zoo: Tak berapa mahal pakcik, sehari RM15 je.
Pak Abu: Baiklah nak, daripada tak ada kerja, jadik monyet, monyet lah, janji dapat duit. Asalkan pakcik boleh makan anak beranak.
Penjaga Zoo: Kalau macam tu esok pepagi pakcik kena datang, dekat sini ada sarung monyek, dan pakcik masuk kandang no4, tau!
Pak Abu: Baiklah nak.
Penjaga Zoo: Tapi pakcik kena datang sebelum pukul 7 tau, jangan sampai orang ramai datang dulu dari pakcik.
Pak Abu: Baik nak.
Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi dengan penuh semangat Pak Abu pun pergi ke Zoo tersebut. Penjaga zoo telah pun bersedia menunggunya dan memberikan pakaian monyet pada Pak Abu. Inilah hari pertama Pak Abu bekerja sebagai pelakon. Bukan main semangat dia lagi. Dengan penuh ceria Pak Abu mengenakan pakaian monyet lalu masuk kekandang no 4. Ceria sungguh, lompat sana, lompat sini, bergayut sana, bergayut sini.
Tak lama kemudian orang ramai mula berkunjung ke zoo tersebut, lagilah bermangat Pak Abu, lagi galak dia melompat, lagi pun bukannya orang tahu siapa dalam sarong tersebut, apa nak dimalukan fikirnya. Berjam-jam Pak Abu melompat kesana kemari tanpa mengenal penat, maklumlah hari pertama kerja.
Kadang-kadang Pak Abu tersasul jugak, bersalam pada orang yang datang kekandangnya.Tiba-tiba satu tragidi yang sangat menyayat hati telah berlaku. Tragidi yang amat sedih dan telah memasukkan nama Pak Abu di muka akhbar. Berita yang amat menggemparkan. Pak Abu terlalu galak melompat, terlajak dan termasuk ke kandang harimau. Harimau tersebut merupakan harimau siberia jantan, dan lebih malang pula harimau tersebut sudah beberapa hari tidak makan. Makanan yang selalu diberikan adalah daging lembu sebanyak lima kilo sehari. Harimau itu sangat lapar. Ia merenung tepat ke arah Pak Abu yang memakai topeng monyet itu. Pak Abu bergegas bangun untuk melompat semula kekandang asalnya. Tetapi kakinya kaku seolah olah tidak bertenaga.
Dia cuba berdiri tetapi jatuh semula, mungkin terkena badi harimau agaknya.Harimau mula memandang tepat kearah Pak Abu, kaki hadapannya mengais ngais kebelakang, sambil mengaum, ia menunjukkan gigi taringnya yang tajam dan berkilat, Pak Abu menggigil dan terkencing. Mula dia terbayang, begini rupa kesudahan hidupnya, diratah harimau pada hari pertama ia bekerja. Wajah isteri mula terbayang, bagaimana nanti fikirnya, bila isterinya mengambil jasadnya yang mungkin tidak sempurna lagi, koyak sana, koyak sini, robek sana, robek sini, mungkin keseluruhannya berlumuran darah.
Pak Abu lemah tidak bermaya. Harimau setapak demi setapak maju untuk menerkam Pak Abu. Sesekali ia menunjukkan taringnya lagi. Kepalanya mula tunduk tanda bersedia untuk menerkam, punggungnya mula terjungkit naik ke atas, ekornya mula bergoyang goyang, kaki hadapannya mula diluruskan kedepan, kaki belakang mula memasang kuda-kuda, Pak Abu hanya mengigil dan menangis sahaja, tiada daya seorang tua untuk melawan. Ketika ini nasibnya diserah bulat-bulat kepada tuhan.
Harimau itu mula merendahkan kepala dan meninggikan bontotnya untuk menerkam, tiba-tiba, sesuatu yang ajaib telah berlaku, harimau itu boleh bersuara, boleh bercakap, katanya “ Janganlah takut Pakcik, saya pun macam pakcik jugak, pakai sarung harimau, cari makan pakcik….” Bulat mata Pak Abu bila mendengar kata-kata harimau itu………laaaaaaaa orang jugak ke.

Sumber: Kongsi Idea

Wednesday, December 24, 2008

Paling Cepat..Terpantas

Semoga hari ini hari yang bersemangat untuk bekerja, SEMANGAT! SEMANGAT!Oooo seronoknya nak kerja ni.......... Yang paling tepat Jusoh telah diamanahkan supaya memilih dari calon-calon yang memohon untuk mengisi jawatan yang telah ditawarkan. Setelah menyusun dan mencari dari biodata-biodata yang diterima, dia dapati ada 4 pemohon lelaki yang sama darisegala segi kelayakan mereka.
Jusoh kemudiannya memutuskan untuk memanggil kesemua 4 pemohon tersebut untuk bersemuka. Dia merancang untuk menanya satu soalan yg akan menentukan siapa sebenarnya yang lebih layak untuk jawatan tersebut. Harinya pun tiba. Sebaik saja keempat-empat lelaki tersebut mengambil tempat duduk masing-masing dalam bilik temuduga, Jusoh terus bertanya: "Beritahusaya, apakah perkara yg paling cepat sekali berlakunya?" sambil menunding jarinya kepada lelaki yg pertama. Lelaki pertama dengan penuh keyakinan menjawab, "Fikir. Ia muncul tiba-tiba dalam kepala. Tiada amaran awal tentang kehadirannya. Fikir adalah kejadian yg paling pantas yang saya tau". "Itu sudah bagus!" Jawab Jusoh. "Apa pendapat awak pula?" dia bertanya pada lelaki yang kedua."Hmm... ok... Kelip Mata! Ia berlaku tanpa kita sedar pun. Itulah yang terpantas sekali berlakunya". "Tepat!, Sekelip Mata.. selalu digunakanuntuk menyatakan kecepatan pergerakan sesuatu" sambut Jusoh. Dia kemudiannya berpaling kepada lelaki ketiga yang terus memberikan jawapannya. "Apabila suiz lampu di'ON' kita akan dapati lampu segera mengeluarkan cahayanya tanpa lengah walau sedetik pun. Pergerakan cahaya itulah yang tercepat dan terpantas yang saya tahu". Jusoh amat terpikat dgn jawapan yg diberikan, dalam fikirannya tertera inilah orang yang dia cari. Walaubagaimana pun, dia berpaling kepada lelaki keempat lalu mengajukan soalan yang sama. "Setelah mendengar ketiga-tiga jawapan tadi, nyatalah kepada saya iaitu perkara yg paling pantas sekali berlakunya adalah 'berakcair'. "APA?!" Terperanjat Jusoh dgn jawapan yang diberikan. "Oh biar saya jelaskan" kata lelaki keempat itu, "Ceritanya begini, suatu hari saya merasa kurang selesa lalu saya terus berlari ke tandas.Tapi, sebelum sempat saya berfikir, belum sempat saya berkelip mata pun dan belum sempat saya 'ON' suis lampu tandas tu, saya sudah terberak cair dalam seluar saya."

Sumber:Kongsi Idea

Monday, December 22, 2008

MASA ...

Berbagai ungkapan untuk masa. Masa itu emas. Masa itu laksana pedang. Masa itu kehidupan. Masa itu jangka hayat atau umur... dan berbagai lagi. Masa sentiasa berlalu dan setiap yang berlalu itu tidak boleh ditarik balik atau berundur semula. Berlalu masa bertambahlah umur dan dekatlah ke penghujungnya, kerana setiap kehidupan telah ditetapkan tempohnya..hanya Allah yang tahu tempoh itu!!.
Maka tempoh yang diberi itu, gunakanlah dan hargailah sebaik mungkin supaya masa itu menjadi emas kerana emas adalah logam yang sangat berharga dan jangan biarkan masa itu menjadi pedang kerana pedang akan memancung sesiapa yang alpa.
Usia remaja tidak akan berulang untuk kali kedua. Begitulah peluang-peluang yang ada, tidak berulang lagi, kalau berulang pun kesempatan melangkah seterusnya telah menjadi lambat...
Namun apa jua keadaan ingat pesan Nabi Muhammad s.a.w. tentang masa bermaksud: Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa muda sebelum tua, masa lapang sebelum sempit, masa kaya sebelum miskin, masa sehat sebelum sakit, masa hidup sebelum mati.
Oleh itu, lakukan perkara-perkara yang berfaedah dan aturkanlah kehidupan dengan bijak. Semua orang mendapat masa sama banyak, baik si kaya atau si miskin. Hanya cara mengurus masa sahaja yang berbeza. Belajarlah dari orang yang berjaya menguruskan masa. Berjaya menguruskan masa bermakna telah berjaya memilki kehidupan berkualiti.

Saturday, December 20, 2008

BANTU MINDA PELAJAR

Satu browser diperolehi di masjid. Menarik juga maklumat dalamnya, mengenai produk untuk meningkat minda pelajar. Memandangkan zaman sekarang pelbagai makanan segera (junk food) dan minuman berkabonat banyak dijual di pasaran dan mudah dibeli dengan harga murah oleh kanak-kanak sendiri menyebabkan minda anak-anak menjadi lesu, mengantuk, malas belajar dan kadang-kadang naik angin -panas baran. Menurut Dr. Fadhilah Kamsah, 1 tin minuman bergas itu diminum, maka untuk meredakannya hendaklah meminum 10 tin air biasa/mineral. Mampukah berbuat demikian..
Bagi mambantu mengatasi masalah-masalah tersebut produk kecergasan minda perlu diambil dengan syarat makanan segera atau minuman bergas hendaklah dikurangkan dan seelok-eloknya tinggalkan terus. Untuk maklumat lanjut: klik sini

Friday, December 19, 2008

PETROL TURUN LAGI..

Petrol dah turun harga! Tapi harga barang, harga tambang masih tak turun-turun. Rungutan terpapar di dada akhbar dan media elektronik. Mana silapnya? Munkin harga minyak tak patut naik. Bila naik sehingga RM0.70 tu, harga barang terus naik dan tak mau turun-turun lagi.
Tempat cuci keretapun turut naik dan tak ada kena mengenapun dengan minyak. Bila ditanya, kenapa naik naik harga? Pantas dijawab 'gaji pekerja naik'. Terlopong seketika.... kalau itu alasannya, terimalah ajalah...
Namun masih ada ruang lagi untuk berjimat iaitu jimatkan lagi kos petrol/diesel walau harga minyak dah turun sehingga RM1.80 berbanding RM1.92 sebelum naik dulu. Gunakan I-CHARGE. Prestasi kenderaan anda pasti terjamin dengan I-CHARGE ZEOMAX!! Boleh menjimatkan penggunaan petrol/diesel antara 5%-40%. Boleh cuba dulu, setelah berpuas hati baharulah beli.. Untuk lebih maklumat sila klik di sini: i-charge

Wednesday, December 17, 2008

MAKANAN HALAL

Islam menganjurkan supaya memilih makanan 'halalan taiyiba' iaitu makanan yang halal dan baik. Makanan memberi peranan yang besar dalam kehidupan manusia yang kadang-kadang tidak diambil berat oleh seseorang. Makan saja ikut suka tanpa ambil kira halal atau haram. Untuk menentukan kedudukan makanan itu hendaklah dilihat kandungannya supaya tidak bercampur dengan bahan-bahan haram. Untuk mengesahkan tentang halalnya sesuatu makan boleh sms ehalal (caranya: halal (barcode) hantar ke 32728). Contoh: HALAL (jarak) 9555021501469 dan hantar ke 32728. Caj RM0.50 dikenakan.

Selain dari itu hendaklah diperolehi dengan cara halal juga iatu dengan cara tidak mencuri atau merampas hak orang.

Makanan yang dimakan akan sebati dalam tubuh badan dan menjadi darah daging. Jika makanan itu halal baiklah daging dan darah tubuh badan dan begitulah sebaliknya. Makanan yang haram menyebabkan hati menjadi bebal, perangai menjadi buruk dan degil. Suka membuang masa, melepak, merempit dan apa-apa lagi tabiat buruk. Akibatnya hidup diluar barakah!

Haiwan boleh makan apa sahaja, manusia tak boleh. Haiwan pun pandai pilih makanan yang sesuai untuk dirinya, mengikut habitatnya. Hanya manusia saja dengan sifat egonya nak makan semua benda. Kalau batu, kayu, besi boleh makan, mungkin manusia akan makan!. Manusia kena makan yang baik-baik saja. Makanlah makanan yang akan menjadikan manusia itu mulia!

Makanan halal menjadikan iman seseorang itu mantap. Mudah mengerjakan sembahyang, puasa, mengaji al-Quran dan sentiasa perkerti mulia. Begitulah sebaliknya, ibadat diabaikan dan akhirnya terpinggir dari hidayah.

Jadi, pilihlah makanan halal disamping bersih, berzat dan baik. Mudah-mudahan jadilah insaniah!!

Friday, December 12, 2008

SEKADAR RENUNGAN...GADIS MELAMPAU...

Subject: Gadis melampau menerima padah

Menurut majalah MANAR ISLAM

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu adaseorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cubamemberikan telefonbimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadisyang masih muda i tu yang tidak menghormati hokum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya keranakhuatir dia akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannyatapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itutelah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Parapenumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cubamengangkat mayat tersebut juga kehairanan keranatangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malangtersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di nerakadimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw denganmempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghinaAllah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulahorang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah,dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allahsentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatanagar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
Sumber: Internet

Thursday, December 11, 2008

Jauhi Perasaan Hasad Dengki

Cukup ramai manusia lebih suka memilih untuk memikirkan hal orang lain dan apa yang patut dilakukan oleh lain berbanding dengan berfikir mengenai diri dan apa yang patut dilakukan demi kemajuan diri. Apabila duduk bersembang, yang dibisikan lebih banyak menyentuh peribadi orang lain, seolah-olah mereka ini merasa puas jika orang lain menjadi seperti mereka, sedangkan mereka bukanlah golongan orang yang berjaya dan boleh dijadikan contoh.
Kerana kelainan ini, ramai insan menjadi orang yang jahat hatinya kerana dia menyimpan perasaan hasad dan dengki terhadap kejayaan orang lain, sedangkan dia tidak berbuat apa-apa untuk memajukan dirinya sendirinya.
Perasaan dengki patut dibuangkan dari sanubari anda, sebaliknya gantikan ia dengan perasaan irihati nyang baik, iaitu empati, merasakan apa yang borang lain rasakan. Jika dia kaya, anda patutn berfikir cara untuk menjadi kaya sepertinya, dan kemudian itulah baru anda dapat merasakan apa yang dia rasakan, serta belajar berfikir cara yang dia sekarang berfikir.
Ambillah contoh yang baik dan berjaya kemudian bertindaklah untuk mengikuti jejaknya. Jadikanlah sesuatu yang buruk itu suatu sempadan agar anda tidak melakaukan apa yang telah dilakukannya.

"Dengki terhadap kejayaan orang lain hanya akan merugikan anda. Jangan terlalu fokus kepada orang lain, fokus kepada diri sendiri"

Sumber: Menggali Telaga Eams

Monday, December 8, 2008

Korban Dalam Hujan


GAMBAR HIASAN

Hari ini hujan hampir sepanjang hari sejak malam tadi. Hari ini adalah Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Ketika pergi masjid untuk solat subuh hari masih hujan. Kampong Sg. Nangka, khabarnya air dah masuk rumah. Pergi solat sunat hari raya pun hari masih hujan. Dah selesai sembahyang, hujan masih turun.
Taman perumahan Jalan Semilang mengadakan korban 4 ekor lembu. Penyembelihan korban tetap dijalankan meskipun hujan kadang kala lebat. Tua muda basah kuyub tapi tak apalah, saja-saja nak main air hujan tak tentu pasal nanti macam orang tak siuman pulak. Air bertakung hampir setiap ruang kawasan. Untuk menggali lubang bagi tempat menadah darah sembelihan agak susah. Khemah memang disediakan untuk memotong dan pengumpulan daging.
Mungkin lepas ni ada yang demam, selsema dan pening kepala. Keletihan sudah tentulah kerana bekerja dalam hujan lebat semuanya jadi berat. Pengalaman ini menjadi kenangan kepada semua yang terlibat.
Kali ini ramai yang datang membantu baik kaum bapa, kaum ibu dan anak-anak. Agihan daging korban berjalan lancar, semua dapat termasuk yang datang membantu...
Jumpa lagi tahun hadapan... di Kemboja! [BETUL-BETUL LAYAK TERIMA DAGING KORBAN]



GAMBAR HIASAN

Keistimewaan Aidil Adha

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Tidak ada suatu hari di mana Allah memerdekakan lebih banyak hamba-Nya dari api neraka kecuali di hari Arafah. Sesungguhnya pada hari ini Allah mengetahui hamba-hamba-Nya lalu Allah memuji mereka di hadapan para Malaikat.”
Riwayat Muslim dan Aisyah r.a
Huraian :
i) Setiap orang Islam yang cukup syaratnya wajib mengerjakan haji di Mekah.
ii) Ibadat haji merupakan satu-satunya peluang keemasan untuk “menghampiri Allah S.W.T” yang juga disebut sebagai menyahut panggilan “Baitullah” atau menjadi “tetamu Allah” di mana ibadat ini perlu dikerjakan dengan penuh ketelusan, keikhlasan dan keinsafan serta tidak terpesong dari tujuannya yang sebenar.
iii) Matlamat akhir yang diharapkan daripada kerja-kerja haji ialah untuk memperoleh dan mendapat haji yang mabrur, amalan yang banyak dan berkat serta dosa-dosa diampunkan. Apabila kembali dari tanah suci seseorang individu itu diharapkan benar-benar telah berubah, bersih, suci seperti sucinya diri semasa dilahirkan.
iv) Di antara amalan yang dilaksanakan dalam ibadah haji ialah:
a) Bertawaf di sekeliling Kaabah- sebagai menghormati Masjidil Haram dan jika berpeluang disunatkan untuk mencium Hajarul Aswad .
b) Wukuf di Padang Arafah- sebagai mengingatkan diri tentang satu perhimpunan raksasa di Padang Mahsyar di Hari Kiamat kelak.
v) Bagi orang Islam yang tidak berpeluang menunaikan ibadat haji, mereka sebenarnya masih berpeluang untuk sama-sama mengaut pahala yang besar sempena hari Arafah tersebut di mana mereka digalakkan berpuasa sunat pada hari wukuf di Arafah itu kerana sesungguhnya Allah S.W.T akan mengampunkan dosa orang yang berpuasa sunat pada hari Arafah iaitu setahun sebelum dan setahun selepas melaksanakan puasa sunat tersebut.
Sumber: Jakim

Sunday, December 7, 2008

AWAS PNGGGAN MANGKUK DARI CAMPURAN TULANG BABI...

Tanggal6 Disember, terima email seseorang yang menamakan dirinya 'Info Terkini' mengenai tajuk di atas. Walau bagaimanapun diakhir email itu ada 'iklan' untuk di klik. Namun terima kasih di info ini. Untuk kongsi bersama ikuti email tersebut sepenuhnyauntuk dinilai...

PETANG semalam selepas makan di food court di Alpha Angle berhampiran rumah bersama rakan lama, Pyan Habib saya bersama isteri dan anak-anak melilau sekejap dalam kompleks itu untuk melepaskan penat kerana lengguh setelah lama melayari internet dan mengisi blog.Kebetulan di situ saya masuk ke ruangan pameran pinggang mangkuk. Sudah lama saya terliur dengan pinggan mangkuk dinner set dan tea set yang dipamer. Ia simple dan menarik. Setiap kali tersasau ke kompleks itu saya akan menjenguk ke ruangan pameran itu.

Kerana semalam ada sedikit masa terluang saya memerhatinya dari dekat. Melihat reka bentuk dan juga harganya. Harga boleh tahan dan mampu milik. Nampak ianya bermutu dan berkualiti.. . ada kombinasi klasik dan modern.

Hati berkenan dan berhajat untuk memiliki. Sempat juga tiga keliling pusing melihat pinggang mangkuk berkenaan, macam ikan sepilar nak belaga barangkali gayanya! Baru nak panggil promoter nak bertanyakan harga, tiba-tiba muncul seorang perempuan umur dalam lingkungan 50-an ke atas. Mulanya saya ingat dia promoter.

"Encik nak beli ke?" begitulah tanyanya. Saya sikit terperagah. "Kalau ianya dibuat dari Cina tertulis Han Bone China, elok jangan beli encik..?' katanya mensuspenkan sikit saya.
Tanpa sempat saya bertanya dia menjelaskan, kalau ada tanda Han China ia diperbuat daripada tulang babi. Ada campuran tulang babi..." jelasnya. Saya terkulat-kulat sekejap. Belum sempat saya bertanya dia menjelas lagi; "Saya selalu ke luar negeri dan tengok sendiri dikilangnya macam mana ia dibuat. Ada campuran tulang babi," katanya lagi, jujur.Belum sempat saya mendapat penjelasan lanjut perempuan itu sudah berlalu. Saya rasa dia ikhlas memberi tahu hal itu. Menurut isteri yang nampak perempuan itu bersama suaminya ketika itu sudah menuju ke eskeletor untuk turun dan begitu melihat saya sedang memegang pinggang dia pusing semula dan mendapatkan kami.Selepas mendengar itu tiba-tiba selera untuk meneliti dan memilik pinggang berkenaan hilang terus. Babi! Ia satu nama yang cukup sensitif bagi orang Melayu. Mulanya saya cuba mencari justifikasi dalam diri bagaimana untuk menolaknya. Hanya setakat campuran dalam bentuk serbuk... fikir saya, masakan... Ah... sudah bercampur jadi tidak bolehlah. Kalau beli dan memilikinya ia sudah jadi bersubahat!

Selepas meninggalkan tempatan itu ingatan serta merta juga terkenang kepada persoalan dibangkitkan di Parlimen mengenai makanan haram di hotel yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen. Kalau benarlah pinggang keluaran Han Bone China itu diperbuat dengan campuran tulang babi tak moleklah membelinya. Haram!

Sambil berjalan pulang saya terus terkenang kepada pinggang itu dan merasakan bagaimana bukan Islam cuba mempermain atau mengenakan umat Islam. Mungkin mereka tidak ada niat hendak perkenakan orang Islam tetapi kerana teknologi semasa atau penemuan baru dalam dunia pinggang mangkuk secara tidak langsung telah mengenakan orang Islam yang tidak berhati-hati.

Di sini kalau boleh saya ingin cadangkan supaya Kemeterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, bersama Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengambil berat perkara ini. Mana-mana barangan atau apa juga benda yang dimport dari negara bukan Islam hendaklah ditelitikan dan dipastikan tentang kesahihan halal haramnya.Adalah malang kita yang begitu kuat berpegang kepada Islam tetapi tanpa sedar telah menjadi pengguna kepada barangan keluaran negara luar yang boleh merosakan iman dan aqidah kita.

Saturday, December 6, 2008

HAKIKAT IBADAH KORBAN

Ibadah Korban adalah sunat yang sangat digalakkan melakukannya. Sebelum melakukan hendak mengetahui terlebih dahulu jenis binatang dan umurnya. Jika tidak diteliti perkara ini secara terperinci, ditakuti Korban itu tidak menjadi ibadah...sebaliknya menjadi sembelihan biasa sahaja.

Umur Binatang Korban

  • Unta - berumaur lima tahun masuk enam
  • Lembu, kerbau dan kambing - dua tahun masuk tiga
  • Biri-biri - setahun masuk dua atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun belum cukup setahun tetapi melebihi enam bulan

Binatang Yang Boleh Dijadikan Korban

Unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri samada betina atau jantan hendaklah tidak cacat seperti berikut:

  • Tiada atau terpotong telinga atau lidah atau ekor walaupun sedikit
  • Buta sebelah mata atau kedua-duanya
  • Gila; berpenyakit
  • Berkudis walaupun sedikit
  • Tersangat kurus; terlalu tempang
  • Yang bunting atau baru melahirkan anak

Hukum Daging Korban

Terbahagi dua:

  • Korban wajib/nazar
  • Korban sunat

Daging Korban wajib/nazar, wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut.

Korban sunat, sunat bagi yang empunya korban memakan sebahagian daripadanya.

Untuk makluman:

  • Haram menyedekahkan daging korban kepada bukan Islam
  • Orang yang melaksanakan korban atau warisnya tidak boleh menjual daging, kulit, bulu atau mana-mana bahagian binatang korban tersebut
  • Haram menjadikan kulit atau daging korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberi atas nama sedekah/hadiah
  • Sisa tulang yang telah dimasak atau telah dimakan hendaklah ditanam. Elak dibiarkan bersepah sehingga dimakan haiwan lain seperti kucing atau anjing. Ini adalah satu adab dalam pengabdian kepada Allah s.w.t. Jika tidak disengajakan, maka ia tidak berdosa
  • Jika telah bernazar untuk korban binatang yang sudah ada kecacatan, maka wajar dijalankan

IBADAH KORBAN DATANG LAGI...

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Aidil Adha dan zakat.
Firman Allah swt yang bermaksud: "Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah." Al-Kautsar:2.

Menurut pendapat yang masyhur, maksud solat pada ayat itu ialah solat Aidil Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.
Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut:
"Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah sahaja dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai kesyukuran terhadap apa yang dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya."
Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud:
"Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

FADILAT KORBANKeistimewaan orang yang berkorban banyak sekali. Saidina Ali bin Abi Talib r.a telah meriwayatkan bahawa sesiapa yang meninggalkan rumahnya dengan maksud membeli haiwan korban, maka setiap langkah dikurniakan 10 kebajikan, dihapuskan 10 kesalahan, dinaikkan martabatnya 10 darjat. Apabila dia bercakap-cakap dengan penjual ketika membelinya, maka setiap patah kata yang diucapkannya itu adalah sama dengan satu tasbih. Dan jika dibayar harganya, maka setiap satu dirham, dia beroleh 700 kebajikan. Jika haiwan itu dibaringkan di atas tanah, maka setiap titis darah yang tertumpah, dijadikan oleh Allah 10 Malaikat yang mendoakan dan meminta ampunkan kesalahannya kepada Allah sampai hari kiamat. Apabila dagingnya dibahagi-bahagikan, maka setiap suap yang dimakan orang, baginya adalah seperti memerdekakan seorang anak cucu Nabi Ismail a.s. Haiwan yang dikorbankan itu kelak akan menjadi kenderaan bagi orang yang mengorbankannya pada hari kiamat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal Mustaqim." Selain daripada itu orang-orang yang melaksanakan ibadah korban dipandang sebagai orang yang baik di antara umat Nabi Muhammad s.a.w, sesuai dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w: "Umatku yang baik ialah mereka yang berkorban dan umatku yang jahat ialah mereka yang tidak berkorban." Korban juga dapat menyelamatkan orang yang berkorban dari kejahatan dunia dan akhirat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Bukankah korban itu termasuk ibadah yang menyelamatkan orang, yakni menyelamatkan orang yang empunyanya daripada kejahatan dunia dan akhirat.

Tuesday, December 2, 2008

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

Tanggal 30 November, saya terima email dengan tajuk seperti di atas. Untuk kongsi bersama apa yang dimaksudkan dengan tajuk tersebut, saya perturunkan sepenuhnya kenyataan tersebut untuk diberi perhatian.
Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah
Assalamualaikum
Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan" !!!!
7) SIROTHOLLAZI. ......... ... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8) AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian ;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,

Insya-Allah

Alam Sekitar

Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
Alam dan manusia saling bantu membantu.
Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO