Tuesday, October 28, 2008

Sambutan Mesra Hari Raya



Tanggal 27hb. Oktober/27 Ramadhan berlansung 'Malam Mesra Jamuan Raya' anjuran Kumpulan Yassin Jalan Semilang kali ke-8. Diam tak diam telah 8 kali penduduk-penduduk Jalan Semilang Taman Sri Putra mengadakan majlis sambutan hari raya. Mungkin sambutan yang amat menggalakkan, sambutan mampu bertahan....
Pengisian program kali ini berbeza dengan tahun-tahun lepas. Kali ini diadakan solat berjamaah Maghrib dan Isyak serta bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat untuk ahli yang akan menjadi tetamu Allah di tanah suci dan anak-anak yang akan mengambil peperiksaan SPM/STPM. Lokasi solat diadakan di rumah Tuan Haji Azman yang kebetulan baharu sahaja siap membesarkan rumahnya.
Persiapan juadah dilakukan secara bergotong royong. Menu hidangan terdiri dari nasi goreng kampung, mee bandung, ketupat plastik dengan kuah sup, rojak buah, kerang bakar/rebus, kambing bakar, buah-buahan dan air bandung.
Dua ekor kambing bakar (golek) menu yang dinanti-nanti setiap tetamu. Tak pernah makan kambing pun nak cuba merasa. Pencecahnya best... sos lada hitam!!! Kata orang daging kambing panas dan tak sesuai bagi yang ada darah tinggi!. Saya beranggapan daging golek tidak jadi masalah kerana semua lemahknya telah keluar dan terbakar berbanding dengan daging kambing masak kari....lemak-lemaknya berbaur dengan santan dan rempah kari..... bila makan lalu termenung....
Semua makanan mencukupi kecuali air. Semua dapat merasa. Malah ajk boleh 'tapau' selepas majlis berakhir!!!
Ketemu lagi tahun depan!!

Sunday, October 26, 2008

Tanpa Diduga

Tanpa diduga ketika turun dari kereta untuk menunggu giliran kereta dicuci, terpandang wajah yang rasanya kenal dan dah lama tak berjumpa. Bertemu dengan bekas murid bukanlah perkara luar biasa. Hanya yang bebeza ialah respon pertemuan tanpa dijangka itu; samada bertegur sapa atau buat tak kisah! Sudah 10 tahun bekas murid ini meninggalkan alam persekolahan dan mengambil subjek sejarah semasa di Tingkatan 6. Kini bertugas di Petronas Carigali di KLCC. Dengan kesempatan yang ada, murid ini mengimbau kembali alam persekolahannya dengan bertanyakan guru-guru yang pernah mengajarnya. Hampir semua gurunya masih berkhidmat lagi. Saya menjemputnya datang ke sekolah untuk berjumpa guru-guru. Dia tersenyum mendengar pelawaan itu....
Dia beredar awal kerana kereta Toyota Camrynya sudah siap dicuci. Tanpa diduga dia membayar sekali harga cucian kereta saya. Terima kasih dan 'Happy Deepavali Rubben'

Saturday, October 25, 2008

Khidmat Masyarakat


Hanya hari ini program ini dapat dilaksanakan, yang telah tertangguh kerana berikutan bulan menahan diri dari makan minum dan menahan diri dari perkara-perkara yang mengurangkan pahalanya. Bulan puasalah tu...
Walaupun masih lagi minggu peperiksaan akhir tahun, program ini tidak boleh ditangguhkan lagi. Oleh itu hari ini telah dipilih. Walaupun kehadiran 60% sahaja namun khidmat masyarakat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Nak tanam pokok atau nak bergaya???

Supaya khidmat ini tidak tertangguh lagi maka murid-murid yang hadir dikehendaki supaya menjalankan tugas bagi mereka yang tidak hadir. Untuk memberi kesempatan kepada mereka yang tidak hadir, supaya melakukannya di hari lain tidak dapat dibenarkan kerana penangguhan ini hanya menjurus kepada terbengkalai sahaja, memandangkan masa sudah tidak mengizinkan lagi. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang telah menjalankan khidmat tambahan itu!! Allah swt memberi ganjaran kepada anda!!!

Kudapan yang disediakan tidak habis. 'Tapau'lah nampaknya......
Dalam hal memberi khimat ini hanya satu kaum sahaja yang
memberi hadir dan sedia menjalankan khidmat masyarakat!!

Sebagaimana yang dijanjikan tunggulah....., 'sijil penghargaan'
akan dikeluarkan untuk mereka yang hadir!!

Steadylah .... jangan berebut...

Sejak bila jadi mandor...

Macam tak biasa je....

Nak gali lubang atau nak cari cacing....

Sunday, October 19, 2008

Air Ohhhh Air

Tiga hari kami diuji dengan ketiadaan air angkara haloba manusia. Masing-masing dengan ikhtiar sendiri mencari air. Ada yang sabar menanti air dari lori 'syabas', ada yang pergi ke rumah adik beradik yang tak terlibat atau balik kampung mengadu kat mak bapak.
Bila air tak ada, semua perkara menjadi masalah. Biar tak ada 'api' dari tak ada air.... Banyak perkara tak boleh nak buat apa. Nak minumpun susah apatah lagi nak mandi! Nak mandi kat sungai Langat airnya kotor dan tak pernah jernih, lagipun ada buaya. Nak mandi kat parit airnya hitam dan tak selamat untuk mandi, nanti badan tumbuh kurap dan gatal-gatal.
Nak minum beli air botol, cukup laris, hingga kehabisan stok!! Bukan je untuk minum, 'istinjak' pun guna air botol juga. Kalau setakat buang air mungkin disimpan tiga hari tapi kalau buang kecil jangan disimpan-simpan, boleh tersembur nanti. Mandi pakai lap je, itupun kalau ada air yang terlebih atau buat macam P. Ramle...Ambil wuduk, buat yang wajib aje. Kalau ada yang buat hal.... kenalah mandi kat pantai Moriblah....
Bayangkan ahli keluarga ramai dan ada anak kecil, bagaimana keadaan mereka tanpa air..... Kain baju bertimbun tak berbasuh.... dan bila buka sekolah nanti ada anak-anak berbaju baru!!!
Hari ini, air paip dah mula menjalankan perkhidmatannya, menyalurkan air ke rumah-rumah dan premis-premis . Setengah-tengah tempat telah mula menerimanya jam 11.00 pagi.
Sepanjang tempoh tersebut hujan tak turun pula. Kalau hujan tentu semua orang menadahnya. Bila bekalan air dapat dipulihkan hujan pula. Tentu ada hikmah disebaliknya, jika hujan tentu kerja-kerja memulihkan paip yang pecah itu tak dapat dijalankan denagn lancar.
Tahniah Syabas!! telah bertungkus lumus tanpa mengira siang malam untuk memulihkan bekalan. Berikan kami tiga hari air percuma, dan tuntut dari penceroboh pasir itu untuk membuat bayaran...

Friday, October 17, 2008

ADA2 SAJA

Hampir 2 minggu tidak mencoret sesuatu di ruang maya ini. Kesibukan tugas di penghujung tahun, taklimat peperiksaan dan mesyuarat pengurusan kesempatan untuk mencoret tidak ada. Banyak cerita boleh dicoretkan sepanjang tempoh itu.
Ketika menghadiri taklimat pada 8-10/10/2008, tiga benda yang patut dibawa tertinggal disebabkan terburu-buru dan 'packing' disaat nak bertolak. Pasti ada yang tertinggal. Pergi tanpa membawa tanda nama, tali leher dan sejadah. Kebetulan teman sebilik ada membawa lebih tali leher dan sejadah. Jadi dua perkara dapat di atasi. Tentang tanda nama buat biasa je walaupun dalam buku aturcara ianya diwajibkan. Selepas taklimat berakhir pada 12.00 tengahari, taklimat peringkat daerah diadakan. Lantaran itu tali leher yang dipinjam dari teman sebilik tidak sempat dipulangkan. Dia telah berangkat pulang terlebih awal. Mungkin dia juga terlupa. Bercadang untuk diposlajukannya nanti!!
Sebut pos laju, rasa terkilan di hati. Manakan tidak; kirim barang dengan berat 1.2 kg, harganya RM26.25. Terkedu seketika. Bila ditanya, bungkusan juga diambil kira. Beratnya rengan tapi bungkusannya besar, maka harganya turut besar!! Rupanya charge tambahan berdasarkan bungkusan.. Lain kali bungkus ikut saiz barang!! Sebelum poskan barang, sempat hantar pelajar kurang sehat pulang ke rumahnya..
Lebih kurang 10.00 pagi terima panggilan telefon dari kementerian bertanyakan sedikit tentang latar belakang. Untuk apa ya..
Hari ini sibuk menyiapkan senarai pelajar yang layak menerima biasiswa (BKPU) dan membuat perubahan penerimanya apabila penerima asalnya telah berpindah ke IPT atau telah berhenti.
Di samping itu menawarkan membuat permohonan semula kepada pelajar yang tidak ditawarkan. Apa yang berlaku setelah menyimak borang permohonan mereka ialah ramai yang tidak layak turut memohon termasuk yang telah mendapat tawaran biasiswa lain (JPA dan Petronas). Belum apa-apa lagi, dah ada perasaan tamak!! Apapun terdapat borang rayuan itu terpaksa ditolak!! Lagipun rayuan ini bukanlah arahan jabatan, hanya sedikit usaha sahaja; manalah tahu kok ada yang berjaya nanti...mudah-mudahan!!

Alam Sekitar

Sayangilah kurniaan Allah ini. Hargailah pemberianNya.
Alam dan manusia saling bantu membantu.
Kesejahteraan alam, sejahteralah semua kehidupan di alam ini.

LAKAR ruang MAYA - [LArAM] ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO